Thursday, 27 June 2013

5 tahun aku dan kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku insan biasa, tiada punya harta, aku ada cinta, aku ada hati aku ada jiwa. Tanpa kasih, aku tiada cinta, hati dan jiwa. Alhamdulillah. Kasih aku abi:

Aku tidak sempurna, aku terus belajar, belajar dan belajar membantu engkau mengemudi rumah tangga, menguruskan, mengasuh, mendidik, meladeni kerenah si cinta Auni, si hati Adli dan si jiwa Arrizqi. Aku berusaha untuk membantu engkau menguruskan rumah tangga walaupun adakalanya aku sangat lelah hendak membuat kesemuanya, apabila aku sudah lelah maka dengan pantasnya keluarlah perkara yang aku sendiri tidak sukai, merungut. Maaf-maaf-maaf aku cuba juga untuk tidak ada rungutan itu tapi... [sila sambung sendiri].

Aku tidak tahu sama ada engkau perasan atau tidak, baju-bajumu aku cucikan, sidaikan, gosok dan aku sangkut mengikut warna, kebanyakkan bajumu berwarna hitam, biru gelap, sedikit warna kelabu, putih dan beberapa helai berwarna-warni. Dahulu stokinmu aku hanya lipat tanpa terbalikkan namun sekarang tidak lagi. 

Jika boleh aku mahu membuatkan engkau sarapan pagi, malangnya aku belum lagi mampu. Penyakit M aku makin merebak apatah lagi bila Arrizqi sudah celik mata. Aku hanya sempat membuat air minuman dan berharap engkau akan minum sebelum keluar bertugas. In shaa Allah, jika umur panjang, aku akan buat sarapan pagi untuk anak-anak sebelum ke sekolah dengan syarat engkau juga mesti ada di meja makan yang sama bersama-sama.

Aku tahu aku memang tidak sempurna namun aku hendak berterima kasih kepadamu kerana masih memberi peluang untuk aku membuat apa yang aku suka sejak dahulu lagi, membuat kerja hasil tangan, membaca novel malahan engkau terus menggalakkan untuk aku meneruskannya. Aku juga berterima kasih kerana engkau tidak pernah kisah mengeluarkan wang gajimu untuk belanja aku dan anak-anak.

Kasih, setelah anak tiga ini aku berasakan bahawa aku sedikit mengabaikan dirimu, maklumlah anak-anak lebih setia mencari aku dan aku sendiri tidak sampai hati untuk membiar anak-anak denganmu kerana aku bimbang engkau berasa letih dan tidak cukup tidur apabila menguruskan mereka. Aku minta maaf. Walaubagaimana pun, aku masih suka jika engkau sentiasa manjakan aku kerana itu membuat aku sedar bahawa aku telah mengabaikanmu.

5 tahun kita sudah bersama, 5 tahun juga aku belajar mengenali dengan dirimu. 
Engkau suka kereta, aku suka rumah. Engkau suka komik, aku suka novel. Engkau suka games, aku suka art. Engkau suka kicap, aku suka berkuah. Engkau suka ayam, aku suka ikan kering. Engkau suka vakum, aku suka menyapu. Engkau pendiam, aku membebel. 
Namun...
Kita pakai jam tangan di tangan kanan. Kita pakai baju warna senada. Kita suka perkara yang mudah. Kita gemar membaca,. Kita suka brand DutchLady. Kita punyai mahligai tersendiri. Kita ada cinta, hati dan jiwa. Sehingga akhirnya...
Sudah 10 tahun kita berkawan. Sudah 5 kali kita menyambut Syawal dengan sistem bergilir. Sudah 5 tahun kita menyambut ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah. Aku seronok berada bersamamu. 

 Kasih berbaju hitam, jiwa bersinglet merah.

Us with my mom...Saloma binti Basar. Love u mama.

In shaa Allah, semoga kasih yang disemai sentiasa mekar di samping kehadiran, cinta, hati dan jiwa penyayang sehingga syurga. Terima kasih yang sentiasa mendoakan kami di bawah lindunganNYA.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Erwandi, Syahida pada 22 Jamadilakhir 1429 sehingga 18 Sha'ban 1434 bersamaan 27hb Jun 2008 sehingga 27hb Jun 2013
Maaf entry ni panjang sangat, tidak baca pun tak apa :)

Tuesday, 25 June 2013

Membesar dengan kemanjaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arrizqi balas dendam. Itula yang aku rasa sekarang ni, menginjak ke usia sembilan bulan, sudah pandai duduk, sudah boleh berdiri dengan sendiri, sudah makan nasi lembik dan lauk orang dewasa, sudah mempunyai dua batang gigi bawah bahagian tengah, sudah pandai mengamuk, sudah pandai mengurat, sudah pandai emo. Huargh!

Buka sahaja mata yang pertama mesti dia lihat ialah aku. Buka sahaja mata tidak kira tidur siang mahupun malam, aku wajib berada dekat dengannya. Sekiranya tiada aku? Nahas, bergemalah tangisan yang bukan calang-calang, tangisan yang berterusan tanpa henti selagi aku sendiri yang mendukungnya. Arrizqi mengambil peluang berganda apabila aku duduk bersamanya. Melihat dia bermain, memerhati dia bergurau senda, memeluk sebaik memek muka berubah, memujuk ketika hendak tidur, mendodoi bila masa tidur. Bila aku bangun sahaja, mula hendak melangkah, dia bagaikan tahu-tahu sahaja emak tiada disisi. Menangis.

Kerja harian akan tertunda apabila matanya celik. Kesemuanya menjadi lambat atau aku tidak akan buat langsung kerana Arrizqi yang akan berkepit sepanjang hari. My oh my! Bertambah rumit dan ruwet apabila jerebu teruk melanda selatan negara beberapa hari yang lepas, Arrizqi turut terkena tempiasnya, demam selama dua hari, natijahnya emaklah yang kena melayannya. Huaaa...

Lepas kebah, naik pula bintik-bintik di badan, membawa ke muka, hai lah campakkah? beritahu abi, dia buat selamba je, masuk hari kedua kurang sikit. Arrizqi pun tidak merengek lelebih. Aktif macam biasa. 

So, hari ni aku bawa mamat ni pergi check up macam biasa. Semoga Arrizqi terus membesar dengan sihat. 

 Jiwa yang sudah pandai duduk.

 Arrizqi, tertidur ketika makan.

Aku kena cas semasa dia hendak tidur. Kebiasaannya memang begini.
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat, selamat dan dipermudahkan.

Thursday, 20 June 2013

Lima, empat, tiga, dua, satu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kadang-kadang tidak sempurna itu lebih baik, tidak sempurna itu membuatkan kita sentiasa hidup dalam kesederhanaan, tidak memandang rendah pada orang lain dan tidak riak. Disebalik ketidak sempurnaan itu mempunyai hikmah dan rahmat yang kita tidak ketahui. In shaa Allah.

Lima.

Empat

Tiga.

Dua.

Satu.

Masih juga orang persoalkan lagi, bila sedang menunggu abi, dia sedang membayar atau ke tandas di pusat belibelah meninggalkan aku sendirian bersama anak-anak, 
"ada berapa semuanya?", aku menjawab jujur sahaja, 
"tiga, seorang perempuan dua lelaki". Pertanyaan diteruskan, 
"semuanya anak?", biasanya aku angguk sahaja, senyum. Masih juga belum puas hati, mungkin tidak seperti emak-emak dan pertanyaan ni aju lagi sekali 
"umur berapa?" aku jujur sahaja lagi sekali, 
"29 sama dengan suami". Biasanya, soalan dihabiskan dengan kata-kata 
"muda-muda anak dah ramai, bagusnya" aku senyum lagi, tidak tahu perkataan apa yang sesuai sebagai balasan.

Dalam kereta, aku berfikir. Kenapa? Purata berapa orang anak yang sepatutnya pada umur aku ni? Rezeki tu, kita tidak tahu bila Allah hendak bagi. Pada awal-awal dahulu aku tidak kisah sangat bila orang tanya, lately aku mula berfikir pelik sangatkah aku beranak berderet ni. Muka aku ni, tidak rupa emak-emak ke? tapi bila aku fikir lebih mendalam, aku beruntung sebenarnya. Usia begini aku dikata kakak kepada anak-anak aku. Jauh lebih muda, hahaa.

Nota hijau: Walaupun aku tidak sempurna seperti emak-emak lain, bagai seorang kakak menjaga adik-adiknya, hakikatnya aku yang melahirkan anak-anak abi, aku menjalani kehidupan seperti emak-emak yang lain juga. Peace yo!

Wednesday, 19 June 2013

New bicycle in the house.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun tidur cari basikal, lepas makan cari basikal, selesai mandi pun basikal juga. Beli untuk Adli khasnya namun biasalah, kuasa si sulong menguasai segalanya. Kesemua mainan, softtoys duduk dalam almari, penuh. Yang tinggal hanya kenderaan sahaja.

Warna, masih mengekalkan warna asal, oren. Konon, biar tidak berebut, Adli bawa Arrizqi, kakak naik basikal sendiri. Hrmmm, sampai sahaja basikal dalam rumah dari Johor menaiki kereta baru tokPapa, yang mula terkam, Auni. Sekian terima kasih.

Memang patut beri pada Auni, sebab dia satu-satunya yang boleh mengayuh dengan jayanya. Bawa penumpang Adli mahupun Arrizqi. Adli, baru belajar mengayuh basikal kakak yang masih ada empat  roda. Hujung jari kaki sahaja yang menyentuh pedal pengayuh dapat jugala bergerak sedikit. Dia belajar sendiri, anak lelakikan.

Penuh sudah parking dalam rumah, memang tidak dapatla emak hendak membeli perabot baru. Biarla dahulu.

Bro, kaki awak belum sampai lagila. Harap maaf.
Demi kakak, Adli cuba juga.

 Auni bawa Adli pusing rumah.

Kesudahannya semua terbalik jadi mesin kisar air batu campur. 
"buat aiskrim ummi" - katanya... sabo je la mak!!!

Baru tiga dah tunggang-langgang. Semua sudah terbabas. Adoiii, emak juga yang kena kemas. Tarik nafas... lepas.

Monday, 17 June 2013

Selatan, tengah dan utara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancang sebaik keluarga aku tiba daripada Kulai,Johor selepas solat Jumaat, aku menyiapkan bagasi dan terus bertolak ke Kulim, Kedah. Wah! kebas segalanya, kejang  tangan dan kaki walaupun bukan aku yang memandu. So far, agak lega jugalah sebab Auni dan Adli bergilir naik kereta baru tokPapa yang dipandu Acu.

Sampai di Kulim, terus di ajak makan malam. Pergh! memang terbaiklah makan malam tu. Semua pakat menjaga askar den yang tigo ni dan aku? makan dengan tenang kerana melayan ulser di mulut, habis juga kepala ikan sepinggan yang dimasak kari. Bukan takat kari kepala ikan, ayam goreng seketul, udang masak sambal, nasi dua pinggan dan sirap bandung 2 cawan. Habis diet. Hahaa. [macamla berdietkan?]

Masing-masing bertenang ketika makanan di hidang, sebaik sahaja emak memulakan suapan keributan segera berlaku, Adli hendak turun, Auni buat perangai, Arrizqi hendak dukung, namun kesemuanya berjaya di atasi sehingga emak selesai makan. Hari semakin malam, badan pun sudah minta bantal dan tilam, homestay yang disediakan cukup buat kami tidur hingga tidak sedar diri. Selesa.

Sibuk sungguh si Arrizqi tu. Auni sudah letih, Adli sedang teruja tengok orang lalu lalang.

Majlis hari Sabtu, 14 Jun 2013 dimulakan pada waktu tengah hari, aku memang tidak masuk campur sangat apa yang dibincangkan. Sendiri-sendiri sahaja, tapi bila tiba harinya nanti aku sudah ada hadiah untuk mereka berdua, aku kakak yang spoting ;) Apa yang penting, aku sambung makan lagi, nasi dua pinggan, daging kambing seketui dan ayam seketui serta sedikit acar. Air, sirap bandung dua cawan. Orang lain dah bangun bersilih ganti, aku masih setia dengan makan. Lengkap dengan kuih muihnya sekali. Yummy!

Siap untuk memetik bunga. Where is Adli? dia sedang layan peminatnya. 

 Dari Johor ke Kedah.

Azlina, inila bunga yang telah dipetik. 

 In shaa Allah, semoga ceria dan bahagia hingga ke jinjang pelamin. Acu dan makcu kesayangan tiga askar ini.

Semoga ikatan ini kekal hingga ke gerbang perkahwinan. Menjaga tatasusila, menjaga nama baik keluarga, sabar dengan dugaan dan cabaran yang mendatang, tiba-tiba aku sebak. Ihiks.

Macam biasa daripada kami sekeluarga.

My family 2013 :) 
Love this picture so much.

Nota hijau: Bertambah lagi ahli keluarga, in shaa Allah. Macam biasalah, orang tidak percaya anak aku sudah tiga. Percayala, percayala, percayala... - ihiks.

Friday, 14 June 2013

Umi sibuk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai, umi tengah sibuk bersihkan rumah tu, sapu sampah, mop lantai, lap kabinet tv, lap sofa, dia pun baru je habis kemas barang-barang dalam kabinet dapur dan bilik sebab semalam orang pes-control datang basmi anai-anai di tingkat bawah.

Oni tengok umi kemas barang, aduih letihnya. Tolong dia sikit-sikit je, sebab dia lebih tahu mana letak barang-barang dia. Oni pun ambil kesempatan main dengan Adli. Barang Tupperware dia banyak sungguh, warna-warni macam pelangi.

Oh ya lupa, kenapa umi kemas rumah hari ni? hari ni tokMama, tokPapa dengan Acu datang rumah. Bersih sangat rumah Oni hari ni. Rindu sangat dengan tokPapa, macam sudah lama tidak jumpa. Umi kata, tokMama belikan Adli basikal, ada tempat duduk dua. Alaaa, tokMama tu suruh Adli bawa Arrizqi la tu, hrmmm. Oni pun dah ada basikal, nanti boleh main sama-sama. Lagi, umi kata tokMama dengan tokPapa belikan Oni, abang Aie dengan adik Riki baju baru. Oni suka sangat.






Ok la, Oni nak pergi mandi hujan. Minggu depan umi sambung taip ek. Selamat bercuti kawan-kawan umi. Daaa.

Yang benar, Oni anak perempuan:

Wednesday, 12 June 2013

Eksperimentasi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk minggu baru je blur-masuk minggu baru je blur. Hoi! syasya, sudah hari Rabu hendak hujung minggu balik semula pun, masih blur dan blues lagi ke? hahaa. Sebenarnya, aku meninggalkan blog kerana tiada yang menarik untuk dikongsi. Ahaaa, tapi hari ini ada. Jom-jom ke dapur hijau milik aku. Acceh! Sejak dua menjak abi ke luar negeri ni, macam-macam resipi aku cuba.

Ada ke aku pesan pergi kedai beli goodies untuk anak-anak, tunggu punya tunggu dia tidak balik-balik, sehari selepas itu baru dia minta maaf dia lupa untuk ke kedai. Iskla, suamiku. Jadi, peti sudah kosong, tong keropok sudah kosong, tin biskut juga begitu makanya akula yang memerah kepala dibantu Google mencari resipi mudah memandangkan bahan untuk ke arah masih ada lagi. 

Kek Milo Kukus.

Bahan A.
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
1/2 cwn milo
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat

Bahan B.
1 bj telur
1/4 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn air suam
coklat chip ikut suka
*aku tukar dengan coklat putih.

Proses membuatnya.
1- Bahan A di ayak, bahan B dipukul hingga kembang.
2- Satukan bahan A dan B digaul sebati.
3- Masukkan di dalam bekas, kukus dengan jangka masa 15-20 minit. Sehingga masak.


 Buat dua loyang, habis dalam masa sehari. 

Senang je kan? Seterusnya ialah, jagung manis yang biasa ada jual di pasar malam tu. Ihiks, tapi ni versi cincai janji sedap je namanya. 

Jagung manis.

Bahan: Jagung manis Adabi, susu pekat, mentega, sedikit garam.
Prosesnya: Kukus jagung manis 15-20 minit, siap masukkan mentega, susu pekat dan garam.
* aku punya versi, aku rebus jagung tu dengan airnya sekali, masuk semua bahan di atas dan ngap.  


Senang gila. Bahan tu, tiada sukatan tepat. Ikut rasa hati sahaja. Seterusnya...

Apam hijaucantik (Nama letak sendiri sebab warna hijau)

1 cwn tepung gandum
1/2 cwn air
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu pekat
1 bj telur
1/2 sk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko 
* aku tidak letak serbuk koko tukar dengan pewarna hijau :)

Prosesnya.
1- Masukkan kesemua bahan dan kacau/gaul sebati.
2- Masukkan ke dalam cawan dan kukus 10-15 minit.
3- Tabur dengan manisan warna warni.



Ok, ini je la yang aku mampu buat setakat ini, minggu lepas yang sangat sibuk. Sempat juga aku buat cookies coklat chip macam yang sebelum ini. Sejak anak-anak membesar dengan jayanya, aku tidak risau makanan banyak di dapur, kesemuanya habis tanpa dikesan. Ihiks.

Nota hijau: Maafla aku kekeringan idea sekarang ni, orang lain wordless aku pula banyak membebel. Korang ok je kan? Ehehehe... daaa.

Friday, 7 June 2013

Jika sudah suka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, oih Jumaat sudah sekejapan sahaja minggu ini berlalu. Bakal berjumpa Kim Jong-Kook si harimau dalam Runningman. Yeay! Jika sudah suka sanggup tu bersengkang mata menanti. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sabtu extreme sikit, daripada jam 11.45 malam sehingga 4 pagi. Gila tidak gilalah, kalau zaman belajar dulu boleh je menggebang berjamboria sampai pagi di kedai mamak sehingga jam 6.30 pagi baru masuk asrama, kenapa tidak aku layan runningman sambil tangan buat aktiviti kesukaan, handmade artwork, hihiii.

Walaupun aku mempunyai anak tiga, aku tetap juga suka dengan kerja seni tangan ni. Bila tidak buat, rasa macam habiskan masa dengan tidak berbuat apa-apa. Serius, kekok dan rasa tidak lengkap dah jadi tabiat agaknya. Kerja seni-seni ni, aku tinggalkan di tingkat bawah, sambil masak, sambil cuci baju, sambil tengok anak-anak main bila tidak ada rancangan tv menarik, aku akan buat satu persatu mengikut kata hati.

Wow! Kata hati tu...ahaks, betul. Masa tu rasa hendak potong kertas, aku potonglah, bila rasa hendak shredder kertas, aku shredder banyak-banyak, bila rasa hendak main gam, aku buatlah quilling ke, tampal menampal kertas ke, tampal stem ke, itu la kata hati. Hendak menjahit, aku tidak pandai. Hendak memasak aku tidaklah pakar. Seni kertas ni sahaja yang aku boleh walaupun tidaklah sekreatif mana pun. Satu hari, aku bertanya pada abi. 

"abi tidak kisah ke, umi asyik buat art-art ni?" jawapan yang dia bagi buatkan semangat aku berkobar-kobar.
"buat je lah" ye itu sahaja sebab dia memang sedia tahu daripada zaman berkenalan dengannya lagi aku memang suka dengan kerja tangan. Kad hari raya, kad ucapan terima kasih, kad ulangtahun perkenalan, kad ulangtahun kelahiran, kesemuanya aku buat sendiri. Bila aku beri dia kad yang aku beli, dia tanya.
"kenapa beli?, kan selalu buat je" hihii...nanti aku kongsikan di blogoren, jika sudi hendak tengokla kan.

Jadi, itu kisah art. 

 Hobbies.

 Kad Hari Raya 2012, tahun ini...tungguuu.

Satu perkara lagi yang aku suka, novel. Ye, aku seorang pengurus rumah tangga, masih juga dengan aktiviti membaca novel. Aku baca novel bila hendak tidur, sambil layan anak-anak yang aktif [lompat-lompat atas katil] sebelum tidur, kalau aku tidak baca novel aku akan join dorang melompat, hehee...

Best tau, kekadang dorang main khemah-khemah, Auni rajin buat khemah daripada selimut. Kekadang kitorang main antu-antu, kejar mengejar bilik ke bilik. Kadang-kadang aku gosok baju abi bila tidak ada novel baru yang hendak dibaca. Hendak masuk tidur memang riuh bila tidak ada abi. Ada abi kitorg cuak sikit hendak bising, abi garang plus dia masuk tidur awal sebab berkerja tidak tentu masa.


Kesemuanya sudah habis di baca. Senarai novel yang perlu dibeli sedang menanti :)

Hrmm...camtula biasanya sejak-sejak sudah duduk rumah ni. Masak, bila ada sesuatu yang hendak di makan, mulalah selongkar dapur. Aku suka tengok rancangan masak channel 727 HD, apa sahajala janji masak-masak sampai Auni pun ikut suka, hahaaa...

Nota hijau: Jika sudah suka, tinggalkan macam mana pun tetap teringat juga.

Thursday, 6 June 2013

Dearest Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wot-woot-wooot! aku kebosanan tahap serius. Korek-korek gambar, tenung-tenung wajah kesayangan, berangan hendak photobook, hendak albumkan, hendak framekan, hendak itu-hendak ini namun...satu hapa pun tidak berjalan. Memang berangan sahajalah. Adoiii.

Kesian mamat ni, gambar dia baby satu pun tidak berprint, gambar pun sudah khatam di dalam laptop aku yang sedia arwah. Malas-malas-malas. Bubuh je la kat bloghijau ni, sudah tenang dan banyak RM, banyak masa karang baru uruskan satu persatu.

Hati aku cair tengok dia senyum.

Small brother, Arrizqi.

 Serabut.

 Dengan kakak Auni dan abang besar, Adli.

Nota hijau: Kekeringan idea. Adus!

Wednesday, 5 June 2013

Abang besar, Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeah, go Adli-go Adli. Abang besar ni sudah mula menampakkan taringnya. Akalnya semakin luar biasa namun dia tetap dengan gaya tersendiri. Auni lebih agresif, cergas, pantas, garang, dia anak sulung satu-satunya cucu perempuan pertama dan cucu pertama dalam keluarga aku. Maknanya, dia masih lagi anak emas.

Adli, lebih kepada softly, lebih kepada beralah, mengalah bukan bermakna kalah. Lebih kepada orang lain dulu, dia kemudian. Namun, jika sudah jantinanya lelaki, melasak merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Lasak Adli tidak seperti Auni, Adli lebih suka mengemas sendiri-sendiri. Kerjanya semua secara sulit, sebab bila ada Auni dia tidak dapat main. Auni akan kaut semuanya sekali termasuk mainan Adli dan Arrizqi.

Apabila kakak hayal dengan pensil dan kertas, Adli ambil alih. Sambil main, menyanyi, menari, melompat, haaa dia dah pandai melompat dengan dua kaki serentak. Satu perkara yang dia masih teruja untuk buat. Lompat-lompat-lompat dan lompat. Mujur rumah batu, lantai simen. Kena rumah tokMama...bebak.

Mengendalikan Adli sangat senang, melahirkannya senang, menjaga dalam pantang pun senang, zaman kecil Adli semuanya senang, cucu lelaki pertama, cucu kedua keluarga aku. Dia juga disayangi kerana sikap dia yang tidak suka menyusahkan orang. Disuruh tidur, dia tidur, disuruh makan dia makan, disuruh main dia main, mengikut arahan. Dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bila sahaja nampak Arrizqi sedang leka atau pun tidur, dengan bantal merah hampir tidak berinti dia datang minta pangku aku. Minta didodoi macam adik juga. Ye, dia masih mahu manja bila aku tidurkan Arrizqi, aku juga perlu tidurkan dia sama seperti Arrizqi walaupun pangku sudah tidak muat. Paling best bila dapat menggomol anak-anak, satu part yang aku sangat suka, hahaa. Usik sana-usik sini, kiss sana-kiss sini, walaupun aku sudah letih dengan kerja-kerja rumah.

Rindukan Adli, jom kita tengok dia :)

Budak dan bedak memang tidak dapat dipisahkan, baru beli semalam-hari ini sudah habis sebotol.

Adli-Adli... 

Bajet comel.

Sudah pandai makan sendiri, dia pula suap pada Arrizqi. 

 Kadang-kadang, aku pun keliru siapa yang dalam walker ni, silap-silap aku terpanggil Adli, Arrizqi. Hahaa, emak pun confuse dengan anak sendiri. 

Nota hijau: Tengah prepare kad raya handmade :p - posa pun belum. hahaa.

Monday, 3 June 2013

Green was cool.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yaw, aku pun sudah seperti biskut chipsmore, kejap ada-kejap tiada. Masa menyemburui untuk menaip di bloghijau ini, apa tidaknya aku hanya duduk ala Jepun menggunakan kabinet tv sahaja. Bila sudah cantik dapat duduk dan bersedia untuk menaip maka datangla sekumpulan askar-askar, permulaannya seorang sahaja, tepuk-tepuk almari menunjuk kemahiran kebolehannya berdiri sendiri lelepas tangan. Eksyen. 

Seorang lagi yang tadi hanya memerhati mula naik cemburu, datang terburu-buru terus menyebu pangku. Mana boleh hanya duduk memerhati, mulala tangan pun naik gatal, pegang mouse, pengan netbook. Berbalas-balas tepuk tampar jadinya. Hendak menaip, bertukar jadi silent reader pula.

Yang sibuk mengaplikasi skill mula juga bergayut di bahu, berusaha menyodok menolak yang di atas pangku. Bila sudah meriuh begitu, seorang lagi daripada atas sofa datang mendahului yang lain-lain, dia besar, dia berkuasa. Pandai pula tu kata adik-adik nakal, duduk luar pagar. Ewah-ewah! dah dia yang datang tiba-tiba, kata orang pula.

Jadinya, kisah untuk update blog bertukar blogwalking bertukar silent reader bertukar log out. Sekian.

So, today new month dimulakan dengan menghadirkan diri di kenduri, kali pertama untuk Arrizqi berjumpa sanak saudara sepupu sepapat, kali pertama untuk Adli lepas bebas bagai tidak cukup tanah untuk diukur, kali pertama buat Auni jadi pendiam mengekor montot emak kerana sudah jadi pemalu untuk berkawan. Sabar je la kan. Kali kedua ke kenduri dengan askar tiga. Datang kenduri keluarga mudah sedikit sebab sampai sahaja, semua sudah hulur tangan, sukarela menjaga Arrizqi, Auni dan Adli. 

Saham Arrizqi tinggi sedikit maklumla perjumpaan pertama untuk semua orang, masih lagi ada yang terkejut dengan kehadiran dia, hahaa. Mudah sahaja untuk Arrizqi, hendak berlari macam abang Adli tidak boleh, bosan dengan situasi pening dengan orang ramai yang ke hulu ke hilir, dia tidur sahaja. 

Adli, pantang orang hulur tangan senang sahaja dia manja. Aku sampai, Adli kena kidnep dahulu, pakcik-pakciknya melayan dia makan. Beranak kecil bagai keretapi bukan alasan untuk tidak pergi kenduri. Jangan anak jadi penyebab kita tidak boleh buat apa yang kita patut buat. Peace. Jom layan gambar pula. Pengantin tiada, sibuk, hahaaa.

Maaf Arrizqi, pangku umi tak muat.

 Rambut main peranan.

Selamat menempuhi alam rumah tangga Zaifi (sepupu abi) dan Shuhada, - sikit lebih kurang je nama aku, hahaa.

Daripada: Kami sekeluarga ;)

Sangat payah hendak bergambar berlima. Aku dengan abi je yang masih bercinta sehingga kini, adik beradik ni berpakat pula bertiga. cis!

Nota hijau: Thanks abi sudi pakai hijau. Ehehehe...