Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku memang suka seragamkan mereka, ada orang kata sudah macam Taska, ada uniform. Kalau tidak sama pun, aku akan samakan warna tema pakaian mereka. Kadang-kadang, aku pun join sekali tema yang sama. Jika Auni hendak pakai merah jambu, aku akan pakaikan biru untuk Adli dan Arrizqi.
Kalau hendak pakaikan baju lubang-lubang, semua pun aku pakaikan lubang-lubang. Meskipun Auni perempuan, aku pakaikan gaun warna temanya tidak lari jauh dengan Adli dan Arriqi. Aku sendiri tidak tahu, kenapa. Aku tahu aku suka.
Bila semua sama, nampak mereka sangat muafakat.
Auni bergurau dengan Adli, diperhatikan Arrizqi. Moment tu, manis sangat.
Arrizqi menangis, Auni dengan Adli datang, seorang bawa puting, seorang tepuk-tepuk, bagi sayang. Rasa, dorang sangat melindungi sesama sendiri.
Bila Arrizqi tidak berhenti menangis, Auni membebel pada aku, Adli datang tepuk aku sambil tunjuk Arrizqi. Rasa, dorang sayang antara satu dengan lain.
Bila Auni bergaun atau merah jambu, Adli dan Arrizqi sedondon bagaikan mereka berdua adalah pengawal peribadi Auni. Hari-hari pun begini. Bila dorang dewasa nanti, mereka sudah ada citarasa sendiri. Emak perhati sajalah. Argh! bila cerita keletah anak-anak, tidak cukup satu atau dua entry. Macam-macam ragam yang membuatkan aku berfikir, aku seorang yang beruntung.
Princess and her bodyguard.
Need each other.
Forever together.
Serius betul Adli dengan Arrizqi tu. Hahaa.
Ramai yang menanya aku, mana aku beli baju sama untuk anak-anak. Aku rasa aku sudah pun lama menjadi pelanggan kepada kak Eida Mohd ni. Kebanyakan baju anak-anak memang aku beli daripadanya sahaja.
cutiesgorgeous - FB
Cuties Gorgeous Collections - Blog
Nota hijau: Muafakat membawa berkat.
20 comments:
Cute sgt. Pandai ummi gayakan anak2.... Nti nak buat gak kat danish n deena... Tp mesti adik terpaksa pakai baju spiderman... Hahahah
cha same cam akk, akk pun suke anak2 bbaju sedondon...heeh..
anak akk no 1 n no 2 da ibarat kembar...
Orang organzing la katakan...harus semua nak seragam dan color coded..ke guane umi cha? Hehe
samalaa saya..suka pakaikan anak3 baju sama..or at least sama warna tema..
comel sgt 3 beradik tu bila semuanya berdondon2... tengok pun best je...
Suka Sgt tp akak susah sbb faktor usia yg jauh berbeza.lagi satu si kakak byk bj warna pink...Dan kakak dah pandai memilih baju....
saya selalu tringin nak pakaikan depa baju yg sama. tp masa nak beli mesti terpikir nanti baju si kakak dah x muat nak bg kat adik. tp kalau adik ada baju yg sama dah,mcmana? hhehehe..
suka² cha patut cuba warna block untuk budak² ni.. meriah gitu.. ceria selalu...
comel kan bila sedondon ni...eeermmmm,tp anak baru sorang...setakat ni sedondon ngn mak ayah dulu... :-)
Cha
Tau x pasal ada 1 penyakit
Kalu lipat baju susun ikut kaler sama
Kalu sidai baju pun nak susun ikut kaler sama
Kalu dah susun sesuatu tp nmpk cam ada org lain usik, cepat2 susun balik mcm asal
Ada 1 penyakit camni.. Apatah nama dia kak nad lupa
Tp jgn risau penyakit ni xmemudaratkan dan membahayakan kot hihi
best kan kalo tgk mereka seragam... iman dan irfan jarang seragam, cuma sama kaler jer... hehehe... yg hero2 tu dh sepesen dh muka diorang cha.... hehehhee
comel.. lya pon suka tgk..selalu tgk pic kat IG.. kiut ke pakai sedondon
comey kan diorg sedondon ..aku pun suka ...
Aloh Aloh Aloh!!
Comel sggh deme2 itu..
Pic yg akhir..
Kekurangan satu BEE disitu..
Keh3!!!!
Rindu ngan deme2 semua ni..
Haishhhhhhhhh!!
suka sgt tgk pic anak2 cha elok je bergambar bersama, mmg nmpk la saling sayang menyayang n boleh bekerjasama. bila sedondon lg la nmpk cute, rajin umi dia sedondonkan anak2, eija suka jgk sedondonkan anak2 tp time keluar berjln je dkt rumah mmg x pernah sedondon..
tak mampu la akak nak buat macam ni cha .. nak cari pasangan baju dan seluar pun susah .. main lungguk je dalam bakul . Best tengok budak2 comei ni pakai sedondon .
kak@Eda:
jgnla pilih yg spiderman, akak pun. takpun, sorang spiderman sorang tema spiderman.comel.
kakOrked:
kan...? biar sedondon, sng hendak cari anak sendiri nnt.
Fizah:
takla, biasa2 je. mmg begini drpd dulu2 lg.
kakIzan:
akak lg best, skali beli seragam je semua. meriah.
kakJue:
auni pun dah milih baju, biasanya kita sediakan awal2 so dia takde pilihan kena pakai jgk. hahaa.
Reina:
Syukur sgt2 sbb yg sulung Auni, Auni perempuan, so dia ada byk pilihan, baju dia turun pd Adli dan baju Adli turun pd Adli ;) skrg, masih lg guna semuanya, blm lg membazir.
Yana:
ha'a. tgh usha2 juga. nnt kita kerjakan. hahaa.
kakJaja:
ms auni saja, mmg sedondon sekeluarga. tapi kali ini anak2 biar sama, emak sama ngn bapa ja.
kakNad:
hah! ye ke, aiii... jgn kak, takut aku ni. aish! rasanya blm obses kot.
Mira:
masa sepasang dulu, like u jgk sama warna.
Lya:
thanks Lya. tak boleh IG dah, hp rosak.
Eima:
kan...? suka jgk.
ibuAqil:
jgn lupa, g KL tdo rmh kita tau.
Eija:
kadang2 kat rmh skip jgk, sbb biasalah bdk2 bila main, mkn,,,akan ada daki dan kotor. kenala tkr baju,
kakYanti:
time ni bolehla kak, esok dah pandai mandi sendiri pandai2 lah.
Syomell.. suka betul tgk anak2 sedondon :-)
kakIeyna:
akak boleh buat juga.
akak samakan baju anak2 perempuan je. tapi sekarang ni beli fesyen sama tp kaler je beza. senang sikit.
kakSal:
ye la, tah selagi dorg ok selagi tu la pakaikan. kita xde la cerewet sgt pun. suka ja.
Post a Comment