Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aduhai, Lea ni memang hendak kena ngan aku tau, tag join contest dedekat nak hujung tanduk dah ni, adoi-adoi. Okok, disamping join contest anggap sahaja entry ini untuk hari esok, hahaa. Contest daripada Susun Atur Sioca, [class nama blog ni, se'class' hadiah yang bakal dimenangi] struggle-struggle. Sebelum tu, biar aku berterima kasih kepada Lea dulu sebab memperkenalkan aku dengan blog ni, makin mudahla jemari aku ni nak shopping online.
Sesungguhnya sejak masuk rumah sendiri ini, aku sangat suka skodeng susun atur rumah orang, baik dalam drama, majalah, rumah kawan-kawan, rumah saudara mara, konon boleh aplikasikan di rumah sendiri nanti. Nanti ye, sebab aku ialah seorang surirumah sepenuh masa dengan anak3 yang masih kecil. Buat masa sekarang rumah aku bagaikan padang jarak padang terkukur, segala benda cekotet, berharga, memang letaknya jauh nun di tingkat paling tinggi. Bahaya.
Susun atur rumah aku? OMG, ada ke ek? hahaa, mestilah yang jenis mudah, simple dan ringkas [sama dengan je maksudnya] muahahaaa.
Akukan surirumah makanya, segala isi rumah akula pengurusnya. Walaupun kekadang lost bila abi bertanya, tambah-tambah dengan anak3 yang seorang ala singa laut, seorang seperti pelari berpagar dan seorang lagi ligat ala-ala kungfu yang sangat aktif. Shoot the story.
Untuk meringankan beban, segala benda yang agak tidak menyenangkan pemandangan kita bubuh sahaja dalam almari ini. Adalah sangat tidak adilkan? segan nak kasi buka isi dalam, jadi inilah wardrobe kami sekeluarga. Satu bilik khas di tingkat atas. Baju anak3, handbag, mainan, all in one. Satu lagi ada di bilik bawah. Tadaaa.
Bilik yang lebih tetamu sukai, sebab ada tempat tidur dan bilik air berhampiran dan tidak perlu naik tangga. Isi dalam lebih kepada barang-barang stor, album, toto, bantal, mainan dan mak nenek benda yang tidak digunakan, bubuh sahaja then tutup.
Almari novel, terletak betul-betul di bawah tangga. Sebelah tu rak komik kesayangan abi. Ahaaa, comel tak-comel tak? setakat ini masih selamat daripada anai-anai dan anak3. Ruang depan almari buku ini merupakan tempat bermain anak3.

Gambar fail.
Bila sudah jadi emak, dapur merupakan tempat paling lama untuk menghabiskan masa, aku sendiri tidak tahu kenapa, ada sahaja benda yang akan dibuat bila di dapur. Hakikatnya, aku bukan seorang yang pakar memasak. Jom, lihat dapur pokokku.
Ahaaa, kabinet lagi. Hahaa, memang tak adil betulkan? semua main bubuh dalam je. Oh, semestinya kena susun ikut kemudahan penggunaan juga, baik cawan, pinggan, mangkuk, untuk kegunaan hari-hari, untuk tetamu, untuk anak3. Semua diasingkan mengikut kategori dan kemudahan untuk mencapai.

Wajah dapurku, barang elektrik, bahan kering, tempat memasak dan juga bahagian mencuci pakaian. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan pilihan abi semasa proses jualbeli rumah ini berlangsung. Sesungguhnya apa yang sudah sedia ada sangat bertepatan dengan citarasa aku yang lebih suka simple. Wah, ini dah lebih kepada mempromote rumah sendiri je ni.
Kesimpulannya susun atur dalam rumah aku, ialah dalam kabinet sokmo. Selain selamat ianya juga tidak memenuhkan ruang pandangan mata. Semoga, usaha gigih membuat entry dengan anak3 ini membuahkan hasil, hikhikhik.
Thanks Lea to tag me this blogshop, I like.
Nota hijau: Tingtong kejap baca syarat penyertaan.
10 comments:
gilerr ar! mmg cantek umah cha
tersusun sume
kate mak yg kretip kan?
mesti la kretip jugak 'menutup' semak
hehe
(sama dengan jek ngan kak nad =p)
Eh..y komen atas tu ntah dia dah buat entry ke blum..haha.. Besnyaaaa tgk kabinet.. Y tgkt atas tu bilik baju ke, seronotnyaaa..mcm rettiss kt amarika, suka.sukaa..
tahniah! well done! [sama dengan je?] ;p
entri yg cantik menarik! time kasih join cha!
blog tu sbnrnya more kpd nk cerita psl organizing..tak berapa nk blogshop sgt pun...;)
btw,dah boleh "Add your link"...sorry sbb tak reti lagi setting masa kat tools tu, tu yg collection closed tu,,..
Cantik la rumah cha, kemas n tersusun.
eija mmg memasang impian nak buat almari pasang siap ni utk setiap bilik, tp setakat ni x mampu lg nak buat, tunggu hutang rumah selesai 3 thn lg kot br pk nak make up rumah n perkara pertama nak buat mmg nak pasang almari pasang siap n buat kitchen kabinet..
cantik rumah awak... saya suka rak buku yang letak novel tu.. rasa macam berilmu je kalau ada rak buku kan? hehe..
tersusun rumah cha.. bgskan kalau ada almari macam ni.. mmg blh memuatkan apa sahaja yg adoo.. dan menutup² apa² yg patut.. tp kan mudah diserang anai² tak?? sbb tgh pertimbangkan nak buat mcm ni... jugak...
Waaaa... kemas dn teratur, serba sedondon juga.. suka2x.. nak tiru idealah..hehe.. part almari baju tu, puas hti besar gabak gitu kan.. :-)
Untung beli rumah dh siap terbina kan, bhgn dapur pun cantik, tak perlu fkr nak ubahsuai dah.l best...:-)
G.luck utk GA ni.....
wah..semuanya kabinet... penuh 1 rumah dgn kabinet... hehehhee... nmpk kemas kan walaupun isi dlm tu tuhan jer yg tau... hahahhaa.... saya paham... hehehhe
kakNad:
masuk rumah semua sudah tersedia, kalau tidak digunakan sepenuhnya orang kata kita tidak betul pula nanti, baik gunakan.
Lea:
yups, almari baju anak2 dan emak, baju bapak guna almari lain sebab ada uniform tak muat nak masuk.
Fizah:
oh, ralat la ni ek? takpela, sebab logo tu ada kata blogshop. boleh je la. hihiks.
Eija, kakIeyna:
rezki beli rumah semua sudah sedia ada.
almari tu dalamnya kotak2, ibarat kotak2 besar yg disusun pastu dipasang pintu. memang sangat besar, bantal, toto, boleh muat.
JustAzura:
tq sebab suka. berilmu? rasanya mostly rumah ada rak buku kot, cuma yang beza banyak sedikit bahan bacaannya.
Yana:
kayu yana, yg tahan jati je la. ada juga anak2 terutama almari dapur tu. kena bijak nak atasi.
Mira:
dalam tu kena make sure kemas juga Mira, selalu kena alih2kan sebab takut kena serang anai2. kemas je dalam tu cuma segan dengan barang2 tidak sepatutnya pun dalam tu jugak.
salam....jeles nye tgk novel yg banyak tu...saya punya ciput je....biasa pinjam novel kat lbry je...kedekut nak beli...hehhehehe
Post a Comment