Wednesday, 27 March 2013

Arrizqi 5th month.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah mop lantai, cuci bilik air, kemas bilik selepas abi selongkar memburu anai-anai. Jap lagi masak pulak, sambil rest take time kejap. Abaikan header blog yang tiada tu, masih dalam operasi membaikpulih. Adoiii.

Hari sudah pun masuk pertengahan minggu, esok lusa sudah jumpa hujung minggu semula. Time to running fast as runningman. Hahaa. So, semalam kali pertama memandu waja selepas bersalinkan Arrizqi, pergi bawa 'adik baby' checkup untuk 5 bulan. So far, so good graf tumbersaran menaik seperti biasa.

Kesian mamat tu kena mandi air awal pagi, mujurla tidak banyak ragamnya. Disebabkan Arrizqi sangat aktif meniarap-terlentang-meniarap-terlentang tidak kira atas katil, atas lantai, atas kerusi, atas badan emak, maka aku letakkan dia dalam baby car-seat, cikSu dia punya. Harta turun temurun daripada cikSu, Alisha (sepupu), Auni, Adli dan Arrizqi. Berapa generasi tu? Hikhik.

Termangu-mangu jugala diakan, aku pun macam pemandu baru gamaknya sebab bawa waja. Belum lagi masuk petak parking, terhegeh-hegeh janji jangan langgar orang, tiang atau kereta orang lain sudah. So mendaftar macam biasa, menunggu-menunggu-menunggu dan menunggu sambil memerhatikan telatah orang lain. Kepala Arrizqi jangan katalah, kejap toleh kanan, kejap toleh kiri, kejap terkebil-kebil buat aku yang memangku pun jadi gelihati. Belum pun masuk bilik pemeriksaan, dia sudah lelap. Hahaa.

Berat 6.6kg, naik sikit daripada bulan lepas hanya 6.2kg. Okla tu. Slim macam emak (buek!!!) so, aku pun dah suap puri bubur nasi kosong. Haaa, berebut dengan Adli. Suap Arrizqi, suap Adli. Banyak juga dia makan, tanpa muntah. Suka dan ceria dapat makan. Bila jumpa nurse, nurse suruh bagi umur 6 bulan. Esok lusa je sudah masuk 6 bulan. Hohooo. Aku bagi sehari sekali je. Waktu tengah hari. Selangkan dengan puri lobak merah. Yummy-yummy.

Balik rumah bertempior masak tengah hari pula sebelum Adli dan Auni bangun. Dorang tinggal dengan abi waktu aku pergian ke klinik bersama Arrizqi. Auni teruja bangun awal, nak mandi semua berfikir aku akan bawanya, ooohhh! tidak. Aku tidak pandai. Walaupun aku tahu Auni dah pandai bawa diri. So aku tinggalkan dia dengan kartun, bila balik dia bergelimpangan tidur celah abi. Hahaa.

 Love to do this.

 Kali pertama makan.

Abang Adli sangat busy.

So, cukup je la entry ni. Semoga kawan-kawan dapat pengajaran daripadanya ya. Daaa.

Nota hijau: Phew...jadual kerja bersusun lagi ni. 

16 comments:

nad said...

Arrizqiiii!!
Windu ah! :)

Anonymous said...

good2..

amni pun dh makan nestum .. phtu mlm kasi pure epel

Rasp said...

bila dah start mamam....
insya Allah bertambah bambam tu nanti...

Orked said...

smoga trus membesar dgn sihat ye rizqi

eiela said...

bambam dah anak akak

eima said...

lebih kurang size alisha dedulu .... sampai la alisha buat perangai tak mo mkn br ssh nk naik bdn ...comeynye

JaSSNaNi said...

saya dah baca tentang the making of puri nasi and puri lobak tu.. nak praktikkan gak utk fiyya nanti.. mekasih shared..

Masya said...

bestlah adli.. berselera dia makan.. silap² rizki baru satu suap dia dah 3 suap kikikikiki...

ch@ said...

hiks... ;) mmmuah!

ch@ said...

sejarah auni bg nestum, sampai skrg susah makan nasi. puri epal masam sikitkan?

ch@ said...

bertambahla malas mak dia nak dukung. hahaa...

ch@ said...

amin.

ch@ said...

hiks...mak kurus kering.

ch@ said...

eima:
taktaula arrizqi ni, skrg ni menganga je apa mak suap. esok lusa jgn diet sudah.

jassnani:
ok no problem ;)

yana:
memang sudah betulla tu.

eija_sweetmama said...

Tengok Arrizqi dah mcm Adli pulak..:)
Srnoknye dia dah boleh makan hasil air tgn umi dia..

ch@ said...

Eija:
eh, Eija pun bukan rajin ke buat bubur masa anak2 mula makan hari tu, so sama je la.