Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masa aku pergi beli bahan buat kuih tu, abi bawa pergi shopping di AEON, Kepong. Manalah aku tau dia hendak belanja beli barang-barang keperluan aku, maklumlah sejak habis pantang belum lagi beli kasut, beli handbag, badan ni pun rasa serabai sebab rambut masih panjang. Wajib ke tu semua? sejak sudah bergelar surirumah ni, kena tunggu orang pelawa belanja sahaja. Hendak minta banyak, segan.
Jadi, tidak berapa biasa beli barang dapur di AEON, kekerapan membeli adalah di Tesco. Sampai sudah hafal setiap bahagian Tesco. Makanya, siap senarai di tangan, sudah tertulis brand serbuk penaik pun jadi blank bila berhadapan dengan rak bahan. Bajet macam chef hebat ja, milih bahan untuk buat kek, feeling hendak beli semua. Dan, tiadalah serbuk penaik.
Kali pertama seumur hidup, dengan dorongan kawan-kawan sekolah dan pakar membuat kek, aku bedal ajalah buat ikut resipi mudah dan tinggalkan tang serbuk penaik tu. Hahaaa... Kali pertama, haruslah ada cacat celanya. Dengan tiada sukatan tepat, dengan tiada mangkuk untuk kacau semua bahan, tiada loyang, gigih jugalah, pulun. Kukus dengan pengukus Tupperware, makanya comel je la kek coklat aku. Hihiii...
Syukurnya, masa dok bergelumang dengan bahan, Auni, Adli dan Arrizqi pakat tidur bersama-sama, cumanya bila waktu hendak mengukus tu Arrizqi tiba-tiba sahaja menjerit. Dan bila kek siap, aku ajak Auni dan Adli buat topping, suka benar dua beradik tu, tolong makan lebihan coklat dan manisan untuk hiasan. Panggil apa tu ek, yang warna-warni tu?
Macam biasala, tanya abi pulangnya jam berapa. Hrmmm... as last year juga, balik habis bunga api malam tahun baru. Itula nasibnya untuk tahun ini juga. Lepas ini, celebrate birthday serentak dengan tahun baru sahajalah. Tapi, aku as a wife rasa tidak best pula. Well, hari istimewakan.
Petang 1.1.2013 baru dapat potong kek coklat kali pertama ni. Coklat toppingnya tebal dan tidak sedap. Hahaaa... Aku main bubuh ja, sebab tiada whipping cream. Keknya, sedapla jugak. Abi kata kek coklat sedap. Auni dengan Adli jangan katalah, memang kenduri makan.
Memerlukan usaha lebih lagi.
Kena cuba buat lagi, banyak lagi keperluan membuat kek yang perlu disediakan. Seronok rupanya membaking ni. Hihiii...Oh! resipi kek coklat, search sahaja. Aku ada juga resipi kek coklat moist mama Mikhail, tapi dia guna penimbang, aku guna cawan ja. Heheh!
Arrizqi tidur. Aduiiilaaa...
28 tahun anak dah tiga, uban pun dah banyak. Hahaaa... Ye la, emak tua. Hohooo...
Nota hijau: Yeay, lepas ni puding roti pula. InsyaALLAH. Selamat Ulangtahun Kelahiran kakSal, empunya blog 3A.
12 comments:
hehehe, bestnya membaking...akak ni tah bila tah
Cubaan pwrtama... Takpe nti makin lama makin mahir la...
hahaha aku nye lagi mantat tu kira ok la tak cukup bahan pun jadi ...dr aku guna yg segera pun fail ...hahahha
sedapnya kek coklat... feveret sangat
Tahniah! =)
cikMot:
masa bekerja mmg tak sempat kak. kek batik je yg sempat.
kak@Eda:
insyaALLAH.
Eima:
eh ada ye yg segera. nnt aku cuba guna yg segera pulak.
yang baik Ishak:
rasanya, rata2 org suka ek coklatkan.
kakNad:
wiii, tak boleh celen kakNad.
rajin umi walaupun busy...huhuhuhu
hehehe... terima kasih wish kat akak ye. akak sekarang ni baking tak pakai sukat2. malas. tapi cara senang tak nak beli baking powder dgn beli terus blue key self-raising flour. itu cara orang malas nak buat. hahaha... topping pun akak bua sendiri jugak. hentam2 saja. masuk periuk kacau dan rasa. seimbang, tutup dan simpan dalam peti. boleh buat topping utk kuih2 jugak. ngeee...
tapi semangat tu ada. itu yang kita mahu.
kakJue:
rajin? hiii, kalau rmh dulu boleh singgah beli kek, skrg kedai smua jejauh. nak keluar mikir nak angkut dak bertiga tu.
kakSal:
akak pro. kita ni mmg baru sgt la nak buat kuih. heheee, kalau soh buat jejemput udang pun blm tentu jadi.
itulah cha sekali mmbaking rasa seronok, mcm tulah perasaan eija skrg ni, w/pun buat x berapa jadi tp semangat nak buat tu ada..
Saya pon nak cuba buat kek tanpa serbuk penaik @ soda bikarbonat.....harapnya satu hari nnt berjaya..:)
Ada masa free...lawatla blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Saya pon baru buat kek coklat..dlm resipi tu, kena boh baking powder n soda bikarbonat..tp soda bikarbonat terlupa beli..jadi sy decide x boh..doakan kek coklat saya menjadi..hahahaha..
Post a Comment