Thursday, 17 January 2013

Jururawat dan guru.

# Inilah yang dikatanya princess. Dengan bibir berlipstick. Bolehla kakak!
# Sikit lagi buku latihan ABC nak habis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrrmmm...nampak je kental. Kalau di suruh tidak pernah untuk jalan perlahan-lahan, saban kali disuruh setiap kali itulah dia berlari. Naik tangga berlari, pergi dapur berlari, masuk bilik air pun hendak berlari. Itulah Auni.

Apatah lagi bila diberi kebenaran main diluar rumah yang separuh simen, jalan bertar dan berumput. Kebal dengan gigitan nyamuk, kebal dengan asap pembakaran sampah tetapi tidak kebal bila lutut bertemu tar. Hrmmm...meraung tu tidaklah cuma cengeng. Kedua lutut berdarah tidak teruk mana, hendakkan dukung, dilayan, dirawat dan diplaster. Anak manja.

Aku heret je masuk bilik air, mandikan, pakaikan baju pink warna kegemaran dan rawat lututnya dengan ubat berserta nasihat. Selesai menjadi jururawat, aku buatkan susu dan tepuk sekejap, kiss pipi kanan-kiss pipi kiri, lap air mata dan dia tidur. Selesai.

Satu part lain, mengajar dia menyanyi lagu ABC. Ok, dapatla sedikit-sedikit, huruf pun hampir kenal kesemuanya. Warna memang sudah kenal, nombor sikit-sikit, alif ba ta masih dalam proses pembelajaran. Belajar sikit main banyak. Misi aku hendak menyuruh dia habiskan buku ABC nya.

Auni, lebih ke arah melukis dan art. Yang aku perhatikanlah sebab dia sentiasa mahukan kertas kosong, pen mahupun pensil. Malah, aku belikan buku latihan pun dia cukup suka melukis gambar di bahagian kosong kulit hadapan dan belakang buku. Gambar yang sudah cantik dilukis seperti layang-layang, khemah, bentuk segitiga, segiempat, bulat, bulan dan sayang.

Paling terbaru melukis gambar princess. Nampak seperti kacang, akan tetapi princess katanya. Not bad sebab part mata tu siap ada mata hitamnya. Memerhati dia melukis adalah menyeronokkan. Dia melukis bersama mulut yang bercerita. Comel sangat.

Hendak ku hantar ke sekolah bimbang kerana potty trainingnya belum complete. Hari pertama kencing di dapur. Hari kedua dalam kolam sewaktu mandi dengan Adli. Selain tu dia request pampers. Aduiii! Kata abi taska yang dia tanya masih ambil kanak-kanak berpampers. Sebenarnya, aku lupa tahun ini Auni empat tahun. Sibuknya aku.

Apapun, aku bangga juga dengan perkembangan Auni setakat ini. Harus meluangkan lebih masa untuk dia. Aku hendak ajar dia mengaji. InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waaah auni dah bijak belajar.. dh blh g skool ni, 4 thn sama cam arif..arif pun mama dia tak antar lg, mls nak fikir psl transport..tahun depan la baru antar..

rajin auni~

eima said...

aku tak mampu dear ... sbb aku mmg tak boleh nk ajao anak sendrik ..klu sepupu semua berjaya tp ngan anak sendrik ni diorg tak dgr ckp mama yg garang ni ...huhuhu

@e_da said...

Gus girl la auni... Mika masih conteng2 lagi kat buku.. Takpe umi leh ajar kat rumah. .. Tubpun dah bagus perkembangan dia

Masya said...

TULAH SELALU INGAT TARIKH LAHIR ANAK BERSERTA TAHUN SELAGI TAK SAMPAI TARIKH TU MASIH DOK INGAT ANAK PUN 4 TAHUN, PADAHAL AMIR DAH 5 TAHUN... MOGA AUNI PUN CPT FREE PAMPERS... SENANG UMI NNT KALAU DAH SEKOLAH...

ch@ said...

kakIeyna:
tu la, tapi kalo ada transport pun kita still nak hantar dan ambil sendiri.

Eima:
woh, camtu la ek. ko garang ke? aku pun garang juga tapi Auni tak cuak pun.

kak@Eda:
alhamdulillah, Auni suka melukis.

Yana:
tu la, beday dia bln 7 nnt. lambat. tu ingat tiga tahun lagi, rupanya 4 tahun sudah. ohooo.

eija_sweetmama said...

Pandai jgk auni menulis dan melukis ni cha, kalau zaquan..lg x nmpk rupa..
Untungla dpt ajar anak sendiri mengaji.., ermm zaquan lgsung xmo ikut apa yg eija cuba ajar, hope dia dpt belajar di sekolah...sbb tadika dia mmg ada ajar iqra..tp blk dr sekolah eija selalu la tanye apa yg dia dh belajar...