Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru masuk minggu ke-empat berpantang, mula sudah rasa hendak tewas breastfeeding. OMG mindset-mindset sudah dijangkiti sedikit virus jahat. Kena fikir jalan untuk terus ekslusif breastfeeding. Struggle. Tiba-tiba teringat seorang kawan pernah beritahu, "tak apa kalau beri susu badan guna botol, kena jadi Ekslusif Pumping la. Ada juga kawan yang berjaya EP sehingga anak dua tahun.
Google, syabas memang ada. Aku pun sepertinya sudah menjadi seorang EP. Suka sangat bila tiba waktu mengepam yang datang tiga jam sekali. Setakat Arrizqi minum 3ozs makanya sekali pam hasil yang diperolehi sungguh melumayankan. 7 hingga 8ozs. Buang? aku simpan sampai tak muat peti ais mama. Hahaaa... bersempit-sempitan dengan bahan masakkan dia yang lain.
Setiap satu sesi.
Rezeki untuk Arrizqi dan Adli.
Aku suka mengepam, sebab ada orang yang akan setia menemani. Kalau dulu Auni yang teman, sekarang tugas berganti dengan Adli. Bila menjelang malam, mana-mana botol yang sudah dinyah beku [sejuk biasa] 2 botol aku warmkan untuk Adli. Heheee. Oleh kerana peti beku mama yang memang membeku walaupun satu pintu, membuatkan aku terasa hendak buat air batu campur sahaja susu-susu yang telah sedia beku itu.
Siapa sangka habis sebotol susu perah.
Seorang yang sangat tidak suka kepada pembaziran.
Puting luka memang memeritkan, apatah lagi Arrizqi memang kepit dengan gusi dan sangat kuat hisapannya. Pedih kaw-kaw-kaw tahu. Ye letak susu ibu di puting, tapinya untuk dua jam sekali wah-wah-wah jujur aku tidak tahan. Daya ketahanan aku tiada disitu. Bila aku suarakan pada abi, lekas sahaja cadangannya, pumping dan beri sahaja guna botol.
Pertama kali menggunakan botol, wah dia sedut dengan lajunya, sehari memberinya botol dia mahukan lagi dan lagi, botolkan lebih laju pengeluaran susunya. Akhirnya dia hanya mahukan botol sahaja. Sudah letih terhegeh-hegeh untuk mencari puting breast, Arrizqi berlagu dengan nyaring. Bukan lagi merdu, tapi tahap jeritan nyaring yang membingit. Memang kena ikut betul-betul 3ozs setiap dua jam. Lambat? terimalah padahnya.
Hasil daripada pencarian untuk keperluan Arrizqi:
- Bayi satu hari - 5-7ml
- Bayi tiga hari - 22-27ml
- Bayi satu minggu - 45-50ml
- Bayi satu bulan - 80-150ml
Now, setiap kali pumping, aku gunakan botol yang 240ml, kasi lebih sikit. Alhamdulillah, bila penuh botol tersebut, aku bahagikan pula ikut keperluan, 3ozs dan susun mengikut urutan 1st come 1st out. Sudah pun sebulan, bertahan selagi susu badan ada.
Nota hijau: Auni sudah minum susu campur pada usia 2 minggu. Adli sudah minum susu campur pada usia 2 bulan, Arrizqi? hihiii... strugle-struggle.
11 comments:
tak pe ko mesti boleh ... tp klu ade masalah puting tenggelam mmg payah sikit cuma kena ade keyakinan dan usaha je la ... kena kerja lebih keras sikit
biarlah pedih sikit.. janji arrizqi sihat mcm adli... membesar bagaikan juara.. x mudah sakit...
Semoga niat yg murni ni akan dipermudahkan...insya-Allah =)
askum cha,
usaha utk arrizqi selagi boleh. moga cha tabah melayan kerenah anak disamping kerja rumah nanti.
saya yang kerja pun kdg2 tewas jugak walaupun hny petang ke malam di hari kerja dan hujung minggu.
teruskan semangat pumping itu.. chaiyok...
Chaiyok ... memang hebat la cha .. akak yang badan besar ni pun tak boleh nak buat mcm ni .
Alhamdulillah dik..
Murah sggh rezeki anak2 mu itu..
Terharu!!
Teruskan usaha.. ;D
Sorry lama akak x sggh sini..
Happy weekend & TC yer.. ;)
salam cha..
gigih mengepam ye..
chaiyok !! chaiyok!!
eima, kakNad, mekchu:
smngt2,insyaALLAH.
yana:
ihiks...auni pun jarang sakit penangan susu lembu paling mahal.
sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
insyaALLAH boleh handle.
kakYanti:
hihiii, akan datang kak mana tahu sangkut lagi :p
ibuAkil:
alhamdulillah,smg sentiasa dimurahkan rezki utk kita smua.
kakNisah:
salam kak,
hiks... smngt2.
sayang kalau tak breasfeed bb cha akan jadik housewife jugak kan?
kakSal:
kita akan usahakan yg terbaik.
Post a Comment