Thursday, 6 September 2012

Mencuba dan berusaha.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak mudah rupanya. Semangat kena jitu, fizikal kena kuat, emosi kena kental. Mencuba tidak mengeluh dalam masa satu hari adalah satu perkara yang sukar apabila habit itu sudah sebati dalam diri-itu aku orang lain tidak tahu.

Balik kerja, singgah kedai apabila teringat Auni dan Adli sangat gemar memakan apa sahaja yang aku bawa pulang. Tabiat yang daripada papa turun ke aku, harus membawa walaupun sebiji gula-gula atau pun sebesar-besar permainan. Melihat senyuman lebar dorang sampai ke telinga adalah sesuatu ketenangan di luar batasan.

Tekak ni, teringin sangat mahu makan nasi panas dengan ikan goreng bersama kicap. Adeh, sedapnya apabila hanya menjamah nasi lemak sebelah pagi, siap ayam seketoi. Sekarang ni, aku hanya tolak stroller berisi dua budak itu. Keadaan tidak mengizinkan untuk mendukung Adli dan mengheret Auni turun naik tangga.

Adli yang sudah pandai duduk membuatkan kerja penghantaran dan pengambilan menjadi mudah. Sampai rumah, tunggang langgang dibuat dek Auni. Terlupa bahawa dia telah menyepah pagi tadi. Kemas rumah dan ternampak pula bakul baju kotor yang memang tahap aiskrim calong. Waaaaa... Auni dah membebel dia ketidakcukupan spender walaupun masih berpampers.

Layan Neelofa dulu, sebelum memunggah baju kotor dalam mesin dan masak nasi. Abi balik, fuh! lega... Siap masak, abi mandi dan makan dia bersiap hendak balik opis semula, walawei... makcik sorang kena berperang. Tolong-tolong-tolong. Katanya sekejap, tapi sekejapnya hampir ke angka 12malam. 

Rumah? sudah siap-siap dipunggah Auni dan Adli apabila aku siap menjemur baju. Masa yang ada pantas sahaja aku makan supaya si Arrizqi tidak bising, suap Auni, suap Adli. Tengah hendak lelap selepas Adam dan Hawa, Auni minta kek, minta epal, minta susu, minta air. Wah! dak ni. Pada masa yang sama Adli berak pula, hendak susu, hendak tidur. Wawawawawaaaa... 

Aku yang semakin penguin ini, tidak mampu hendak tunaikan semuanya apabila badan terasa sangat lesu. Terasa hendak menangis. Rumah yang tunggang langgang tidak lagi kupandang. Terus sahaja tukarkan baju Adli dan tidur. Ajak Auni? memang tak payahlah, dia pandai tidur sendiri. Bila aja tengah feeling-feeling dengan Adli, terdengar ada orang menggosok sesuatu yang keras.

Auni sedang menggosok dinding dengan plastik, tumpahkan air ikan puyu, habis baju, habis lantai. Basah. Aku hanya tukarkan baju dan pampers sahaja then sambung tidur. Tak kuasa hendak kerjakan. Mujur, abi balik tidak lama kemudian. Ambilla giliran seterusnya, tengokkan anak-anak. Emak sudah tidak larat.

Pagi, rumah masih macam malam tadi, air ikan puyu aja sudah kering. Abi balik, memang hanya takat tengokkan anak-anak. Ini yang namanya, tiga penyepah hanya seorang yang mengemas. Pasrah! Petang nanti baru betul-betul kemas. Tidak dapat ku bayang apabila sepenuhnya di rumah. Memang emak jadi hulk la jawabnya. 

 
 comot

 
 comel

 comot

 comel

Nota hijau: Saat ini, berharap cepatla Arrizqi keluar. Emak hendak jadi supersaiya mommy. Kekekeke. Aku kena menyesuaikan diri jugak.

12 comments:

Rohani Hashim said...

maaf cha, dh lama xkomen blog hijau nih. xpe cha, InsyaALLAH semoga cha selalu sehat dan kuat utk menghadapi situasi mcmni. nnti dh besar semua, rileksla cha.giliran dorg lak yg buat itu ini kan.

cha memang kuat yeahhh!

Rasp said...

mencabar sungguh ye sis....
sabar sabar...byk2 bersabar...
you can do it!

Imaan09 said...

adoii sayang.. hati2 membawa arrizki.. rehat cukup2..walaupun cukup ku faham apa isi entry ini..memang begitu laa..

eija_sweetmama said...

jd surirumah sepenuh masa nnti mmg lg penat, sbb surirumah ni keje nye mmg x pernah berhenti..ada jerk keje perlu diselesaikan nnti.., tp puashati sbb anak² mmbesar depan mata, kita yg suap makan minum dia siang dan malam..

insyaallah cha boleh buat..biasalah kita beranak kecik mcm tu la..x menang tgn kita melayan kerenah mereka..

*Cha, kalau free sabtu ni 8/9/12 jemput dtg ke open house mertua eija, eija mmg ada disana sepanjang hari..Seksyen 5, BBB..sebelah tmn rumah eija jerk.

Orked said...

akk pn x pasti sama ada akak bole atau tidak,

Kalu nk jadi suri sepenuh masa mmg perlukan smgat & jiwa raga yang kental...aduhhh!! tringin nk jadi mcm cha, tapi x yakin nak pikulnya...

Smoga kesbaran yg cha pikul mjadi pmangkin smgat mndidik anak2 agar trus mbesar..slamat melahirkan bb rizqi

Noli said...

wahh mencabar betol..noli pon dpt rasai jugak la..sbb sekarang duk mnjaga 3 anak..cuma lega bila jam menjengah ke angka 5..fuhh

mamaarifakeemaisy said...

phewww...mmg besar cabarannye tuh, kalau tak cukup kental hari2 mau nangis..huu~ takpe saya percaya ch@ sangat sangat boleh...yeaaa! Insyaallah..Aminn...

takpe ch@, bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian, membesarkan anak2 kecik sekali harung, nnti diorang sama2 dah besar, time maknye pulak tuk bersenang senang ^_^

Tcare~

sal ya said...

mak akan jadik supersayap. bkn supersaiya lagi dah.

ch@ said...

Hany:
nvr mind dear, kita pun slalu jengah bc je blog Hany tu. thanks tau.

Rasp:
insyaALLAH yg penting skrg ni, menjaga kesihatan.

Lea:
betul tu Lea, kadang2 terlupa main lenjan je.

Eija:
tu la, tapi yg bagusnya surirumah ni takde limit masa buat kerja. lps tu, ikut suka. hendak buat-buat, tak mahu buat-biar je la dulu, tak siapa hendak marah.

kakOrked:
insyaALLAH, kita akan berusaha.

Noli:
babysitter ek Noli, boleh blaja ni. ingat nak jaga anak orang lain juga nnt.

kakIeyna:
insyaALLAH, tu yg cuba tuk tidak merungut tu. smg kita sentiasa ikhlas utk pikul tanggungjawab.

kakSal:
supersayap? hahahaaa... akak mmg klaka. akak surirumah juga kan? boleh tunjuk ajar nnt.

Salina@IbuAqil said...

Tapi semua tu akan jd 1 kenangan abadi bila semuanya dah meningkat dewasa nanti kan cha..
Masa tu kita akan rindu saat & detik sekarang..
TC cha..
U can do it..
Yeayyyyyyyyy!!

Masya said...

bile anak² dah membesar sekolah nnt lain pulak ragamnya kan...

ch@ said...

ibuAqil, Yana:
betul. tu yg redah je la. esok lusa dah besar leh cerita dpn girlfren/boyfren masing2. hahaaa. omak kantoikan.