Tuesday, 14 August 2012

Bukan lagi rahsia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beria-ia, geng PERKEP berbalas message, macam biasa aku selamba je selagi abi tidak mempelawa. Dalam tidak pelawa tu, baju aku dan anak-anak sudah siap aku gosok, cuma tidak menaruh harapan tinggi sangat. Berbuka puasa di Hotel Midah bersama pasukan tempat kerja abi.

Menjadi rutin setiap tahun, aku la menjadi reporter aka photographer tidak diiktiraf. Tahun ini naik taraf sikit dengan Canon dslr hadiah ulangtahun perkahwinan daripada abi. Sayang pula tidak diguna pakai. Pulun je, bubuh je. Janji bergambar.

Beria-ia abi balik awal ambil Auni dan Adli, sudahnya tunggu emak juga balik siapkan seorang demi seorang. Maklumlah emak ni pakar sikit part milih baju yang hendak dipakai. Mujur abi sporting hendak sedondon dengan emak ni.

Jalan sesak itu biasalah, terfikir juga aku sempat ke mereka ni berbuka puasa kalau kesesakkannya macam tiada penghujung. Auni pun berkata "kereta panjang sangat". Nampak pula teksi "kereta bomba umi". Oh, si penghibur duka umi, bila masa kereta sewa warna merah ni bertukar jadi kereta bomba. Bukan kereta panjangla, kereta banyak. Auni-Auni, terima kasih sebab dikala sesak macam ni, ada sahaja yang gelihati.

Mujurlah suasananya agak tenang, aman dan ada juga ruang untuk anak-anak berlari. Masing-masing sudah berkaki, masing-masing hendak bawa diri. Termasuk Auni dan Adli. Memang terserlah habis sifat ke'kakak'kan Auni, tatkala dia mengajak kawan-kawan satu batchnya bermain. Jenuh abi membetulkan rambut mahal dia. Adli diam sahaja, makan-makan-makan.


See? tiada satu pun yang elok bila Auni bergambar. She is funny rite? Aktif, peramah, suka berkawan, suka menyanyi, then she like posing. Anak-anak aku ni memang suka buat memek muka, macam-macam pun ada. Tahun depan Adli akan join sama-insyaALLAH.


She like friends, same as her mummy. Semua ikut dia walaupun sebelum tiba di destinasi dia mogok, menangis gara-gara sedang asyik menyanyi tiba-tiba terhantuk pintu kereta dikala abi membelok tajam. Hendak ditolong, aku duduk disebelah pemandu, kereta mini abi memang sempit tidak seperti Waja yang boleh memuatkan aku dan Auni.

Pipi kembang semacam. Same like before. Haish!

PERKEP team, kurang lengkap berikutan ada yang masih dalam pantang, ada yang keadaan tidak mengizinkan, insyaALLAH nanti kita berjumpa lagi. Yang pasti, anak-anak semakin bertambah. Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga. Hahahaaa.

Hanya kerana Medela Swing, segala-galanya terbongkar cerita. Itu cerita lain kalilah. Paling tidak pun tunggu sahaja bo'boy' atau ge'girl' yang tidak lama sahaja lagi akan keluar-insyaALLAH. Kakak Auni dan abang Adli pun bagaikan sudah tidak sabar-sabar hendak lihat baby. Alhamdulillah.

Nota hijau: Tahun hadapan, tidak pasti boleh pegang anak-anak macam gambar bawah sekali itu atau tidak. Hahaaa. That's why PB digantung perkhidmatannya. Will update after 1st scan baby later. Daaa.

20 comments:

eima said...

ko mengandung lagi ........... tahniah ....

pnuya la aku baca sampai ke tp tak paham2 tp bila baca 2-3 kali ayat bawah tu br faham.....

dah brape minggu dah ni .... si kcik adli nk dpt adek dah .....

sitiebby said...

ASKUM CHA,
wah, bkl dpt baby...suka dgr.tahniah cha. mn2 pun ok sbb cha dh ada girl n boy. hehehe..
umur auni n adli sama dgn 2 puteri sy. jg diri baik2 tau..

ibuhebat said...

Tahniah. padanlah tajuknya 'bukan lagi rahsia' :)

Rasp said...

bestnya bertambah ahli keluarga....
congrats ye sis...
jaga diri baik2...

Noli said...

wahh bertambah..tahniahhh ch@..suka ai tau...ai nk juge laaa..tapi tahun depan..hehe...;)

puanstoberi said...

WAHH....akak pula yg teruja membaca nyer..
Tahniah yunk... cpt Adli jd abang ni. Hikhik :)

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah, rezeki tu..Tahniah Cha..:)

Auni & Adli nak dpt adik..Seronoknye Cha..Happy for u :))

Salina@IbuAqil said...

Okeh semua meriah..
Meriah bebenor..
Berkali2 akak baca part "Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga."..
Akak cuba nak faham ayat last tu..
TIGA?!!!!
Cha, Aqil nak dpt adik lagi ke dari Ummi dia ni?!!
Muahahahhahaha!!
Tahniah dik cha.. ;D
Cha, selamat hari raya dik dari keluarga kecil akak..
Jaga diri jer..
Bilalah nak jumpa lg.. ;)

nad said...

alhamdulillah....
syukur!
tahniah cha!

Puteri Amna Balqies said...

salam wbt

Tahniah la awk, uwaa bertambah dah dia,

Takpe PB still bole gune pas raya yer,jaga diri dan baby baik-baik.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin

Jue said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
rasa mcm tak caya..
tapi kena caya jugak...
tahniah....cha
tahniah buat auni dan adli jugak...

nazayiena said...

Wah meriahnya PERKEP Team buat majlis berbuka puasa.

♥cikmOt♥ said...

amboi...dediam berisi ek...
owhh abang adli...hehehe

Masya said...

tahniah cha...
memang bukan lagi rahsia...
tumpang gembira ..
tumpang happy ..
dan masih tersenyum² bile teringatkan kisah cha
hihihihi.....
moga segalanya dipermudahkan...

Masya said...

lawaklah muke adli tu .. kalau boleh ade dialog mesti dia cakap ape?? umi .. adli nak jadi abg hahahaha....

ch@ said...

eima:
hihiii, saja bagi orang suspen sikit. hiii.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
terima kasih, insyaALLAH. kita tak kisah, janji baby sht.

ibuHebat:
terima kasih, hihiii. kantoi tak boleh sorok perut.

rasp:
insyaALLAH, terima kasih akak.

noli:
terima kasih, jom-jom.

kekDa:
tehehehe, kita jln dulu kekDa. sambil2 bg aura kat kekDa. terima kasih. abg encem.

eija:
terima kasih eija, syukur sgt2.

ibuAqil:
insyaALLAH pjg umur kita jmpa ye kak. terima kasih. ye adik kpd abg adli, kakak auni dan abg aqil dia.

kakNad:
syukur, terima kasih kakNad.

zila:
salam kembali.
terima kasih dan insyaALLAH. slmt hari raya juga.

kakJue:
percayalah, ini bnr2 terjadi.

nazayiena:
bkn PERKEP, tapi tumpang majlis suami2. kitorang follow je.

cikMot:
abg adli demok.

yana:
terima kasih yana, gembira dan happy tu bkn ke sama. hahaa, adli suka buat muka depan kamera.

mamaarifakeemaisy said...

As salam cha..

selamat hari raya

yaAllah memang ketinggalan ketapi sungguh la kak eina ni...tulah makin kurang time berBW skrg ni..huu~

Tahniah n take care~

rezki dari Ilahi..hujung tahun adli jd abang..hoyee..

take care~

ch@ said...

kakIeyna:
wa'alaikumussalam.
ahahaha, takpe ketinggalan keretapi pun kak, janji dpt beraya.
terima kasih byk2 ye.

sal ya said...

tahniah. dah agak dah masa cha kata kena gantung PB sbb masalah kesihatan. dah lama tak datang sini sebab line sengal sangat.

ch@ said...

kakSal:
takpe kak, kita phm sgt kalau line sengal tu. kita pun pnh je rasa mcm tu dulu. mcm nak nangis.