Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam, akibat ketidaktahanan biji mata ini melihat lantai rumah yang berdaki dengan bermacam sisa makanan, susu, pelekat dan entah apa-apa lagi, gagah juga aku menge'mop' lantai satu rumah sehingga licin berkilat.
Habis segala benda aku kemas sehingga sedap mata memandang. Belum lagi kena melayan main anak-anak yang sangat aktif tidak terkata, melayan minum susu, melayan makan. Belum lagi mereka membuang bahan kumuh secara berjemaah. Senang kata, sebaik aku meletakkan kereta, mengambil anak-anak, kerja aku tidak berhenti setakat itu sahaja.
Aku pun tidak tahu, macam mana aku boleh tahan sedangkan aku rasa lelah. Kaki lenguh sebab tidak dapat duduk dengan betul-betul lega. Sempat aku buat quilling rama-rama untuk Mas. Hiii. Kenapa aku boleh bertahan? terima kasih kepada Premium Beautiful [PB] yang menjadikan badan aku sangat ringan dan aku kekal rasa sihat sehingga kerja selesai ;)
Haaa, mari dekat-mari dekat-rapat-rapat. Hampir 3 minggu PB bersama dengan aku. Semakin serasi bersama. Kurus? aku memang sudah kurus la, jadi aku tidak ambil peduli sangat akan saiz badan. Selepas bersalinkan Adli, aku mengalami kemeruduman emosi. Aku rasa badan aku ni berat, bila sudah duduk hendak bangun semula alangkah malasnya. Hari-hari malas dan tidak mahu berenggang dengan tilam. Apatah lagi bila masuk bilik air melihat masalah keputihan, melihat ke'muncit'an perut. Aku berasa seperti ada sesuatu yang hendak keluar daripada bawah tapi tidak keluar-keluar. [macam rasa rahim terturun-tak sure]. Maaakkk tolong.
Sehingga aku suarakan kepada mamaMikhail, aku decided hendak membeli bengkung strap Avon sahaja. Senang rite. Hendak ke tandas pun mudah. Tidak lama selepas itu, aku berkeputusan untuk membeli DX Lingerie sahaja. Ye, aku tahu DX pun tidak kurang hebatnya, pesaing terdekat PB. Sehinggalah cikZila, kawan selalu aku, kawan biasa aku spontan datang sendiri ke rumah bersama seorang kawannya, puanNas.
Masa tu aku tidak tahu apa hebatnya PB, bukankah sama je. Untuk menyokong, mengurus, menyihat badan dan bla...bla... bla... CikZila bersama mentornya puanNas, dia terangkan secara terperinci kehebatan PB. Apatah lagi melihat sendiri empunya badan, melihat sendiri betapa naiknya seri kawan baik yang pernah tidur sebantal duduk sebumbung.
Hei, testimoni depan mata, kawan baik sendiri dah rasa. Takkan la tidak terpengaruhkan? Ya, untuk kaki shopping, emak beranak dua dengan perut terkedepan, aku terpengaruh. Then, until now aku ber'PB'.
Selesa, seminggu aku memakai bengkungnya aku sudah bertukar ke butang line tengah. Melihatkan tiada lagi perut yang sangat over membuatkan aku semakin bersemangat untuk pinggang anak dara. Ngeee... Memakai 'girdle'nya membuatkan abi menjeling geram tidak sudah-sudah. Tehehehe.
Keputihan aku masih lagi keluar, tetapi tidak seteruk seperti sebelum memakai PB, gatal semasa mula-mula memakainya pun sudah berkurangan, berikutan badan sedang membuang toksin melalui keistimewaan Far Infrared Rays [FIR] yang telah disuntik masuk ke dalam tetulang-tetulang PB, paling banyaknya terdapat dalam bengkung. Kerana FIR inilah yang menjadikan badan aku berasa hebat. Mari kita tengok apa yang FIR buat untuk badan.
Bila berbengkung, aku jadi tersangatlah kurang makan. Aku pakai dengan minum Cocoa Collagen Power Plus, rakan baik sejak lepas pantang. Wiii...
- Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh, memulihkan sistem pernafasan dan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.
- Meningkatkan kadar metabolisma.
- Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
- Mengeluarkan peluh asid.
- Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
- Mengekalkan kesegaran badan.
- Mengurangkan kandungan asid dalam darah.
- Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit.
- Tidur lebih selesa dan nyenyak.
- Menghilangkan bau badan, kulat dan fungus.
- Membersihkan udara dalam badan.
- Mengekalkan kepanasan suhu badan.
- Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.
Seronok? hehehe, aku dah rasa. Mahal, memang mahal cecah ribuan ringgit, tapi keberkesanannya, baik untuk diri sendiri, baik untuk suami, baik untuk satu family, itukan bonus untuk kehidupan yang penuh cabaran sekarang ini.
Apatah lagi, waranty PB adalah selagi hayat PB masih ada. Bila-bila je, tiada tempoh dan diiktiraf oleh Superbrands. Hihiii. Banyak lagi kelebihan PB, boleh saja baca di mana-mana blog atau web bila 'Google Search' - sama.
Nota hijau: Jom-jom. Gambar? takde, sebab aku ber'PB' untuk sihat. Seluar dah longgar jugak ni. Hiii. Bila tidak pakai PB, terasa lain macam.
16 comments:
Sekarang ni PB memang makin famous kan. ramai guna. :)
alang guna pe kat ko jd jurujual plak .. aku tgk jual ni semua mewah2 ... tambah2 yg pandai ckp ko ni ...for sure leh berjaya ...
ramai yang pakai PB ni, dan mmg ramai yang kata bagus, kita jugak yang tak pakai...hu huh tapi nak kurus gak..
klau ada sape yg berminat nak PB..bole jer contact sy....:) ~ tumpang iklan.....:)
bila baca neh tiba2 terasa nk keluarkan PB yg simpan dlm almari..
hahaha..
pemalassss sgt nk memakai.. beli simpan je.. pastuh gaduh la diri neh gemuk.. auwwww~
aduh... harganya je pun dah blh buat down payment kereta. huhuhu... ada jugak keinginan nak cuba. menunggu duit dari langit biru dulu. hahaha...
info yang bagus psl PB... kat opis pun ramai dah guna.. ade jugak yang sarankan kt.. kt tolak secara baik sbb nak bg amir adk dulu hihihihi...
cocoa collagen minum juga sedappkan... memang kenyang kalau minum pagi sampai ketghari lupe nak sarapan...
baca entry cha pasal PB ni... mmg hati ni membuak2 teringin nak pakai balik PB yang dah tersimpan rapi setahun yang lepas.. lepas disahkan pregnant, lepas tu melahirkan plak.. dan skrg masih breasfeed lagi... hasrat tu dipendamkan dulu. Mmg nak pakai.. tp bila fikir2 balik.. lecehnya bila time nak pump susu nanti... skrg ni tgh bersabar lagi... insyaallah.. satu hari nanti.. PB tu pasti akan pakai balik... hehehe...
bagusnye testimonial dr pengguna badan sndiri..
mmg ramai yg kata PB ni bagus, tp tu la blom terbuka hati nak beli lg sbb tau eija ni jenis yg susah sikit nak konsisten.., kena rajin pakai kan..
Owh..org tak displin cam akak ni mmg APTB. Sbb tu walo ada yg menghimpit suh beli PB utk bg senang mengandung, akak tak beli. Jgn kan PB yg mahal beribu tu, jus perawan berpuluh inggit tu pun tak berdisplin pengambilannya. sudah.. lupakan. kang lelama terperuk dlm lemari.
Utk cha.. go..cha go.. pasni buleh la jadi agen lak.dpt g melancong pree :)
rara:
dh dgr dulu2 lagi, time tu bdn masih dara. bila dh anak dua ni, barula sedar diri.
eima:
aku pandai cakap ke? hahaaa, insyaALLAH satu hari nnt. mana tahu rezeki ALLAH. now, aku masih syg kerjaya aku.
anje:
kurus tu bonus tambahan bila ber'PB' atau berbengkung. yg pentingnya kesihatan anje.
asyifa mustaffa:
assalamualaikum, salam perkenalan.
siRibenMerah:
alahai syg nya. pakai smula la, kan beli mahal2. bagus utk kesihatan.
kakAnis:
esok2 ada rezeki, akak boleh cuba dan rasa. manfaatnya sgt byk.
yana:
bagus utk dpt kan zuriat, bagus utk semasa berpantang, bagus utk baby2 yg kurang sihat. insyaALLAH kita berusaha. kita mmg peminum cocoa collagen tegar :D
yatieMS:
pakai bengkung dgn girdle je la kak, itu pun dah boleh buat susu byk. hihiii. PB kan direkacipta utk ibu2 breastfeeding juga.
eija:
setiap hari 8 jam. alah bisa tegal biasa eija. kita pun mcm eija juga, smua mls. serba serbi kalau hendak, yg mudah2 aja. tapi sejak ada anak, kita tak boleh nak harap sgt tanpa usaha.
kekDa:
melancong free? lama lagi nk capai tu kekDa. hahaaa. kita tlg kawan je dulu. esok2la dah ddk rmh sepenuh masa, anak2 pun dah besar. kalau rezeki, meluaskan empayar pula. kikiii.
waaaaaaaaaaaa bestnye...teruja~ kalau la tetiba ada org nak hadiahkan. kan best..ngeee.. beranganlah !=P nak cantik, kena usaha..kan3x..
Salam wbt
huhu..TAHNIAH yer buat sahabat baik sebantal saya.
Mula-mula kenalkan PB sebab byk faktor bukan sebab nak jual je, tapi nak tgk kawan saya ni lebih anggun dan sihat dan kembali anggun even dah jadi ibu kepada 2org cahaya mata, kebetulan dia nak pakai saya pakaikan.
Bukan sebab product lain tak ok but saya lebih senang soh kawan saya memakai PB sebab dia sgt2 elok dan di iktiraf oleh kerajaan dan berstatus SUPERBRAND
Saya nak terbaik buat kawan baik saya tu je sebenarnya. Any buat awk yang sayang kerana Allah..Gluck tau semoga sihat dan jelita bersama PREMIUM BEUTIFUL
kakIeyna:
hahaha minta hubby sponsorla. present jaga anak di rumah.
cikZiela:
tehehe baiklah-baiklah. sy dh hafal butir kata2 awak ni. miahaha. terima kasih. nnt kita luaskan empayar jajahan kita.
Bagus suka baca pasal PB dari cha ..
pnBee:
thanks bee. agak2 boleh laku tak nak jual. hahaaa.
Post a Comment