Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Balik kampung hari Sabtu, balik KL hari Ahad. Minggu lepas punya agenda, berjaya mengenakan Cloth-Diapers untuk Auni dan Adli dengan jayanya. Cuma, abi je failed [masih belum belajar untuk menyesuaikan butang] selepas Auni yak.
Aku bawa 12 keping untuk dua orang itu. Meriah, bertukar warna dan corak setiap kali mandi. Hahaaa. Aku tidak cuci mesin berikutan mesin cuci pakaian di rumah mertua aku rosak, dan tidak juga cuci tangan kerana sabun yang tidak bersesuaian. Selepas mereka berdua ini yak atau kencing, aku hanya bilas sehingga hilang warna dan bau. Perah sehingga betul-betul tiada air menitik dan anginkan.
Menyesal juga tidak cuci tangan sebab rumah atas tanah, cahaya matahari terus sinar menyimbah bumi. Hanya dua hari, balik KL bolehla cuci guna mesin dengan yang ada dalam bilik air. Semakin hari semakin betah aku menguruskan CD-CD ini.
Untuk mengelakkan kebasahan dalam kereta, aku gunakan Autumnz WetBag, besar sehingga boleh memuatkan lebih 10 keping pocket CD. [pocket sahaja]. Aku asingkan pocket dan insert sebab bila masuk mesin aku akan gunakan Autumnz Washable Bag Net pula supaya getah pocket CD tahan lama.
Leceh ke? tidak leceh pun, alah bisa tegal biasa. Mulala dahulu langkah pertama, pasti seronok untuk langkah-langkah seterusnya. Inilah part yang aku suka bila CD-CD kering, memasukkan insert.
Auni standby hendak adik jadi pororo macam dia juga.
Mula sudah.
Adli: Kakak aku ni kejam. Umi tolong-tolong.
Auni gagal. Hahaha. Steady la Adli.
Pada kak Ana pun aku sudah campurkan penggunaan CD dan DD. Aku tahu dia tidak akan menang tangan untuk handle anak-anak yang diasuhnya walaupun dia tidak kisah. Aku bekalkan juga Autumnz WetBag untuk CD-CD kotor Auni dan Adli. Balik rumah aku bilas macam biasa dan kumpul sebelum cuci menggunakan mesin. Senang rite?
Nota hijau: Lepas ni collect QQ Baby jenis Minky pula [ala-ala baldu]. Dah tempah 5 keping. Taktaulah akan jadi 10 ke tak nanti. Hahaaa.
15 comments:
comey la auni nih..hihi
inilah pembakar semangat nie...
hebat ko kan .. rajin
siap sarung atas kepala ye.. hihihihihi cute je
hahah siap buat topi ye auni.. adik tgk je apa kakak buat
aktif2 je berdua nie, eheheh...cute je tgk.....
tebaekk...total dh bape? ;)
clap3 utk cha! dah makin terer uruskan cd ye. bila tgk kawan2 pakaikan cd pada anak2 rasa hati teringin juga. doakan k.izan nnti ye!
yeyy..wafa pon dah masuk 11bln berCD...
Best kan bila kita dah mula bercd ni... takde rasa leceh apa dah... akak suka tgk time cd kat ampaian... meriah mcm2 color ada...hehehe..
tunggulah adli besar nnt siap kakak auni yer hahahahahaha....
nyakat adik eh kakak auni... ^_^
ooh makin bertmbh koleksimu..akak gk tak tambah2..hee
psss ala cha, tak leh nk join la GA, laptop k.eina ni, ntah camno tokleh buat print screen..huu~ pelik tp benar..hukhuk..
fungsi cd dah bertukar ek? dah jadik topi auni. hahaha...
ieyla:
perangai dia je kadangkala kurang comel.
kakJue:
boleh punya kak, silap2 akak jadi agen penjual CD. lagi2 hubby akak mmg rajin orgnya. mmg boleh sgt2.
eima:
oh, blm hebat lagi dear. aku masih biasa2 je, lagi hebat yg surirumah tu, urus rumah siang mlm tanpa henti.
azuraFazilDin, nyue:
diam bila dorang tidur je, tidur pun lain2 jadual. emakla yg tidur2 ayam.
kak @eda:
kakak kumpul main, emak lipat adik tukang kirai. sama mcm kakak, tak suka ada benda atas kepala.
kakNad:
25pcs kak. target 50pcs :)
kakIzan:
sama mcm uruskan pakaian biasa bila kena muntah je kakIzan. mestilah kita bersihkan dulu, rendam skjp then cuci mesin. cuma ia kena guna sabun tanpa enzim, tidak boleh guna peluntur/nila, tidak boleh diberus. rasanya... tak jadi halla. campak dlm mesin je.
noli:
adli terlambat, auni lagila lmbt. hahaaa. takpelah, at least akan dtg dah tak perlu DD. [akan datang?-erk!]
yatieMS:
kita pun suka masa cuci ia, lagi byk lagiii suka. tak sabar nk duk rmh mcm akak, berderet je kat ampaian terus kena cahaya matahari.
yana:
skrg ni dia tunggu je. 'besar nnt, aku pijak ko kak' - dlm hati adli skrg ni. hahhaaa.
kakIeyna:
ada hati nak borong lagi, bajet je dah lari. hahaaa. takpe kak, akak amek gmbr then transfer pun boleh, janji dpt bulatkan muka akak di follower tu. hahaaa.
Tumpang srnok tgk Adli & Auni berCD, eija mmg x sempat lah nak mulakan berCD utk Ziqry..bila tgk koleksi CD Auni& Adli ni teruja pulak..
Post a Comment