Monday, 21 May 2012

Mari berjimat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepatutnya aku sudah sediakan semuanya sebelum Adli lahir lagi. Apa hendak buat, kita merancang tetapi tuhan yang tentukan. Jadi, untuk memenuhi misi yang tidak mustahil ini, tidak ada salahnya aku bermula sekarang.

Ye, Adli hampir sahaja menjengah ke 8 bulan, oh masa sekejapan sudah berlalu. Dia sudah pun mula hendak memanjat sofa selain gigi hadapan sudah pun tumbuh. OMG.

Misi memberi susu badan sudah pun berjaya walaupun aku hanya bertekad sehingga enam purnama sahaja walaupun lagi sekali sudah campur dengan susu formula. Pilihan aku sendiri, memang tidak boleh salahkan sesiapa. Berjaya untuk diri sendiri ;)

Misi seterusnya selepas susu badan ialah cloth-diapers. Yes, aku memang sudah berangan sebelum Adli lahir lagi, impian dipendam sahaja kerana abi masih keraguan melihat usaha aku. Setelah aku dok berusaha memperoleh keyakinan dia, makanya aku dapatkan 5 keping sebagai permulaan. 

 
It's a cute rite? Let's safe our environment.

Sangat teruja untuk gunakannya, untuk masa akan datang, insyaALLAH jika diizinkan aku sudah boleh berjimat dengan tidak membeli Drypers. Semoga semuanya dipermudahkan.

Bila sudah ada 5 keping ini, hati aku bagaikan berbunga-bunga riang rasa hendak memborong lagi. Hiii. Apatah lagi melihatkan yang berbagai-bagai jenis, berbagai-bagai corak dan warna menarik hati untuk beli-beli-beli.

Untuk permulaan penggunaannya, sebaik sahaja dibeli wajib untuk pre-wash CD ini. Pre-wash? ye pra-basuhan sebanyak tiga kali ulang untuk kesan serapan yang berkesan. Basuh dengan sabun yang bersesuaian dan tidak perlu berus, untuk insert dan pocket pant. Basuh kali pertama sahaja aku guna sabun Kuat Harimau yang sangat sedikit. 

Bilas dengan bersih sehingga hilang kesan sabun dan jemur bawah matahari. Sebaik sahaja kering, basuh lagi tanpa sabun. Celup-celup-celup, gonyoh-gonyoh-gonyoh. Sidai. Bila kering, sekali lagi celup-celup-celup dan gonyoh-gonyoh-gonyoh. Sidai. Apabila kering, CD sedia berkhidmat. Wiii.

Suka-suka. Buat masa ini, aku hanya cuba pada waktu malam dan cuti sahaja. Boleh berjimat 2 keping Drypers di situ. Ada juga aku offer pada Auni, minah tu maintenance tinggi, semuanya dia geleng.

Ini kalau tidur, bom meletup pun tidak sedar. Serupa ngan kakak dia.

 
My wardrobe, kempen sayangi alam sekitar ;)

Hope Adli suka ber'CD' boleh sama-sama membantu umi menyelamatkan alam sekitar dan berjimat :)

Nota hijau: Terima kasih ibu Rafiq dan Aishah, kak Rose yang banyak membantu dan memperkenalkan kakLong Nuzula untuk aku meneruskan impian yang hampir menjadi kenyataan ini. Page yang sangat membantu. [http://www.facebook.com/ClothDiaperWorld]

18 comments:

eima said...

aku masih dlm anganan ....
tp mmg nk beli jg ....

br aku tau kena bsuh 3 kali ek .. tak leh basuh washing mesin ke yang ???

@e_da said...

good ! ibu yg rajin

Izan Ishak said...

seronok bila tgk anak2 berCD ni cha. kak izan ada juga simpan impian juga nak CDkan bby yg akan keluar ni. at least jimat sikit duit beli DD utk jangka masa panjang kan.

k.izan suka tgk baju2 cha tu... banyaknya hijau!

Mek Rose said...

yeyy caiyok2...
td terpingga2 jap tgk lemari kamu tu? CD apekah mcm tu? upe2nye baju keje kamu ye semua kaler ijo ahahaha

Ayu said...

Bagus-bagus...YM dah almost 1 1/2 years totally guna CD for my son.Klu travel je, guna pampers. Mula2 mmg agak susah, tapi semangat kene kuat.Lama2, alah bisa tegal biasa.:D
Gud Luck! slm kenal yer...

sal ya said...

ada belikan dan pakaikan utk Azfar masa baby tp kejap je pakai lepas tu ketat. tak boleh nak guna. berkesan pahanya. nak membeli baru tu tak berkesempatan lagi.

rasp said...

caiyok sis...
selamat menyahut kempen sayangi alam sekitar...

Masya said...

baguskan.. selain jimat dapatlah menyelamatkan alam sekitar dr pencemaran.. harap adli ok...

Gieyana said...

nie mmg suka hijau nie! Aperpon gd luck k..:-)

Jue said...

wah moga berjaya...akak terpikir jugak klu pakai tue..hantar umah pengasuh mcm mana ye.....

nad said...

sama2 la kite berusaha utk jaga alam sekitar, yeay! :)

p/s: beli pakej, murah sket..try google miela77

p/s lagi : andaikata nak beli secara berjemaah utk dptkan harga yg lagi murah, calling2 ek!bleh share2 :)

mamaarifakeemaisy said...

waah sekejap je dh rembat 5, jeles ni..hehe.. k.eina pun sesekali guna ni tuk hakeem, time weekend jerlah, itu pun kalau tak kuar jenjalan, sekurang2 nya ada penjimatan di situ..

go green, save environment..hehe~

p/s eheh,,ku lihat ijau je wardrobe tu..hehe~

Kakmim said...

cha, sy pn ada azam nk berCD, insyallah lps ni, tgk member meja sebelah anak dr 1 bln dh berCD, tetiba trus semangattt CD...hehehe

ch@ said...

eima:
basuh 3 kali tu mula2 je. lps kau beli. lps kau guna cuci mcm biasa je la. tapi kena guna sabun yg bersesuaian dan masuk dlm netbag. utk pelihara dia punya getah. nnt aku update lagi apa yg aku dpt ek.

kak @eda:
hiii, malu aiii.

kak izan:
insyaALLAH bila ada impian, azam pun dah ada. boleh jadi kenyataan. masa akan dtg kita dah boleh berjimat. lagi pun CD ni so cute.
*hahaaa, tu smua baju zmn tok adam. skrg suka bj warna warni.

kak rose:
hehe. love green so much.

ym:
salam perkenalan, thanks sudi singgah. btl, stiap yg baik tu mesti ada cabarannya, sbb kita tak biasa. bila dah biasa smuanya akan jd mudah, thanks support ;)

kak sal:
ha'a dia ada utk yg baby born, yg baby besar. azfar tu mmg tough sgt. adli ni, kita terus beli utk baby besar.

rasp, mira:
jom sama-sama kita.

yana:
tu la. tak sabar hendak pakaikan dia.

gieyana:
thanks gie. support me. hehe...

kak jue:
ya, itu nnt dipikirin ye kak, kita tgh menimbangkan juga ni. hahaaa. ti kita update cemana.

kak nad:
kak nad la, kita tumpang je. kak nad dah biasa. kita tak biasa lagi ni. hahaaa.

kak ieyna:
akak dah guna? cis! tak aci ni. hahaaa. rembat 5 RM126 je kak, tak ke murah tu.

eija_sweetmama said...

itula tgk CD ada mcm2 design n cantik2 kan..

tp eija x terbuat pun utk Ziqry pakai CD..hehee..

Moga misi cha utk Adli berCD 100% berjaya..

Wah hijau mataku tgk wardrobe cha..ini baru betul peminat hijau..

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

wah harus di contohi ni, rajin betul...banyak warna hijau...cayok2

ch@ said...

eija:
itu satu hal gak tu, cecomel belaka. insyaALLAH tak dpt 100% pun, dpt 50% pun jadilah.

anje:
teheheheee, suka hijau.

Fizah said...

gmbr last tu cd ke baju kurung...??

ok, tak sempat baca juga tp TERUJA nak komen...hee