Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Melaram bukan main lagi, bergaya dengan kereta, siap bawa diary bagai tapi setia menggalas Autumnz Cooler beg berisi 3 pack ice beku dan dua botol kosong Bumble Bee. Ye, itula empunya hijaucantik.
Bila masuk lift jumpa orang, orang pandang-pandang macam pakai baju tak cukup kain, salah ke bawa beg susu ni? ehehehe. Tepat jam 11.00am - 12.00pm aku hilang ke surau mengutip hasil tenusu.
Satu hari di surau, terjumpa dengan geng yang berlainan kompeni, berlainan tingkat, berlainan negara tetapi sama-sama menyusukan anak, berkumpul kami bercerita tentang perangai anak masing-masing. Memang seronok bila bercerita, tak endah dah orang lain yang keluar masuk-keluar masuk.
Ceritanya bermula apabila Dhita menyatakan dia belum pam susu dan breastnya bengkak gara-gara tak bawa botol untuk simpan breast milk. Kesian dia, aku beritau perah masuk dalam cawan je la. Mamet. Bercerita berdegar-degar, rupanya dia tak pandai kaedah tu. Haih! kawan aku ni. Then, lepas tadah tu nak buang ke susunya.
Kejang kejap aku dengar? buang? dah penat-penat mamet takkanla buang. Simpanla macam biasa sementara dalam bekas bertutup. Dia tak percaya susu yang diperah dengan tangan itu boleh diminum sebagai mana susu yang diperah dengan pam, tidak bersih katanya.
Puas jugala aku bersyarah gaya-gaya orang macam dah pakar sangat je kan. Terkebil-kebil dia dengar aku bercerita pasal menguruskan breastmilk. Akhirnya dia menyoal aku.
"banyak sya tau pasal breastmilk, belajar di mana? kita siap masuk kelas bayar sejam RM 120" aku senyum sambil betul-betulkan tudung. Dia menunggu aku bersiap kerana aku menawar diri untuk meminjamkan satu Bumble Bee kepadanya. Aku memang ada simpan siap-siap kat opis, berguna jika susu aku terover dos.
"Google je, tengok video, blogging, share dengan kawan-kawan, then PPUM ada kelas anternatal cerita fasal susu ibu. Terkejut dia then terus kita borak-borak fasal tempat kerja untuk menyampaikan ke pintu opis aku.
Bila aku dah beri, dia bertanya macam mana nak pulangkan, aku just pesan masukkan dalam beg telekung aku di surau jika tidak bertemu. Maklumla, waktu pergi bersolat ni lain-lain. Nasib-nasib sahaja dapat berjumpa.
Kebetulan kami berjumpa sewaktu dia mahu pulangkan semula, siap nota dan sepasang kasut untuk Aie lagi. Thanks Dhita. Aku bagi pinjam pun sebab aku tahu macam mana susah bila tak cukup gadjet. Murah rezeki aku, murah rezeki Dhita.
Taktau la aku si mok coro ni muat atau tak akan kasut itu.
My Bumble Bee and a pair of Aie's shoes with a note.
9 comments:
alhamdulillah...murah rezeki...ameen
Hihi.. Cute nye kasut itu.. :)
murah rezeki... cutenya...
ummi pemurah allah balas keikhlasan hati ummi
hany:
dear, i miss u too much.
aminnn.
kekda:
kasut dak2 kecik cam oni aie ni mmg cecomel kekda, rasa nak borong satu kedai tapi reganya ma'oi, kalah rega kasut mak pak dorang.
dalila:
;)
Montelnya aie cayang..... Geget skit pp bleh?!! :D
murah rezeki aie. hehehe... pernah buat teknik mamet ms bengkak susu. smp jmp pakar. doc siap ckp kalau semua cara tak boleh mtk tlg suami je. hahaha... kelakar tak doc tu?
ibu aqil:
hihiii, gigitla ibu.
anisalya:
tu la, baik btl Dhita tu. oooh, kita tgk video je kak, masa kt PPUM mmg dia ada ajar. puas guna mamet tu, memancut-mancut. hahaaa, mntk tolong suami, benda lain lak karang yg dia mnta.
kak eda:
hihiii mungkin itu hikmahnya.
Post a Comment