Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. Eh! dah terikut Oni lak.
Kita balik kampung, beraya di rumah parent yang baru, suasana baru. Ooo belum cerita pasal pindah kan? Hiii. Inila yang menjadi salah satu sebab aku terpaksa pulang ke KL seketika.
Ye, baru je nak berangan menghabiskan pantang di kampung halaman ni, tiba-tiba je dapat berita papa di arahkan berpindah. Bukan kerana banjir, bukan juga kerana bencana alam. Tapi, kerana pekerjaan. Hehe!
Papa works as a Penyelia Felda, sekian lama berkhidmat di Felda sekarang ini, setelah kurang lebih 25 tahun mencurahkan khidmat baktinya, mencurahkan tenaga, mencurahkan ilmu, mengenali hampir kesemua penduduk felda, akhirnya dia dipinta mencurahkannya segala kelebihannya kepada felda yang lain pula.
Akhirnya, dengan senang kata aku dan keluarga berpindah juga. Setelah beberapa batch kejiranan (quarters felda) keluar masuk bertukar orang, bertukar keluarga. Tiba masa keluarga aku pula berhijrah ke tempat baru.
Disebabkan aku masih lagi dalam tempoh berpantang, makanya aku di arah mama supaya balik KL seawal yang mungkin. Ini kerana, mama dan papa akan sibuk menguruskan pertukaran segala perkakasan rumah.
Aku kemas bahagian barang-barang nostalgia aku sahaja, sayang nak buang. Adala dua kotak sederhana besar sebab kebanyakannya dah diangkut ke Desa Aman. Itupun bakal diangkut ke Desa Aman juga.
Asal selongkar je, terkenang-kenangla segala kenangan zaman sekolah rendah dan menengah. Haiii! Zaman sekolah lebih indah daripada zaman belajar, walau hakikatnya zaman belajar lebih manis (dapat calon suami katakan) untuk dikenang. Macam mana pun next time je la aku cerita. Miahaha.
Seronok rasa, beronline sambil meniarap bersama Aie, hihiii. Sekarang ni, sedang memikir cara terbaik untuk merancang keluarga. Pilihan yang aku ada sekarang, makan pil, implant dan suntikan 3 bulan sekali. Huhuuu.
Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal bilik kesayangan. Selamat tinggal kampung halaman. Kita jumpa hujung bulan nanti ye, usah rindu aku ;)
11 comments:
oh. igt kan Cha yg pidah umah. Hihi. By d way, slmt bercuti panjang. ngeee :D
tu yang pelik kenapa tetiba ada kat KL nie..
selamat berpindah rumah buat family cha....
ubat n impalant yang terbaik kot ..suntik kak jue tak berapa setuju...
Amboi sambil meniarap erk.. Sok merangkak ngan Aie plak.. Hik3!!
a'ah..meniarap dh die, hehe..
saya tak pernah guna ubat2 perancang ni...sbb byk bace pasal efek nye..
tp terpulang la kan..;)
mmg patut diarahkan balik ke KL...kang cbuk plk cha nak mengemas..kikikiki..pindah rumahlah perkara yang paling memeningkan, tambah klo barang berlonggok²...penat...
hi cha...lama kak izan tak komen2 kat sini!
kak izan yg baca plak yang sedih. apa2 pun semua kenangan tu mmg manis utk dikenang kan?
merancang keluarga???? makan pil jer yg selamat.. cume kene rajin seiap hari makan x blh tertgl huhuhu.....
slmat bercuti cha & selamat menyambut hari raya korban bersma keluarga tersyg di rumah baru
eija x sempat melawat cha la spnjang cha ada di Kl, mmg ada hajat nak melawat, tp papa zaquanziqry pulak xde masa nak bw kami..
insyallah nnti kalau cha dh abis berpantang n bercuti di kg..eija nak melwat baby aie..
cha, selamat hari raya aidiladha...
dulu sebelum dpt Azfar, makan pil. tp berhenti. eh, dpt Azfar pulak. skg ni cucuk 3 bln sekali sbb mls nk mkn pil. hehehe...
zaman kanak2 dgn remaja mmg byk kenangan kan? manis2 je semuanya.
kek da:
parent yg pindah. dh nak naik kerja. huaaa.
cik jue:
ooo ye ke? thanks bg pendapat cik jue, rasanya ambil pil la, kena belajar berdisiplin.
ibu aqil:
hahaha harus tu, main kombat2 dgn kakak dia skali.
kak nad:
kita pun tak guna yg lps. tapi yg kedua ni kena guna sbb nk jarakkan jauh sikit.
syila:
mmg pun,pindah adalah perkara yg tak best, tapi dpt melarikan diri drpd jiran yg selalu dengki adalah best.
kak izan:
mmg pun, kak izan tu busy je.
hahaaa, slmt tinggal smua.
masya:
kita rasa pun mkn pil je yg ok. thanks masya.
eija:
thanks eija.tak apa, kita blk KL juga nnt. yg penting beritahu dulu ye maklumla VIP ni busy. hahaaa.
hany:
slmt hari-hari hany.
anisalya:
ooo ye ke, mkn pil tak ok ke?
zmn skolah paling best. btl tak?
Post a Comment