Wednesday, 24 August 2011

Persediaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, tiba-tiba je aku bagaikan tersedar. Jumaat ni litle coro dah 33 minggu. Sudah masuk bulan ke-lapan. Sikit je lagi perjalanannya, tapi emaknya lebih sibukkan persiapan raya. Bercita-cita nak beraya sakan, kononnya.

Hari ni barula terhegeh-hegeh membuat senarai panjang untuk litle coro. Oh! takla sepanjang senarai kakaknya dulu, semua benda nak dibeli. Kalau boleh beli segedung nak di bawa pulang. Tambah baju baru dan beli sedikit peralatan mandi sahaja. 

Oni punya pun dah dua tahun barula bedak, cologne, minyak rambut, lotion tinggal botol je. Ngam-ngamla tu habisnya, beli dan guna sama-sama. Lampin pakai buang, tisyu basah, towel pun nak beli sebab akan digunakan di hospital nanti. Alhamdulillah, tak banyak pun yang nak dibeli.

Rasa tak sabar pula nak menerima kehadirannya, semoga segalanya dipermudahkan. Aku memohon semua kawan-kawan mendoakan kesihatan aku dan baby, eh? macam dah nak bersalin pula ye. Hihiii! Persediaan. mana tahu sejarah anak keluar awal dah ada kan.

Cuma nama si coro ni, masih belum ada. Masih tercari-cari lagi, kalau boleh nak lelebih kurang nama Oni juga. Hrmmm, fikir-fikir.

Barang-barang Oni masih boleh diguna pakai. Baju sehelai pun takde warna pink. Hahaaa.

15 comments:

TS said...

huhu...hope everything going smoothly.. ;)

mamaarifakeemaisy said...

excited jugak! hee~ tp after raya la baru nak kelebek2 baju2 lama si abang, mana yg bleh pakai, n nak list apa yg perlu dibeli..^_^

semalam dh intai jugak..bb dlm ni, hee~ nmpk tp tak bape jelas..suspen jer~

Insyaallah moga dipermudahkan segalanya.>Amin...

Salina@IbuAqil said...

Hihihihi x kisahlah cha apapun yg penting cha & little coro sihat selamat.. Amin!! Kalau terbersalin awal bgtau erk.. ;)

Ya ALiya said...

hehhehe..namp[aknyer turn ya la bersalin dulu ni....hehhee...doakan ya selamat k....

eima said...

aku satu hape pun tak beli lagi..dah kuarkan dah bj2 fahim yg tak sempat nk pakai ngan yg pakai 2-3 kali tu ..

ko ngan aku beza seminggu je kan ....
aku minggu ni dah 32 minggu dah ...

Aini Azman said...

semoga selamat semuanya ok akak,.
nama baby ea?? urmmmm,.

"Ahmad Adli" --> abg syg kite *gatai!!

@e_da said...

bagusnya.. masih tersimpan rapi brg oni.. leh adik guna nanti

Anonymous said...

syok nye nak bau baby baruuuu

puanstoberi said...

Insyaallah..semenya akan oke.
Kekda doakan yg bebaik je utk Cha n Oni junior. Hihi

Jue said...

moga semua selamat...baguslah baju oni masih ada yang boelh pakai kalau cik jue gerenti kena beli baru semua...hhuhuhuhu

Diyana said...

alamak cha..kak pun blum sediakn brg2 baby.hmm tggu bln dpnle,baru nak wat..hehe. nama lum cari eh?tkpe ade masa lg ni..:D

Puteri Amna Balqies said...

selamat bersalin dengan baik wahai sahabatku..

baju xde pink..semua kalo bole nak kaler daun pokok..tapi mcm kenal la bekas barang di sebelah itu yg tangkainya berwarna pink dan tutupnya berwarna pink juga kalo tak silap beta..

ase2 sapelah gelaran empunyanya dulu..

Love,
Aqies..

ch@ said...

IEYLA:
t/kasih. doakan banyak2 ya.

KAK IEYNA:
tu la, nak kelebek baju Oni mcm tak sempat aje. tapi senarai barang nak beli dah siap. hahaaa.
tak nampak? kalau sampai ke sudah tak nmpk mmg ge'girl'la tu.
aminnn.

IBU AQIL:
t/kasih bu.
harus beritau ;)

YA ALYA:
insyaALLAH sama kita berjuang YA.

EIMA:
aku dah ada sejarah bersalin awal, tu yg kena prepare. ko takpe.

AINI:
t/kasih aini.
actually ADLI tu mmg ada dlm senarai, tapi tu la rasa nak tukar AIRI. AUNI dan AIRI.

KAK EDA, CIK JUE:
mmg kita simpan baik2 utk adik2 dia.

FAZILZURA:
marila kita bersama-sama.

KEKDA:
Aminnn. t/kasih kekDa.

KAK DIYANA:
lekas kak sementara masih larat ni.

CIK ZILA:
t/kasih.
hahaha ye la itu dh jd hak saya, kan kita dah tukar. tiba2 ada pink dlm rumah i. hehe.

eija_sweetmama said...

mstila teruja nak menunggu kelahiran anak w/pun kali ke berapa kan..itula naluri kita sbg ibu..eija dh merasainya..,eija doakan moga cha dipermudahkan bersalin..insyaalllah amin..:)

ch@ said...

EIJA:
betul tu eija. tetap teruja nak terima apa2 yg baru.