Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hopefully, no Monday blues ye. Just for budak sekolah je. Hahaha, anak pengasuh akula tu, mood cuti lagi. Macam aku dulu-dulu.
Ok Khamis lepas punya kisah, cerita lama gittu. Semangat kejiranan masih ada di tingkat 11, blok A, pangsapuri aku ni. Selain, mereka membantu aku menjaga Oni (pengasuh Oni balik kampung, bercuti) selama satu minggu dan mungkin juga berkat aku berpuasa ganti pada hari tersebut, kawan mrABi itu telah memberi aku satu plastik ikan segar.
Bila dah kecoh-kecoh di luar pintu, tidakla aku menengok isi dalam beg plastik tersebut. Dah, katanya ikan jadi aku fikir memang ikan la.
Sampai rumah, hasrat hati nak masak tapi dek melayan kerenah si Oni, hampir-hampir je aku terlepas waktu berbuka. Aku call je mamak depan rumah. Hantar milo ais dengan nasi goreng kampung. ABi pun balik lambat. Best-best.
Lepas makan, barula aku uruskan plastik yang amat berat daripada jiran tadi, 'burrr aku teraburkan dalam sinki, OMG. Bukan takat ikan malah ada sekali sotong, sotong segar, besar dan menggamit naluri rasa nak buat giveaway aja.
Aku baru je beli sotong, tambah dengan sotong lagi. Bertambah banyakla jadinya. Nak ku beri jiran depan rumah, tiada berorang kerana pulang ke kampung. Jiran sebelah rumah, memang tiada berpenghuni. Begitu juga dengan rumah depannya. Waaa. Mahu bawa pulang ke kampung, ABi sibuk kerja. Jadi, aku hanya bersihkan dan simpan di peti sejuk beku.
Sotong dan kepala sotong, eh? kepala ke kaki?
Hari pertama aku masak sambal, hari kedua ABi reQuest sotong salut tepung. Menggagau aku cari resepi, mujur jadi. Tak sempat snap gambar pun, ABi kasi bersih. Habisla alahan aku baru je nak baik. Hari-hari menyotong.
Sangat berterima kasih dapat berjiran dengan yang memang baik ini. Tidak sombong langsung, peramah.
15 comments:
aloh..terliur nengok sotong...dengar nama soton celup tetepung..lagi terliur......
alamak...sotong. bes. bes.
tingat sotong kekda dlm esbox yg da diperam dominggu. hahaha
wah besor-besor.. sedap kan buat sambal.. kalau buat GA sampai2 dah kuar ulat dah cha... ehhehe lawak
rezeki....
aku tak suka sotong...huhu tatau nape
lahhh kenapa tak hantar kat rumah zai...lain kali klu ade lebih hanta sini tau...hehehe....suka sotong goreng tepung...
dah lama tak menyotong. mmg untung ada jiran yg baik hati kan cha...
*thanks ye cha..hadiah tu dah selamat kak izan terima~ comel je~
best tu sotong celup tepung memang selalu terangkat....
best! suka sgt sotong! pehhhh.... bak sikit! heeee
jangan makan byk2 wak,t gatal laa..hahaha..
bila masa pulak menyandat ni? tiba2 menyotong je... fuhhh nasib baik cha tak tayang gambar kat sini.. sotong goreng tepung sedap tuu..
cha,
beshnya tengok sotong tuh, terbayang tupat sotong...sotong goreng tepung...fuhhhh
kakNet:
kalau akak yg buat mesti sedap. yum-yum.
kekDa:
apa kekDa? tak biasa panggil nak cuba panggil kakDa? hihiii. 2 minggu peram sotong? huih! mesti dah kebekuan sotong tu.
kakEida:
ahaaa tu la pasal. tak dimasak sayang, nak selalu masak kena rujuk resipi.
eima:
kau ni, apa punya tekak. aneh bila ada orang tak suka sotong, tapi tak mustahil. memang ada. hihiii.
kakZaidah:
uiii jauhnya nak kena post kak. meh duduk dekat dgn kita, akak masak kita tumpang makan =)
kakIzan:
betul kakIzan, boleh tukar2 juadah, boleh tukar2 cerita, boleh duduk menggebang. hihiii.
*sama2. ala biasa-biasa je tu. tengah mikir nak cari yg grand2 ni.
cikJue:
nanti pergi rumah cikJue, cikJue buatkan eh ;) hasil tangan cikJue mesti sedap.
farra:
farra memang suka menyotong.
cikZila:
tahu takpe.
mekchu:
orang lain tolong candat, kita tolong dia habiskan stok je. tak sempat snap, abi dah sental pinggannya.
hany:
teringin nak rasa ketupat sotong. hany pandai buat?
wah puas la mkn sotong ye...
msti sedap sotong salut tepung cha kan..
eija x berapa suka sotong..tp kalau sotong goreng tepung mmg eija suka...
eija:
hahaha, pertama kali kita buat eija. kena makan sebaik sahaja diangkat drpd kuali, terasa garingnya.
sedapnya sotong goreng tepung...terliur plk skang ni..
Post a Comment