Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii bertemu lagi kita pada sesi akhir sesi jelajah blog edisi hijaucantik.
BLOG KETUJUH, mendapat tempat di hati aku. Empunyanya menggelarkan diri ummi seperti aku. Dia merupakan bunga antara 5 kumbang di rumahnya. Istimewanya, antara kumbang tersebut merupakan kembar. Aku suka blognya kemas dan penggunaan bahasanya sangat tersusun, sehingga aku beranggapan pemiliknya berkerjaya seorang guru. Bila berbicara soal hati, dia mengarang entrynya dengan penuh teliti, dia sangat menjaga penulisannya supaya orang tak tersentuh hati. Ingin tahu selanjutnya, jom singgah.
kakIzan kata:
kak izan suka dtg ke hijaucantik kerana.... suka dgn warna blog ni yg mmg hijau dan menyedapkan mata memandang. lagi2lah puan blog ni a.k.a cha sangatlah peramah dan suka tinggal komen kat blog kak izan dari dulu lagi. dah rasa cam kita ni cam dah kenal lama kan cha kan... cuma kadang2 kak izan je yg tak tinggal jejak kat sini. jangan marah aaaa.... dan lagi, mestilah sbb nak tau cerita kakak oni yang cute ni! macam2 kisah anak dara cha yang sorang ni. kalau dekat mau di cubit2 pipinya tau!
BLOG KELAPAN, warna pink. Tak lama lagi mesti empunyanya buat rombakan blog. Sebab? permata hatinya sudah bertambah seorang lagi. Harus dia mengabadikan di sidebar blognya. Sweetmama, entry blog penuh dengan kisah harian, blog emak-emak. Membebel adalah keutamaan. Bukan mengeluh, bukan menunjuk, hanyalah catatan semata-mata untuk hari muka. Betul tak Eija?
Eija kata:
eija msti nak singgah blog hijau ni..sbb empunya blog hijau yg mmg friendly..buat kita senang nak berkawan..w/pun hanya di alam maya..lagipun eija suka baca kisah cha dan cikoni ..:))
BLOG KESEMBILAN, simple as a simple me. Menggunakan bahasa blog yang simple dan humble. Empunyanya pun suka warna hijau sama dengan aku. Suka membaca dan mengomen hijaucantik secara terkumpul, pun sama dengan aku juga. Tunggu entry banyak, barula pergi datang membaca. Aku suka benar tengok anak perempuan dia, gebu betul. Mak dia takla segebu mana, larat pula tu mendukung si anak. Tulang makkan? memang tulang besi.
Kata Syila:
Kita suka baca setiap entry awak, dan klo terlepas kita akan pastikan kita baca setiap satu entry yang terlepas tu. Cara penulisan awak pula sgt bersahaja dan kadang² bebelan yang panjang berjela. Hihihi. Suka tgk CikOni..suka baca cerita tentang dia.Macam tu la petikan daripada entry di blognya. Makinla hari-hari aku nak terjah ke sana ;). Macam biasa 3 blog terakhir ini aku nak beri frame yang boleh tahan cantik untuk dihias di blog masing-masing, jika sudi ye, tak paksa.
Suka juga panggilan awak buat anak perempuan awak iaitu CikOni..mcm klasik bunyinya..lain dari yang lain.
Dan kita ingat lagi walaupun awak bukan orang pertama komen blog kita tapi awak antara blogger yg sgt support blog kita. Thanks ye
Walaupun kita berdua tak pernah jumpa, tak pernah kenal...tapi kita rasa sangat dekat dengan awak.
Blog awak juga satu²nya blog yang kita akan buka setiap kali nak blogwalking. Wajib tu. Sbb kita tau awak akan pastikan setiap hari ada entry sekurang²nya 1 dan entry pada sabtu ahad sgt jarang dipost kan...???betul x..??
Kesimpulannya, kita mmg suka jejak blog Hijaucantik sbb tuan punya blog merupakan best friend yang kita temui sepanjang berblog. Semoga hubungan kita berkekalan ye...
Insyaallah ada rezeki..moga² kita dapat dipertemukan..Amin.
Pada yang aku tak review tu, janganla kecil hati ye. Aku suka berjalan membaca blog ke blog, kita kan geng. Mungkin lain kali. Terima kasih sebab berkawan dengan aku walaupun kita tak pernah bersua.
8 comments:
eceh...bangga giler ni...ngeh..ngeh..teme kasih cha..sayang awak...
waahh,.bila nak review blog aini plak,.ececece,. (^^")
best2...mereka semua mmg best...hee~
:) no heart feeling
wah sudah tamat reviem.. sonok lak baca...
syila:
mmmuah.
aini:
kena rajin ambil hati la ye ;)
kakIeyna:
mereka seperti jiran2 kita. betul tak kak?
pnCapa:
blog awak pun kita suka.
kekEida:
hihiii. t/kasih sebab baca.
hehe..terima kasih cha review blog eija..
btol tu..bkn la bertujuan utk menunjuk2 cuma sekadar catatan memori suka&duka kami sahaja..:))
itula mmg nak merombak..tp makan masa..baru jerk rombak header baru..sidebar x sempat k/kini lagi..huhu..
eija:
sama2 kasih.
samala kita, catatan biasa-biasa.
takpe, slow2 la eija. nak rushing pun, bkn ada due date.
Post a Comment