Friday, 25 March 2011

Patutla dah hilang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

So far so good, aku rasa kehidupan aku sangat dipermudahkan sekarang ni. Kenapa? hiii, semalam aku tersangkut dalam kesesakan yang tak disangka selama 2 jam, keluar rumah macam biasa sampai opis 2 jam selepas itu, biasanya perjalanan aku tak sampai sejam pun.

Siap berkelah dalam kereta lagi, mujur bekalan memang sentiasa aku sediakan dari rumah untuk kudapan sepanjang hari.

Masuk opis lambat, kena balik lambat. Seorang kawan minta pertolongan aku membelikan topup. Pening juga, hari dah lewat, mrABi kerja pula mahu minta pertolongan. Redah je la, pergi kedai azan Maghrib sudah berkumandang, jalan laju-laju.

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sahaja. kakTi tak kisah pun ambil Oni lambat, aku je yang risau tak pasal-pasal. Rajin pula aku masak nasi dengan kerang rebus. Hahaaa. Terjumpa kerang dalam peti.

Oni pun tak nakal sangat dan tidur cepat, sedang elok aku bersiap nak tidur, mrABi balik. Tak sempat pun bercakap apa dengan dia, mata aku betul-betul nak tertutup.

Bila aku bangun pagi tadi tengok-tengok dia dah tak ada. So, aku pun keluar rumah awal. Sempat pula mengemas rumah hahaaa. Kartun betul.


Sampai opis buka FB, ooo patutla awal pagi mrABi dah hilang. Mungkin dia terlibat dengan aktiviti hari polis hari ini.
Selamat Hari Polis - 204 kepada mrABi dan warga polis seluruh Malaysia, berkhidmat demi negara.

12 comments:

shay said...

ok la tu semuanya berjalan lancar...

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

aduh boleh pulak gitu....yelah kalau dah penat menguasai dirikan...

Diyana said...

selamat hari polis kepada mr abi cha.;)

cha,jom join GA akak ;). oni mesti ada gambar bertelekungkan?heh

http://siahsekeluarga.blogspot.com/2011/03/telekung-jersey-ga.html

eija_sweetmama said...

Selamat hari polis kpd mr abi..

hehe..ibu mengandung selalunya msti ada bekalan wat kudap-kudapan kan..

Rohani Hashim said...

selamat hari polis

Nida n' Hanafi said...

Besar dah nampak Oni.. dulu kecik jer.. hehe

ch@ said...

mamaShay:
=) hopefully.

cikJue:
itu la, bila letih tak sedar diri la bila bermimpi.

kakDonut:
errr, macam takde je kak. tapi thanks sebab jemput.

eina:
tQ eija, hahaaa habis penuh semua tempat dgn makanan.

hany:
thanks hany.

kakNida:
nak ada adi dah, besarla dia kak
=)

Farra Dhelina said...

oo papa oni polis ye?

@e_da said...

Selamat Hari Polis untuk ABi oni ya...

ch@ said...

farra:
ye sayang, dia seorang inspektor.

kakEida:
tQ mamaMikhail.

Anonymous said...

ooo..mr abi polis :) selamat hari polis!

ch@ said...

terima kasih pnCapa =)