Wednesday, 8 December 2010

Adik beradik dalam satu rumah.

Salam satu Malaysia. Wah malasnya nak pergi kerja. Rasa nak tidur sepanjang hari je kan? rasa Monday blues pun ada juga ni.

Seminggu ni, aku keluar lambat dari rumah. Bangun pun lambat dari biasa. Bagus juga cuti sekolah ni, tak banyak kereta di jalan raya. Meluncur laju je enWaja aku.

Diberitakan, Sabtu lepas aku sepatutnya berada di majlis perkahwinan kawan baik selamanya yang berada di Kota Tinggi, malangnya aku gagal berbuat demikian. Sabtu bakal datang ni, di rumah pihak lelaki, juga aku tak dapat menghadirkan diri kerana mrABi sibuk dengan kerjanya.

Nak balik sendiri dia tak bagi. Aku pun seram sejuk je nak naik bas, tambah-tambah bawak cikOni tu, huiii buatnya dia tawaf satu bas, tak ke haru.

Nak naik flight, siapa pula nak tunggu aku kat airport? urghhh... alasan tak boleh diterima sungguh. Mungkin tiada la rezeki aku tuk ke majlis tersebut.

Masalah lain yang datang apabila pengasuh cikOni emergency balik kampung halamannya. Aduhai. Siapa yang jaga dia? Aku pinjam maksu Myra. Adik ipar aku sementara dia cuti sekolah.

Rasa macam orang asing dalam rumah sendiri pula, mana taknya tiga orang adik beradik ni dalam rumah aku. Kenyataan harus aku terima la kan, kalau hantar rumah MiL pun siapa nak jaga sebab MiL aku berkerja.

Lega juga la Myra ada membantu menjaga cikOni, cikOni pun senang dijaga, dia hanya tidur waktu siang. Waktu pagi dia bangun aku dah ada menjaga.

Lagi-lagi mrABi kena keluar bertugas ke Johor Bahru selama tiga hari. So aku rasa best jugakla, sebab ada kawan bercakap, kawan ketawa dan kawan buat kerja rumah.

mrABi dengan cikOni,
Didi
(adik lelaki mrABi yg tinggal dgn aku) dan,
Bob, abang mrABi bersama Ryan


aku dengan cikOni,
makSu Myra,
biras aku Fiza bersama Ryan.


Mesti kena ada kawan baru kita boleh gembira kan?

~)@ Bilalaaa rumah aku nak kembali normal macam dulu balik ni. Huuu...

12 comments:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

kesian cha kena tinggal..nasib baik ade kawan nak borakkan...

Zaidah said...

best jugakkan...selain ade rakan berbual rumah meriah...

shay said...

seronok la dak oni ni ada makcik dia jaga dia... mesti sakan makcik dia kena buli...

@e_da said...

sib baik ada maksu temankan,.... kalau tak boring gak tu hubby takde.. oni syokla duk ngan maksu ya..

Bee said...

kenapa rumah sekarang tk normal ker?

rasp said...

syukur ada orang leh tolong jagakan cikOni ya...
dpt gak u teman berbual :)

Salina@IbuAqil said...

Bestnya tinggal ramai2.. Ramai kawan nak melayan cik oni..

Rohani Hashim said...

tp ada reason kan kena tinggal adik bradik skali dlm umah kan..ye la sape tak nak kan duk dlm umah tu kite je kan...tp xpe cha nnti nnti bole la kembali normal kan...

sstgh org tu jenis yg kisah, taknak adikbradik lelaki duduk ngn kita kan..tp cha ni ok...alhamdulillah...depend pd org la kan...

ch@ said...

cikJue:
sob-sob-sob, sedihnyaaa. kerna terpaksa aku rela sendiri, cewah.

kakZai:
ha'a, tiada yg asal, pengganti pun boleh, asalkan berteman.

mamaShay:
tepat sekali, mama mmg pandai.

kakEda:
kesian maksu dia jadi mangsa, tapi sebagai upah, kasi can maksu main FB sampai malam.

Bee:
kita suka privacy, hanya ada mrABi dan cikOni.

rasp:
yups, peneman di kala sunyi.

ibuAQiL:
hrm... best ke? tak privacy la kak.

hany:
ikutkan hati kisah juga, tapiii fikir2 ada hikmah juga, bila dah kena tinggal dgn mrABi mcm ni =) fikir positif je.

Kasawari said...

kalau turun kota tinggi.. jgn lupa roger2 kami ek..

azzey said...

CH@: Mmg terasa smlm macam hari isnin sbb hari Selasa tu cuti......hu3....

ch@ said...

kasawari:
beres.

azzey:
kan best kalau hari2 pun cuti. miahaha...