Salam satu Malaysia, wiii selamat kembali bertugas. Tarik nafas... lepas. Tarik nafas... lepas.
Hambek, penangan lama sangat bercuti, memulun cuti habis-habisan. Tercari-cari kerja terakhir yang telah ditinggalkan. Huahaha... padan muka ai.
Well, Raya Haji tidakla semeriah Raya Aidilfitri, macam mana pun tetap ada lauk favourite, ayam masak merah mama kegemaranku. Dan tetap juga aku mengenakan baju kurung baru. Melaram sakan.
Ayam masak merah, rendang daging, lodeh, ketupat tetap habis kerana keluarga aku masih lagi mengamalkan bertukar-tukar juadah. Seronok sekiranya dapat tetangga yang sporting morting kan.
Hambek, penangan lama sangat bercuti, memulun cuti habis-habisan. Tercari-cari kerja terakhir yang telah ditinggalkan. Huahaha... padan muka ai.
Well, Raya Haji tidakla semeriah Raya Aidilfitri, macam mana pun tetap ada lauk favourite, ayam masak merah mama kegemaranku. Dan tetap juga aku mengenakan baju kurung baru. Melaram sakan.
Ayam masak merah, rendang daging, lodeh, ketupat tetap habis kerana keluarga aku masih lagi mengamalkan bertukar-tukar juadah. Seronok sekiranya dapat tetangga yang sporting morting kan.
Baru belajar pakai siper jepun sebenarnya. jakun.
Sepanjang raya aku duduk rumah aje, bila lagi nak berulit dengan rumah tempat membesar lama-lama, (iya-iya je, padahal duduk asrama) aku membantai tidur sepenuh hati. Muahaha...
Hari berikutnya pun sama, melingkar ala-ala terkena serangan jag-leg, kuikuikui... cikOni lagila bergembira ria bila ada orang layan dia main, celik mata je tokPapa bawak jalan, celik mata je tokMama bawak jalan, celik mata je mrABi bawak jalan, celik mata je pakSu Is bawak naik motor. Sonang hati aku.
Malamnya papa ajak makan kat luar, orang masih cuti raya gaknya makanya kesemua kedai favourite tidak buka, akhirnya mcD menjadi pilihan. Raya-raya makan mcD. kehkehkeh!
Hari berikutnya... Jumaat. Seharian kat Bandar Kota Tinggi. Amek laptop papa, pergi baiki kereta papa then balik rumah melepak kat rumah kawan mama, balik rumah lagi, papa ajak pergi Bukit Besar. Huahaha... berjalan sakan weih!
Berjalan banyak pun, cikOni still tak penat-penat. Aku pun tak tau la apa rahsia dia pakai. 10 ribu langkah sehari, aku rasa cikOni la yang mencapai target. Aku yang menengoknya naik letih, dia still... selamba aja. haish!
Bangun juga masak jam 2 dan 3 pagi. Adeiii... teror sungguh.
Sabtu, seawal pagi dah bertolak balik KL untuk mengelakkan merempuh hujan di sebelah petang. Habis sudah waktu cutiku di kampung, and now sesi mengorek semula kerja terakhir yang ditinggalkan. Ayakkk...
~)@ Berkorban cuti untuk memiliki masa cuti yang berkualiti. Yeay! aku sukaaa...
11 comments:
wah bestnye cuti panjang...cik jue sama sebab time balik kampung ade orang layan anak kita..maka si ibu pun bersuka ria....
mmg cuti pnjg yer cha...seronok kan..akak pom di tganu ni..tgh bercoti gak..jale2 make angin..
bestnya balik Johor...eh..cik abe tak bertugas ke raya ni
kak ati bulan Dec nanti nak ke Johor pula..tak sabaq ni..huhu
haii oni cantik pokok nyokkk..hahah
wah best bercuti kita minggu lepas cuti panjang, ari ni dah mula malas nak keje
bestnye bila balik kg..sure ramai org melayan anak..hehe..
alaa baru nak intai sliper jepun Oni..Uminye tak expose la pulak..ngee..
Oni wat sesi jelajah kg eh..hehe..tomei..!
cikJue:
kan saya dah kata... ;)
kakSarah:
kepok sa kak. hehe... daknya kepok.
kita dah naik kerja la ni, busan.
kakAti:
dia bkn polis trafik kak, dia polis biasa aja. hehe.
uiks tak ke musim hujan tu, nak ke mana?
kakBee:
yg mana satu kak? yg betul ke, yg atas pala dia? ngeee...
anje:
mee too... berat je mata nak buka pg tadi, hujan lak tu. syahdu.
kakEiyna:
ha'a dah upload baru perasan siper jepun tak nmpk. kelakar je dia pakai. kjp-kjp terbuka.
nyamuk pun suka kat dia, habis cedera kaki dia garu.
Banyak buat korban kat kg?
Ada bakaq lemang?
Cantik Auni dgn jambuk kat atas kepala tu...
macam air pancut..mama craetif kan3..
patut la lama menyepi.. cuti n raya sakan oni kat kg ya... muahhhh oni
Ada yg membantu menjaga cikOni...leh rehat lebih2, lepas sepagi-pagian mencelik mata melayan dier bermain..^_^
pakLan:
kita tak buat korban pakLan, tapi tempat kita ni rasa mcm byk je.
lemang? takde, tepi jln byk jual.
haha... rimas tgk dia kalau tak ikat rambut, mcm bdk lelaki.
kakEda:
mmg kak, dia paling meriah.
syila:
hahaha betul sekali.
Post a Comment