Friday, 8 October 2010

Masa.

Macam mana ada dapur gas cikOni atas meja solek aku ni? Oniii......!!!!

Yuhuuu, macam mana hari ini? masing-masing mood dah ke laut eh, esok cuti katakan...

Hari ni aku harus bersemangat sebab sekejap lagi aku nak start enjin minyak menyiapkan kerja, lagi-lagi bos ensem aku dah dua hari sampai dahulu daripada aku. Ahaks. Harus menunjukkan kesopanan dan kesusilaan.

Sebenarnya, aku pun dah habis idea nak post entry ni, sedang-sedang aku bersiap nak pergi kerja, aku masih terfikir-fikir, nak buka topik apa hari ni.

Jalan sana-jalan sini, tengok jam dah 7.15pagi, alamak... leka benar. Berangan. Baju cikOni tak masuk beg lagi, pampers dia tak tukar lagi. Cepat-cepat.

Biasanya aku peruntukkan satu jam untuk bersiap pergi kerja, daripada celik mata, buat susu cikOni, iron baju, mandi, solat, kemas rumah, jumpa mrTan, bersolek, kemas baju cikOni dan tukar pampers dia sebelum hantar ke rumah pengasuh.

Kekadang sempat aku cuci pinggan dalam sinki, haha... mrABi pun kekadang pelik, sempat aku buat semua benda tu. Alaaa bak kata kakDonut, bila dah ada anak automatik mommy menjadi super mommy. Pantas dan ligat.

Dan 45minit selepas itu, aku sudahpun menaip entry untuk hari baru. Hehe...

~)@ Masa berlalu pantas, takde masa dah nak berangan lama-lama. Berangan sekali semasa jumpa mrTan =)

14 comments:

Shiqa Nawar said...

umi pun boleh jd miss komet.. tnjuk je ngn tongkat sakti tingggg! dah siap basuh pinggan.hehehe

@e_da said...

kita dah mcm superwoman kan.. ligat buat semua... kdg2 sendiri pun terpikir hebat sebenarnya diri kita sebagai wanita as isteri, ibu dan pekerja kan...

Bee said...

Keh3. .super mummy. .memang dasat. .

Diyana said...

uhuk uhuk.ptut akak tersedak pepagi neh.ade yg menyebut nama rupenye..keh keh. ya btul...bila jd mommy automatik jd mcm lipas kudung..:P

Ati Masrif said...

memang betui bila dah jd ibu ..kita automtk jadi superwoman segalanya mesti cepat n cekap..hihi
nanti ajar akak camne nk buat dtmpt komen xde kena taip huruf2 pelik tu yek...TQ

Suziey Ahmad said...

hahahahah..masa bila la oni letak dapur gas tu ek..ekeekke:p

btl la..bila ade anak automatik kita jadi supermommy..ligat je buat keje..tuntutan masa kan..hehe

sarah-najwan said...

salam cha..

semua ibu ni bole jadi macam lipas kudungkn kalu kita nak setel cepat keje kita...anugerah Allah..

time management amat2 penting dlm segala hal..kalu xpandai itu..xmungkin kita semua mampu berblog...hepi2 blogging..

qellissa said...

Wah wah cha da jd super mommy! Cayalah..Ada masa nak uruskn anak, nak uruskn suami, nak keje, nak blogging lg..;)

r|nA @ ja|j|na said...

kite malam seblom nak tido mmg kene packing baju echa dalam beg, kalau tak ade je yg termiss, pamperslah, susulah, botol lah..

ch@ said...

shiQa:
pandai-pandai. eh, tag shiQa, nanti akak siapkan eh.

kakE_da:
betul-betul, emak, isteri, pekerja. erm, banyak rupanya tugas kita daripada lelaki :D haha...

kakBee:
kakBee lagila terror, lagi la super duper mummy.

kakDonut:
super saiya, kekadang tukar jadi hulk, jadi tarzan, pendek kata fleksibella.

kakAti:
betul kak, pengurusan masa tu kena cekapkan? anak dah satu baru tahu pengurusan masa ni. Ok nanti kita ajar ye.

[-suziey-]:
segalanya nak cepat, sebab biar lebih masa kat blog, kan awak kan? haha, cikOni memang suka letak barang merata, lepas tu tinggal.

kakSarah:
sesungguhnya kata-katamu betul kak. love u lah.

Qellissa:
selagi ada masa, dulu bebujang sempat la nak duduk rileks, skrg rileks time tidur je.

kakRina:
kalau takde citer best kat TV, memang buat belah malam, tapi bila sakit M datang, semua pk belah pagi. haha...

Unknown said...

ch@..aganya la ni dah pandai buat kerja semua kaki tangan berfungsi..heee
nengok yg mana sempat lah ye..hhee

ch@ said...

pakLan:
sungguh pakLan, semua anggota badan kena bertindak sesuai dengan aktiviti =)

Farra Dhelina said...

amboi cik oni memasak kat situ ke?? ekekeke..

biasala bila dh jd ibu, ni, leh jadi sprwomen!

ch@ said...

kakFarra:
cikOni masak merata-rata tempat, atas tilam pun boleh jadi.

kan? kan? kan? berdesup buat kerja.