Terbaca kisah sedondon di blog mamaZharfan so rasa teruja pula mahu interframe kisah pagi raya yang lepas. Seronok wei, seronok. Papagi hari lagi aku dah standby, tahun ni aku mahu menikmati pagi raya dengan seenak-enaknya.
Terusik bila melihat adik beradik berkumpul, berebut turn masuk bilik air. Rumah kampung, air gunung, sejuk jangan kata la. Awal-awal pagi nak bersiram, memang bercinta.
Raya punya pasal, buat-buat la kulit buaya, kasi kebal baru tak rasa air tu. Lepas tu, haaa menggigil, cikOni la paling sadis, melalak-lalak kena air sejuk. Kekeke, umi kejam.
Tahun ni, aku, mrAbi ngan cikOni tak sedondon, sebab aku tak tumpukan sangat kepada baju raya, main bedal beli yang siap je, tahun depan kalau tak tempah, aku nak cari je kedai yang jual baju raya anak beranak, tu pun heharap aku masih begini lagi, takut juga kot dah tambah lagi seorang. Teeeeet.
Aku suka bila tengok satu family yang sedondon, nampak seperti ikatan kekeluargaan tu lebih kukuh, hehe... sebab sebelum aku kawin, memang aku sedondon dengan mama, adik sedondon dengan papa, tapi warna baju kitorg memang sama. Best.
Senang nak kenal ahli family, paling seronok bila datang je family lain yang sedondon, dah jadi warna-warni. Bestkan?
cikOni berbaju kurung, memanjang nak tidur.
Baju raya tahun ini, temanya warna-warni suka hati.
Comelkan? anak abang ipar aku (Ryan) dan adik ipar aku (Miza)
Kurang satu keluarga lagi, kakak ipar aku. Aku suka gambar ni.
Baju raya tahun ini, temanya warna-warni suka hati.
Comelkan? anak abang ipar aku (Ryan) dan adik ipar aku (Miza)
Kurang satu keluarga lagi, kakak ipar aku. Aku suka gambar ni.
Lepas sesi bermaafan sesi beratur agihan duit raya. Tahun depan, Ryan dah dapat kaki jadi boleh la beratur macam makpak sedaranya dapat duit raya. Banyak benar collectionnya. Bersambung dengan sesi berfoto sampai lupa nak makan. Haha...
Lepas makan, cikOni lelap. Sukahati buat program sendiri, then mrAbi pergi kubur arwah mak, aku kena tinggal dengan mak-mak saudaranya. Sesi berkunjung-kunjungan bermula. Seronok sangat.
Menjelang malam, family kakak ipar aku sampai, huih! sakan bermain la sepupu sepapat tu, sesi buli membuli. Paling best sesi mencari port tidur dalam rumah, haha. Aku? macam biasala port depan TV. Haha... nasib baik cikOni tidur awal. Ngeee...
Menjelang fajar raya kedua, semua orang dikejut oleh Miza, bersiap semua sebab abah sekeluarga mahu bertolak pulang ke Kemaman, Terengganu. Tapi... macam biasalah, aku juga yang awal bersiap, terus ke Kluang, Johor. 6.30pagi.
Family abang ipar aku bertolak ke Kelantan. Masing-masing dah berkeluarga. Hehe...
~)@ Uiii panjangnya, entry hari ni. Haha... mrAbi kena jaga cikOni. Muahaha...

6 comments:
comel cikOnie berbaju kurung dan bertocang dua..byk collect duit raye?
comelnya cik onie....cantik bila berbaju kurung...
cantiknya baju Oni. hijau lembut, selembut anak gadis kecil ni.
boleh acik wa pinjam???
dah besar nanti, Oni suruh mama buat baju kurung banyak2 ye...
heheh main bedal ek beli..k.eli bedal² pun, bju raya harian je la..baju kurung ngan melayu wajib sedondon..bak kata awak la, ikatan kekeluargaan tu lebih nampak bila sedondon
p/s: bju awk ngan oni dh ok dh..mr.abi tu je yg lari jauh sikit kekekke
kakHanim;
kalau tak bertocang, dah mcm lelaki pakai baju pempuan, dah la lasak, tu yg tocangkan tu. Duit raya? nnt masuk dlm acc dia.
syilasyira;
bdk2 tak pernah berbaju kurung, comella, thn dpn pakai lagi baju ni.
ibuWawa;
gadis kecik ni tak baper nak lembut kak, nak pinjam? boleh2. btl tu kak, kita rasa nak blaja menjahit skrg ni.
kakEli;
haha...dia tak nak beli baju melayu, t-shirt raya je yg sedondon. kan? kalau outing pun mesti nak sedondon :D
Post a Comment