Wednesday, 4 August 2010

Isteri yang ingkar

Tersebutla kisah suami dan isteri. Ceh, macam nak mula cerita dongeng pula.

Sebelum mrAbi outstation, dia telah menanya aku akan wang simpanan aku dalam bank. Dengan bangganya aku menjawab, ya masih ada tapiii dah tinggal separuh la. Separuh lagi aku bagi pinjam kat orang lain. Haha. Mujur aku belum terlajak habiskan semua, wang itu dia yang bagi sebenarnya, tapi aku tak baper guna pun.

Katanya nak pinjam dulu, sebab nak bayar roadtax enWaja, aku pun bersungguh withdraw. Kalau mrAbi yang bagi duit, aku sayang gila nak guna, guna pun time-time dah rasa tak cukup makan, hah baru aku guna.

Setelah aku beri wang tersebut kepadanya dia berkata lagi, simpan la dulu duit tu. Aku pun menjawab sepantas kilat, tak nak la, nanti habis kena guna. Dalam kepala aku, minyak kereta tak isi lagi, duit undi pun tak bayar lagi, aish... kusut-kusut. Dia pun simpan.

Dan semalam... sedang aku mencongak-congak budget bulanan aku, tiba-tiba satu kejadian yang wah tak sepatutnya berlaku. Aku punya access card pintu dan lift jatuh dalam lubang j****n. Jahanam betul, habis lari semua budget aku.

Punyala aku menjaga access card tu, akhirnya menamatkan riwayat dalam lubang itu juga. Aiii. Gigih aku dengan cikPA yang baru aje bertugas pergi mencari cleaner, kot-kotla masih boleh diselamatkan lagi kan. Dah petang cleaner pun dah balik.

Mintak tolong pakGuard bangunan pula, call kan maintenance. Mana ada, dah petang. Tunggu je la esok. Siap mimpi-mimpi aku wei, separuh hati kata biarla, nanti ganti yang baru je, separuh hati lagi kata, mesti dapat punya access card tu, tapiii... sanggup ke nak guna wei. huh! macam mana nak samak tuuu???

Hari ni, aku datang tanpa access card, terima kasih cikPA. Jeanne. Anda sangat membantu aku. Call sana sini, minta pertolongan. Memang kerja kau kan? haha. Dan result access card aku tu...

Haha, agak-agakla. Aku dapat semula atau tak access card tu? Cuba teka? Haha...

Dalam pada yang sama, dalam pada mrAbi jauh di mata, aku mengadu nasib. Mana la tau kalau tak dapat balik access card tu, aku kena ganti dengan harga mahal wooo... Dengan baik hatinya, dia bank in semula duit yang telah aku beri hari tu. Menyusahkan dia kan?

Banyak kali juga aku ingkar kata mrAbi, haha. Sudahnya pada dia balikla aku mengadu. Ahaha.

~)@ Dengarla cakap suami ya. Suami kata simpan, simpan. Suami kata jangan buat, jangan la buat. Jeles betul dengar orang scan access card pintu tu. Hish!

13 comments:

pakurawan said...

waa.

suami mithali.

semoga terus bahagia =]

Shiqa Nawar said...

amek baru lah akak.. x kan nk samak.hehe take care

Naeem Eem said...

ye ke?? Pn UmmiOni nye citer ni, ada best nye la..pengajaran..baik untuk "cik Bakal Isteri" la..hehehe

Anonymous said...

Aslmkm ch@.
Bagi Kak G dapat balik ke tidak ke dah tak penting ...
Janji dapatkan yg baru saja sekalipun kena keluar belanja sendiri ... kan ku tahan keinginan lainnya! :)
Sambil itu mengambil iktibar di atas segala yg berlaku.
Camne? :)

Iman's Umi said...

Patutla mr.abi suh simpan dlu duit tu, ada insiden yg tragis bakal berlaku.

ch@ said...

-hazen;
terima kasih mendoakan. awak pun sama doktor.

shiQa;
haha, mmg kalau dapat pun, nak tukar dgn yg baru, tak perlu la byr kan.

eem's;
percayalaaa... inikan kisah umiOni sahaja ;) yg baik jadikan pengajaran, yg buruk jadikan sempadan ok ;)

ch@ said...

kakG;
Wa'alaikumussalam kakG. Kalau dpt pun nak mintak tukar yg baru. Tak rela kita nak guna lagi. Memang insaf dah niii, takkan kita letak apa² dlm kocek belakang seluar.

umiIman;
betul wak, mmg dah selalu sangat kita tak dgr kata dia. haha.

Unknown said...

Ch@..kome ni bersilat ke kat dalam sana tu..haaaaa..
ish3...nasib baik kad2 je yg hilang...kalau dgn pintu2 bilik rehat tu terbang camno..???
..
..
.
Moral story : Bersabar semasa kejadian dan selepas kejadian..kena kutuk laa..hee
sabaq cik naaa..

ch@ said...

pakLan;
haha... tu ar tu. pasrah aje la pakLan, nak kerja mala lagi. tgh bersabar la ni, mujur kat opis ni mmg tak berapa pedulikan org sgt. :D

qellissa said...

camne leh jatuh dlm tu..ish2..kklu samak tu ilang bau tak..hihihi..tulah kan ..lenkali kena dgr ckp suami..mcm i pon jarang nak dgr ckp suami..suami yg kena dgr ckp i..hahaha..da terbalik plak..

ch@ said...

Qelissa;
dah nak jatuh, mmg kalau sampai ambil guna tangan gigih, buat sampai boleh. malangnya tak sampai. kalau dah dua hari, sekian terima kasih la :D

Suziey Ahmad said...

adeiii..mcm malang bertimpa ni..hehe..sbr je la ek..keje kat mane? access card tu kena byr ke kalu ilang? hmm...q

ch@ said...

[-suziey-];
kerja kat Petaling Jaya, kompeni mmg agak mata ke'duit'an sikit, so harusla bayar.