Saturday, 7 August 2010

Handmade jiwang-jiwa

Ehem-ehem, rajinnya aku mengupdate blog hari Sabtu ni, haha. Tak hang out, mrAbi kerja, cikOni tidur. Riang ria la hatiku ini. Aku baru lepas mengemas rumah. Dok la mengemas bilik yang ada komik mrAbi tu. Sangat kemas sebab cikOni yang mengemasnya.

Tengah munggah sana munggah sini tiba-tiba tangan ni tertarik pada satu plastik. Huaaa... kad buatan tangan aku kepada mrAbi. Zaman bercinta dolu-dolu ah. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahalkan.

So aku buat la kad sendiri sebagai ganti hadiah kepada dia. Majoriti kad-kad itu menggunakan kalendar lama, majalah, komik, duit syiling, kad warna, CD yang tak digunakan, kertas hadiah, buku lama dan pembalut kertas A4.

Sebenarnya aku sendiri yang angkut dari rumah mertua aku, lepas tu sampai rumah sendiri, tak ingat mana aku letak. Terima kasih pada adik ipar yang menolong abangnya menyimpan kesemua kad-kad pemberian aku itu dengan baik.

Handmade card to mrAbi

Dia kagum sebab aku boleh menghasilkan pelbagai jenis, bentuk, warna kad dengan kreatif. Hehe, tah. Aku suka. Bila aku balik selalu juga jadi mangsa membantu dia menyiapkan kerja sekolahnya.

Handmade from mrAbi sangat mahal wooo...

Masa aku belajar dulu aku ada banyak masa kalau tak pergi dating, so apa-apa yang aku nampak pada sekeliling aku, aku cuba jadi kratif. Cita-cita dulu, nak ada kilang sendiri membuat kad macam Memory Lane tuuu. Sampaikan semua assignment yang berkaitan dengan management aku akan kaitkan dengan impian aku tu. Haha, memang kuat berangan.

Acceh, ini lagu aku lekat pada album kawin

Ada juga kawan yang mintakan aku membuat kad hari jadi, kad ulangtahun kapel-kapel, upahnya senang je. Bagi je aku seketul filet o fish mcD tu. Orang banyak masa, part portfolio dan assignment, aku memang suka sangat. Hehe, sebab aku kena buatkan mrAbi punya sekali. Dua kali ganda, upahnya? dia kan boyfren so special la, just bawak aku hang out pergi makan dan tengok wayang aje.

Aku pernah mendapat sehingga rm50 sebab menyusun portfolio seorang kawan, ditambah lagi dia membelanja aku makan pizza hut. Aku rasa upahnya keterlaluan sangat daripada kerja yang aku buat. Tapi, orang ikhlas. Aku merasa aje. :)

Satu lagi perangai aku sehingga sekarang, menconteng buku nota. Haha... Aku tak kira buku siapa pun, semua aku conteng, aku rasa buku log aku penuh dengan contengan, setiap nota penuh dengan kerawang dan karikatur-karikatur. Muahaha.

Nota aku masa sekolah selalu je menjadi bahan rujukan kawan-kawan, sebab aku suka berwarna-warni dan menjadi rujukan pada cikgu juga. Aku selalu dapat A dalam nota. Haha... tapi exam? sebaliknya.

Aku sangat suka handmade, tapiii... sekarang aku sudah tiada masa. Bila sudah tiada masa makanya tanganku sudah menjadi agaj kekayuan sikit. Haha.

~)@ Handmade ex-boyfren semuanya sudah lebur dalam api ;)

16 comments:

pakurawan said...

huuu.

kak, serius saya teringat saya dulu2.

tapi dah tak kekal. banyak sangat dosa kami buat kot.

Naeem Eem said...

Waaa....kita ada hobi yang same la umiOni..hand made item untuk pasangan..kita dulu sebab takde bajet sangat..lagipun taknak membazir & nak try kreativiti.. (^.^)

Hanim said...

kreatifnyer dia...akak bab2 nie mmg fail...

ch@ said...

-hazen;
maaf ye buat maku terimbau-imbau. anggap je bukan jodoh. lupakan sekiranya mampu. jangan ditutup hati pada yang akan datang, mana tahu ianya lebih baik.

eem's;
hehe... time blaja mmg sengkek.

kakHanim;
haha, mana ada. biasa² aje.

Shiqa Nawar said...

akak, sy suka la.hehehe

Yann said...

akhirnya.. ada gak en3 pasal surat @ kad cinta kak cha. hehe. :)

ch@ said...

shiQa;
haha... terima kasih ok.

ch@ said...

yann;
ada byk lagi, takkan nak interframe semua pulak kan, haha.

Ako Retna said...

teringat zaman skolah.. slalu dapat kad-ka kreatif dari secret admire.. beshh!! dan paling besh dapat kad/surat dari besfren yg memnag kreatif sesangts lepas abesh skolah..

Suziey Ahmad said...

eh sama la kita..tp xsimpan dh..mane th terselit2..ekkekeke:D dulu femes jenis2 cenggini kan..tmbah byk masa terluang..hahhahaa

ch@ said...

kakRet;
handmade ni amat berharga pada sesorang yg mmg cintakan kesenian. Plastik gula-gula pertama mrAbi bagi pun kita simpan ;)

Iman's Umi said...

Kreatif la awk Ch@...suka nota warna-warni ye...ingtkn nota awk pn kaler ijau je...kakaka...sy nye nota sy cba tls seburuk mgkn spy budak cina x fhm bila pinjam...skali pinjam jgk n tmbh beban sbb dia lg byk tanya dh la pulang balik nota kita pn lmbt, smpi kena f.up gitu...

qellissa said...

sgt kreatif..dulu2 suker gak wat handmade kad ni..tp sekaarng da mls pulak..idea da xde nak wat kad sendiri..hihihi

ch@ said...

umiIman;
haha takla, hijau saya berpada-pada.

Qelissa;
haha, ini dulu punya kerja la, skrg tak DAN, baru je pegang pen, cikOni dah ambik dulu.

yonna said...

puas bila dpt buat benda handmade kan kak? :D hehee

ch@ said...

yonna;
nak kad raya yonna... haha :D