Monday, 3 November 2014

Kekuatan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah taip setengah entry, delete. Sebab, entahlah seram sejuk pabila ada yang terasa dengan bait-bait ayat dalam tu. Ok, kita mulakan dengan yang baru. Kisah lain. Banyak juga perkara yang berkaitan dengan kekuatan diri ini. Bagi diri saya, sesuatu yang menguatkan diri saya ialah, gelaran saya sebagai pengurus rumah tangga. Terlebih dahulu saya beritau, entry ini hanya berkaitan dengan diri saya sendiri sahaja, tiada kena mengena dengan pihak-pihak yang lain. Lagi sekali, diri saya sendiri.

Day 3, Sesuatu yang menguatkan anda.

Berkenaan dengan sesuatu, setelah dua tahun saya bergelar pengurus rumah tangga atau surirumah sepenuh masa atau stay at home mom, saya sudah boleh dikatakan agak cekap dalam mengendalikan seisi rumah. Kenapa? banyak sangat perubahan yang berlaku apabila saya berkerja, menghantar anak ke pengasuh, pergi dan pulang kerja, bergaul dengan kawan-kawan semasa tempoh berkerja, mendapat cuti dan bergaji tiba-tiba, keesokkan harinya saya hanya di rumah, meladeni kerenah anak-anak. Esoknya lagi juga bergitu, hari esoknya juga bergitu. 

Jika sebelum ini saya menghitung jam untuk pulang dari kerja, menghitung tarikh untuk menerima gaji, menghitung cuti tahunan untuk bersama dengan anak-anak, sekarang...ianya tidak lagi berlaku. Saya sentiasa dengan anak-anak, saya sentiasa bergerak dan berkerja di rumah, saya sentiasa memikirkan apa yang akan berlaku pada setiap saat akan datang. Saya perlu memanfaatkan masa yang saya ada dengan sebaik-baiknya.

Pada mulanya, saya tidak hairan sangat dengan gelaran pengurus rumah tangga itu namun semakin lama apabila anak-anak membesar depan mata, membuat pelbagai perangai yang boleh menguji tahap kesabaran, memberikan ciuman dan pelukan, barulah saya sedar bahawa saya adalah yang paling beruntung. Tidak boleh terusan melayan emosi kerana tidak bergaji, tidak ada cuti kerana hikmahnya terlalu besar. 

Saya hendak menjadi seorang pengurus rumah tangga yang boleh menguruskan perkara mengikut kadar kemampuan diri, saya belajar menguruskan masa, saya belajar mengagihkan kerja, saya belajar meningkatkan skill memasak, saya belajar meladeni kerenah anak-anak, saya belajar membahagi kasih sayang antara anak-anak-anak dan suami supaya adil dan sama rata, saya belajar mengawal emosi, dan percayalah sehingga sekarang saya masih belajar-belajar-belajar dan belajar.

I'm not a perfect person.
I make a lot of mistakes.
But, I really appreciate those people who stay with me after
knowing how I really I am.
-learnlovelivelife

Sebenarnya saya belum boleh digelar supermak kerana saya masih banyak kekurangannya, manusia memang tidak ada yang sempurna, saya masih lagi mengeluh apabila keletihan mencapai tahap maksima cuma pada masa sekarang apabila letih, saya akan tidur, hehe. Apa yang saya dapat selama dua tahun ini apabila, kawan-kawan terdekat menghubungi saya bertanya bagaimana saya boleh buat semua perkara. Buat kerja ikut cara sendiri, rasa malas tak perlu buat kerja tapi merasalah padahnya pada saat akan datang, kerja bertambah. Bila saya malas memang satu apapun saya tidak buat tapiii saya kena redha selepas itu buat kerja berganda, haha.

Gambar fail, my family and I.

Sekian entry untuk kali ini, jumpa esok ye. Semoga pembaca dapat manfaat daripadanya, semoga juga tiada sesiapa yang berkecil hati dengan isi entry ini, saya percaya setiap orang punya kekuatan diri tersendiri untuk kelangsungan hidup mendatang. Saya hanya berkongsi sedikit apa yang ada. Salam sayang...daaa.



Sunday, 2 November 2014

Hati saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam keluarga kecil saya ni, hati saya ialah Adli. Kenapa dia hati, saya punya cinta kepada kekasih saya, saya lahirkan Auni. Bila Auni sudah lahir, saya bersyukur kerana rezeki saya mendapat anak lelaki pula, jadi saya cinta sepenuh hati kepada kekasih saya. Sebab itu secara simboliknya hati saya ialah Adli. Tak faham? takpe-takpe, biarlah saya sahaja yang mengerti. 

Day 2, 5 cara memenangi hati anda.

Saya ialah seorang yang simple, lebih-lebih lagi bila sudah bergelar pengurus rumah tangga sepenuh masa. Jadi, pemikiran semuanya just yang mudah-mudah sebab terlalu banyak yang difikir akan menyebabkan stres pun datang. Untuk mengelakkan saya menaga cara paling cepat dan pantas untuk memenangi hati saya ialah hanya dengan berterima kasih.

Ucap je kata keramat tu, terima kasih umi, terima kasih umi, terima kasih umi, itu sudah cukup buat saya tersenyum lega. Anak-anak terutamanya suka berterima kasih kepada saya, buatkan susu, cucikan tangan, belikan aiskrim, sediakan apa yang mereka mahu, saya akan diberikan ucapan terima kasih umi. Terasa macam solehah sangat pula, hehe.

Ciuman sayang, disebabkan ruang lingkup kebanyakannya hanya di rumah, maka saya hanya punya suami dan anak-anak. Kami tinggal bersama. Jadi apabila saya sedang sibuk dengan kerja rumah, suami akan datang dan beri hug and kiss tanpa saya sedar, betul dia gemar buat begitu. Ah! malu pula menyatakan begini. Ok, ini bacaan untuk yang sudah berumah tangga ye. Anak-anak juga begitu, mereka suka kiss-kiss-kiss pabila saya tertidur, ahahaha-blushing. Stop it-enough.

Bawa keluar atau bercuti atau aktiviti luar jauh daripada rumah. Dahulu ini merupakan aktiviti wajib setiap kali pada hujung minggu. Saya suka berjalan saja-saja dan cuci mata. Apabila sudah punya suami dan anak-anak, aktiviti ini agak terhad sedikit. Saya akan berasa sedikit lega bila mendapat udara lain daripada rumah. Bukan bermakna rumah tidak best, cuma untuk dapatkan aura baru gittu.

Belanjalah saya, siapa yang tidak suka bukan? hahaa, lets go shopping. Tanya apa yang saya hendak, confirm saya akan jawab tah la, takde apa-apa kot. Pantang dipelawa, gembira tapi tidak tahu mahu beli apa. Sudah balik rumah, eh macam-macam pula yang ada dalam kepala. Rugi terasa. Jika beri saya kejutan, hadiah, lagiii suka. Boleh senyum sampai esok-esok-esok dan esok.

Last cara paling efektif and i love in it ialah, puji saya, ringkas. Bagi sahaja satu ayat manis, "hrmmm, sedapla nasi goreng umi ni" thats my Auni bila memuji. Dia juga suka puji saya cantik lebih-lebih lagi bila nampak saya pink. Orang pertama yang dia tengok bila bangun tidur sudah tentulah saya, sebab saya yang menyiapkan dia untuk ke sekolah atau hantar ke sekolah. Baru-baru ini dia menunjukkan saya sehelai kertas yang dia tulis 'nama emak saya ialah umi'. umi saya pandai memasak, menjahit baju, nelayan, jururawat dan pelukis, hahaaa. Macam-macam saya boleh jadi bila dengan Auni. Tak tahan tengok perkataan gedabak besar dia tu. Orang kecil tulisan tangannya, kus semangat. Tak apa, she is only 5 years old. Emak dia sendiri pun, 6 tahun baru kenal ABC. 

Hati: Saranghae.

Done, untuk entry hari ini. Saya minta maaf sekiranya entry ini ada mengguris hati mana-mana pihak yang membaca. Saya cuma berkongsi sedikit tentang diri yang bukan siapa-siapa ini. Kita jumpa entry esok, daaa. Salam sayang semua.



Saturday, 1 November 2014

Saya, bukan siapa-siapa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya hendak sahut cabaran 30 days blogs challenge yang saya jumpa di blog sha whitey mommy kebetulan, saya sedang mengadap blog pada 1 Nov. 2014 jadi saya bermula pada hari ini. Bila sudah sahut, in shaa Allah mari kita lihat entry pada bulan November ini.

Day 1, 1 Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Minta maaf, pembaca terpaksa tengok muka empunya bloghijau yang tidak seberapa ini. Sejak anak-anak membesar bagai juara, emak dorang pun terikut sekali. Pipi melimpah, jerawat tiba-tiba bertambah. Gambar selfie suka berangan ni di ambil sebaik sahaja pulang daripada menghantar Auni ke sekolah, hehe. Minta maaf, sila tunjuk ajar.

Fakta tentang saya, 

Suka hijau, entahla sejak daripada zaman sekolah sehingga sekarang saya memang suka warna hijau, lagi-lagi bila melihat padang rumput yang menghijau, owh sungguh indah andainya dapat berguling dan bergelumang bagai waktu menjadi atlet olahraga satu masa dahulu. 

Gambar fail, koleksi dapur saya yang hijau. 

Suka paper art, saya ada blogoren untuk koleksi yang saya pernah buat untuk kawan-kawan, mereka minta saya buat, jadi saya buatkan untuk mereka dan saya tidak punya copy untuk saya sendiri melainkan abadikan sahaja dalam blogoren. Dahulu, hobi saya ialah menconteng atau melukis pada buku nota kawan-kawan. Jangan beri saya pen dan kertas, memang habis akan saya kerjakan. Bila mendengar ceramah atau pengajar di depan, sambil menumpukan perhatian yang tidak seberapa, saya akan conteng nota. Begitu juga sekiranya saya berasa bosan tahap entahlah tak boleh hendak gambarkan, saya akan conteng diary saya.

Ini merupakan karya baru saya yang diminta oleh bekas rakan sekolah saya.

Suka sedondon, mudahnya apabila sedondon ialah bawa anak-anak ke kedai, mereka sudah pastila bertempiaran rak ke rak, bila sedondon in syaa Allah orang sekeliling akan turut sama alert itu anak-anak saya. Mudah juga untuk saya perhatikan mereka bertiga. Ye, saya sudah punya anak tiga. (termasuk fakta gak ni, dua dalam satu).

Cinta saya, hati saya, dan jiwa saya.

Suka novel, selain sibuk dengan kerja rumah saya suka baca novel bila badan sudah penat, mata pula minta rasa hendak tidur saya akan menonton tv sambil baca novel. Sebenarnya, saya suka membaca, apasahaja. Tapiii baca sahaja la, kadang-kadang ada sikit yang simpan dalam kepala, selebihnya baca then lepaskan macam tu sahaja, hahaa. Saraf otak sudah berselirat hendak menampung maklumat.

Novel saya pada kedudukan tingkat atas sekali.

Fakta terakhir tentang saya, saya suka baca quote yang boleh mempositifkan diri. Semenjak saya menjadi seorang pengurus rumah tangga sepenuh masa (fakta lagi) saya tidak mahu lagi berada dalam mood terlalu merendah diri. Betul, urusan saya yang bergelumang dengan kerja rumah sahaja menjadikan saya seorang yang cepat terasa, cemburu, iri hati-sama  je kan? dengan orang yang berkerjaya. Akan tetapi jalan ini yang saya telah pilih bermakna, jalan ini jugalah yang akan saya lalui. Eh, saya ada satu quote atau sajak atau puisi-entah apa-apapun boleh tentang diri saya secara keseluruhannya.

Nampak biasa punya banyak rasa. Nampak tak apa-apa tapi hati berduka. Nampak ketawa bahagia hakikatnya memendam rasa. Nampak tenang bersahaja namun banyak rahsia. Nampak kental tiada tara tapi bagai tak berjiwa. Aku bukan siapa-siapa.

Haaa, amacam? sudah kenal dengan saya? tak kenal maka tak cinta bukan? hihiii. Sekian sahaja entry pada hari pertama cabaran 30 days blogs challenge. Jumpa esok hari, salam sayang.