Hati saya.

Sunday, 2 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam keluarga kecil saya ni, hati saya ialah Adli. Kenapa dia hati, saya punya cinta kepada kekasih saya, saya lahirkan Auni. Bila Auni sudah lahir, saya bersyukur kerana rezeki saya mendapat anak lelaki pula, jadi saya cinta sepenuh hati kepada kekasih saya. Sebab itu secara simboliknya hati saya ialah Adli. Tak faham? takpe-takpe, biarlah saya sahaja yang mengerti. 

Day 2, 5 cara memenangi hati anda.

Saya ialah seorang yang simple, lebih-lebih lagi bila sudah bergelar pengurus rumah tangga sepenuh masa. Jadi, pemikiran semuanya just yang mudah-mudah sebab terlalu banyak yang difikir akan menyebabkan stres pun datang. Untuk mengelakkan saya menaga cara paling cepat dan pantas untuk memenangi hati saya ialah hanya dengan berterima kasih.

Ucap je kata keramat tu, terima kasih umi, terima kasih umi, terima kasih umi, itu sudah cukup buat saya tersenyum lega. Anak-anak terutamanya suka berterima kasih kepada saya, buatkan susu, cucikan tangan, belikan aiskrim, sediakan apa yang mereka mahu, saya akan diberikan ucapan terima kasih umi. Terasa macam solehah sangat pula, hehe.

Ciuman sayang, disebabkan ruang lingkup kebanyakannya hanya di rumah, maka saya hanya punya suami dan anak-anak. Kami tinggal bersama. Jadi apabila saya sedang sibuk dengan kerja rumah, suami akan datang dan beri hug and kiss tanpa saya sedar, betul dia gemar buat begitu. Ah! malu pula menyatakan begini. Ok, ini bacaan untuk yang sudah berumah tangga ye. Anak-anak juga begitu, mereka suka kiss-kiss-kiss pabila saya tertidur, ahahaha-blushing. Stop it-enough.

Bawa keluar atau bercuti atau aktiviti luar jauh daripada rumah. Dahulu ini merupakan aktiviti wajib setiap kali pada hujung minggu. Saya suka berjalan saja-saja dan cuci mata. Apabila sudah punya suami dan anak-anak, aktiviti ini agak terhad sedikit. Saya akan berasa sedikit lega bila mendapat udara lain daripada rumah. Bukan bermakna rumah tidak best, cuma untuk dapatkan aura baru gittu.

Belanjalah saya, siapa yang tidak suka bukan? hahaa, lets go shopping. Tanya apa yang saya hendak, confirm saya akan jawab tah la, takde apa-apa kot. Pantang dipelawa, gembira tapi tidak tahu mahu beli apa. Sudah balik rumah, eh macam-macam pula yang ada dalam kepala. Rugi terasa. Jika beri saya kejutan, hadiah, lagiii suka. Boleh senyum sampai esok-esok-esok dan esok.

Last cara paling efektif and i love in it ialah, puji saya, ringkas. Bagi sahaja satu ayat manis, "hrmmm, sedapla nasi goreng umi ni" thats my Auni bila memuji. Dia juga suka puji saya cantik lebih-lebih lagi bila nampak saya pink. Orang pertama yang dia tengok bila bangun tidur sudah tentulah saya, sebab saya yang menyiapkan dia untuk ke sekolah atau hantar ke sekolah. Baru-baru ini dia menunjukkan saya sehelai kertas yang dia tulis 'nama emak saya ialah umi'. umi saya pandai memasak, menjahit baju, nelayan, jururawat dan pelukis, hahaaa. Macam-macam saya boleh jadi bila dengan Auni. Tak tahan tengok perkataan gedabak besar dia tu. Orang kecil tulisan tangannya, kus semangat. Tak apa, she is only 5 years old. Emak dia sendiri pun, 6 tahun baru kenal ABC. 

Hati: Saranghae.

Done, untuk entry hari ini. Saya minta maaf sekiranya entry ini ada mengguris hati mana-mana pihak yang membaca. Saya cuma berkongsi sedikit tentang diri yang bukan siapa-siapa ini. Kita jumpa entry esok, daaa. Salam sayang semua.




5 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Tersentuh hati saya membacanya umi..
Yer bagi kita sama saja walaupun umi surirumahtangga sepenuh masa..
Ibu pula separuh bekerja separuh dirumah..
Tp kita sama yg plg akrab dgn kita adalah suami & anak2..
Mereka saja yg betul2 dpt memenangi hati kita sepenuhnya..
Dlm erti kata lain kita cayor cepat dgn deme..
Ahaks!!

Whitey Mommy said...

Cha.. hehehe pandai cha karang ayat..:) terbaik..
kita dah macam baca majalah lah..
faham kenapa adli..:) tapi tak tahu nak hurai juga..
selalu tengok dah macam mana perwatakan adli..;)

Cik Jue said...

oooo...
hati umi yang senang je dibeli
dengan ucapan "terima kasih"
tapi kalau kecewa susah nak tawan balik nie...hahahahhaha

Masya said...

hati umi pada adli .. adli pasrahlah nanti pilihan umi buat menantu .. eh² kesitu pgnya ...

terima kasih umi .. entry yg x meleret².. tp penuh isi
terima kasih umi .. suka skrg ada entry setiap hari ...
terima kasih umi walaupun pengurus rumah tangga tapi entry² umi sgt bermanfaat ..
eh² bape bnyk teriam kasih da... terharu x .. ucap terima kasih.

ch@ said...

ibu Aqil: terima kasih sudi baca ;) family adalah segala-galanya.

Sha Whitey Mommy: hahaha. penulis tak diiktiraf ni, berangan nak tulis novel tapi hampeh. smngt yg hangat2 tahi je...

kak Jue: btl, kak Jue sgt btl ttg ayat paling akhir tu.

sis Yana: most welcome my beautiful sista, sy sgt terharu. terima kasih sudi datang membaca.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in