Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya akan mengambil masa memerhati anak-anak sambil menonton televisyen. Auni, bila sudah besar, bila sudah pandai alih rancangan kegemaran, dia pula buat syarat untuk emak.
"saya punya tv waktu pagi" katanya.
"awak punya malam je" sambung Auni lagi. Terkebil-kebil saya dibuatnya. Namun, pasrah sahajalah demi dia tidak mengganggu saya buat kerja di meja kerja.
Adik-adik dia pasrah sahaja, apa rancangan pun boleh. Adli suka Mickey Mouse, Arrizqi suka Boboiboy. Kalau yang dua tu sebut rancangan kegemaran memang saya sengih, comel. Auni sudah tidak gemar menonton Disney Channel, itu kartun untuk adik je-katanya. Macam la dia sudah besar sangat.
Menyebut tentang siri tv kegemaran saya, sudah semestinya Runningman. Salah satu rancangan hiburan Korea. Betul, ada orang tidak gemar siri ini, terpulanglah kepada mereka. Saya menyukainya kerana siri ini benar-benar buat saya ketawa berdekah-dekah, siri ini benar-benar buat stress saya menurun kepada zero. Siri ini, walaupun rancangan hiburan, variety show namun masih boleh diambil pengajarannya pada setiap episod. Hrmmm, jangan tidak tahu teruja menonton siri ini apabila mereka menampilkan artis-artis Korea di luar set penggambaran drama atau pentas, hehe.
Selain Runningman, rancangan variety Korea juga, Roommate. Entahla, saya tengok sahaja, mereka dikumpulkan dalam satu rumah dengan pelbagai perangai masing-masing. Nama pun rancangan hiburan, sudah sahla menghiburkan. Menonton tv kan untuk hilangkan stres jadinya kita carila rancangan yang betul-betul melegakan kepala, yang tidak perlukan pemikiran jalan cerita yang berbelit-belit. Yang tidak perlukan kita jadi pengulas pada ending drama dan yang tidak perlukan kita menyimpulkan apa yang akan terjadi, hehe.
Siri lain, ialah drama Korea. Sama juga, drama yang simple-simple, siri yang tidak meleret-leret, siri yang kelakar, romantik sikit. Bukan saya tidak menonton drama Melayu, tonton juga antara drama Melayu yang masih baru ialah Suamiku Encik Sotong. Tetapi kebanyakan siri tv kesukaan saya apabila menonton tv adalah Korea, hehe.
Jadual saya untuk tv hanya pada waktu malam, hanya beberapa jam sahaja. Kebiasaanya 45minit hingga ke satu jam. Lain-lain, suami berebut remote dengan anak perempuannya. Paling untung Auni la, apabila saya sibuk dan suami main ps3 dia akan konker tv. Jam 12mlm tv akan berhenti beroperasi, semua masuk tidur. Auni akan tidur lebih awal kerana dia sudah tidak tidur pada siang hari. Simpan tidur sebaik sahaja lepas makan malam hingga esok paginya.
Gaya menonton tv masing-masing. Bila macam ni, memang lega sesangat.
Sekian sahaja, entry pendek dan simple. Pendek? hahaha, panjang jugak. Jumpa lagi di entry akan datang, have a nice day. Daaa...
4 comments:
ko ni mmg minat kpop betui la ...
mmg anak2 yg yg jd raja tv di rumah ...
aku pulak suka ape saja cerita epic ...
klu korea aku gila nk tgk secret door
klu cantonis aku suka justice poa
klu omputih ape saja filem epic ...atlantis ke ....
Alalalalal anak2 ibu..
Comel sggh..
Tgk diorg santai mcm tu sejuk hati nengoknyer..
Hihihihi
Rindu abg aqil dkt diorg..
X smpt nak kenal Arizki..
k.eija dh xde rancangan feberet dah, mana yg boleh layan, layan je sbb mmg tv zaquan yg control, bila papa dia ada, papa dia plk yg pegang remote control..huhu.
Eima: hahahaaa, tu ar. rasa mcm bdk2 je suka kpop. lantakla.
Aku tgh pening mikir xtvt auni cuti sekolah ni, bergaduh ngn emak je la kejanya kang.
ibu Aqil: time baring tgk tv, ok la. time punggah rmh tu yg pitam tu.
Post a Comment