Saturday, 15 November 2014

Warkah pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ch@Syasya binti Ab Latib.
cha@syasyaablatib|diariumi|hobbiesart.
IG: sya2ablatib.
(patut letak alamat)

15 November 2015.

     Kehadapan sahabatku Lia yang berada jauh nun di Sarawak. Semoga Lia dan keluarga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.

Lia,
     Tujuan Sya menulis surat ini ialah untuk meminta maaf kepada Lia kerana sudah lama benar tidak menulis warkah lisan untuk mu, selain tulisan tanganku yang bagaikan cakar ayam, Sya juga ingin meminta maaf kerana... kerana... kerana sudah kehilangan warkah-warkah kenangan kali pertama kita berutus surat.

     Ingin menangis rasanya setelah seisi ruang rumah diselongkar namun warkah Lia tidak jua ditemui. Sya akan kembali mencari semula warkah pertama, salam perkenalan Lia pada Sya pada tahun 1996. Sya berasakan ianya masih ada dalam simpanan cuma di mana, itu Sya tidak ingat. Dek kerana ingin mengelak daripada di sentuh atau di jadikan kertas contengan anak-anak, Sya telah menyimpannya di satu tempat yang Sya sendiri tidak ingat. Aduhai, pilu.

     Ketahui olehmu Lia, Sya tidak akan mensia-siakan hubungan baik antara kita ini (eh, jiwangnya), dan terima kasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan Sya di instagram dan bloghijau ini walaupun tiada lagi istilah sahabat pena satu tika dahulu. Lia, ketahui olehmu juga bahawa Sya saaangaaat rindu mahu tulis surat selalu untuk Lia, entah mengapa hanya mampu layangkan sekeping kad itupun khas semasa hari lahirmu pada bulan April. Maafkan Sya ye.

     Sya minta maaf sekali lagi andainya surat ini mengganggu rutin kerja Lia saat ini, dan Sya berjanji akan berusaha mencari kembali warkah-warkah Lia yang entah di mana selitnya. Semoga ada jodoh dan rezeki kita akan bersua kembali sebagaimana kita berjumpa di Pavillion, KL dahulu. Bestnya. Sekian dahulu untuk kali ini, semoga Lia sentiasa gembira hendaknya. Jumpa lagi.

     Sekian terima kasih, wassalam.

Bekas sahabat penamu:
syasya ab latib.


Ini kisah benar, saya betul tidak ingat mana duduk surat-surat Lia tu. Saya pernah ceritakan kisah kami berdua yang hanya berutus surat selama 11 tahun tetapi tidak pernah berjumpa sehingga kami berjumpa buat pertama kalinya. Ini kisahnya boleh baca Sahabat Pena. Harap sangat surat Lia jumpa semula. Kena selongkar balik almari buku ni, adeih! Ok, sekian dulu untuk hari ini, daaa...

2 comments:

Masya said...

dulu²kan memori sgt sahabat pena ni .. dtg dr surat kabarlah, majalahlah ... kita pun ada sorang x hinggat drpd sumber mana.. tp yg pasti dia dok bt pahat .. sampai kesudah hilang gitu jer berutus surat memsg sibuk lgsg terputus hubungan...

ch@ said...

sisYana: owh! syg nya. sahabat pena mmg mcm tu, selain Lia ni ada juga yg lain tapi tenggelam. Lia ni je yg paling rajin.