Tuesday, 12 November 2013

Formasi kerusi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makcik sibuk bangat, sejak dua menjak ni demam drama Korea dah melanda asyik hendak melekat di channel S One sahajalah. Lupa seketika alam sekeliling. Sekali tersedar, hah! amekau. Dengan order kad, fm, dengan barang tuppy yang belum berbungkus, dengan katelog tidak berpos, dengan kerja rumah yang macam biasa, dengan anak-anak lagi, dengan ketiadaan abinya lagi, oh my gosh-oh my gosh! cecepat back to the normal routine. Sobs!

Sementara aku ralit dengan kerja, anak yang tiga tu dengan aktivitinya macam biasa. Selagi tiada yang menangis, aku biarkan aja. Yang penting kerja aku siap. 

Kesian meja makan, asyik terpisah dengan kerusi je, kadang-kadang mereka duduk pula bawah meja tanpa kerusi, khemah katanya. Dengarla kekekan ketawa, dan paling terganggu sedikit tumpuan bila dorang memanggil "umiiii...tengok ni", "umi...tengok Aie", "umi...adik Riki pandailah, dia dah besar" isk, sama je la ertinya mengajak aku main sama. Adeih!

Sandar pada sofa, rumah ulat. Bila keluar kepala pada ruang, 
"ulat keluar sarang"-jerit Auni. Dan-dan nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider.

 Kombat. Jangan keliru Adli Arrizqi ye. 

Perangkap.
"kakak buat"-tuduh Adli walhal dia pun 2x5 juga. 

As a team. Team leader sedang tukar arahan. Ubah-ubah, alih-alih.
'jahanam kerusi meja makan aku, erm...patah nanti boleh beli set mewah sikit' - bisik hati emak. 

Kesudahannya, orangnya tengah berguling bawah meja makan sebelum menerima arahan 'kemas balik' daripada abi. Aku pusing lagi sekali, dah elok tersusun di meja semula. Dengan abi, tak siapa berani lawan. Dengan emak, emak sekali yang lawan perasaan. Sabar je la mak.

Macam ni je la rumah aku, janji aku boleh buat kerja. Muahaha...Amacam? larat tak hendak jaga anak-anak aku ni? Sorang kental, sorang cengeng, sorang kuat menyakat. Cukup la buat hari aku huru-hara.

Tuesday, 5 November 2013

Semakin menyerupai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeah, fulltime housewife in the house, hehe. Hrmmm hendak cerita tentang apa ya hari ni? eh, wordless lah jadinya kita belek gambar sahajalah. Boleh ke? jom kita tengok. Pemandangan biasa untuk membuat kerja dengan penuh ketenangan. Menjadi emak di rumah ni, tersangatlah sibuknya. Kesibukkan yang menjadikan hendak duduk sekejapan pun tidak betah.

Apatah lagi meladeni anak-anak yang sedang mengorek, mengokah, menyelongkar, memunggah, menyepah, belajarnya sangatlah banyak, explorace nya memang tak agak-agak, jadi aku tidak boleh duduk diam dan hanya menanti dorang masuk tidur barulah aku mula berkerja, no-no-no...aku sudah buat, dan aku sangat bosan. Rasa macam bazir masa je membiarkan dorang menyepah sedangkan aku tidak berbuat apa-apa langsung. 

Jadi, sementara dorang menyepah aku buatla kerja rumah aku yang sentiasa on tu. Selagi tidak mengganggu dorang bermain, selagi dorang tidak ada yang debik mendebik, maka aku on sahaja kerja aku. 

Adli baru potong rambut kali kedua, jadi rambut abi pula lepas dibotakkan tempoh hari.

Suka gambar ni, 'macam cantik je, macam comel je'.

Lihat, bersih je sekeliling bila kakak Auni tidur. 

Abang jaga adik, dari jauh aku dengar dua orang ni gelak-gelak, bila tengok dorang tengah main kiss-kiss. Best je. 

Inilah kerjaan berdua ini bila aku sedang menonton tv. Hrmmm...

Duduk bersantai di ampaian belakang menghadap longkang. Bila emak di dapur, dia minta bukakan grill pintu dapur sambil makan-makan lagi. Tengok kucing, tengok burung kadang-kadang tengok hujan turun. Aku akan perhatikan dari dalam dapur.

 Atas pangku aku, baru selesai mandi. Arrizqi mengejar Adli. Orang sudah mulai terkeliru dengan dua orang ini, apatah lagi emak memang sengaja pakaikan baju sama. Hiks...

Kebiasaanya, yang rajin sangat munggah mainan, ialah Auni. Adli dan Arrizqi lebih kepada apa yang ada sahaja. Baru-baru hendak mula belajar, memerhati dan me'memory' sahaja apa kakak Auni buat. Tunggula next year, kakak Auni ke sekolah. Hrmmm...

Ha'a sebenarnya hendak tepek gambar je tadi tapiii? hiks. Memang tiada gambar Auni, sebab tune dia lain sikit daripada hero dua ni. Aunikan lain daripada yang lain. Ihiks. 

Wednesday, 30 October 2013

Gembira.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


"Are you ready kids? A...yey captain"
Anak-anak, kanak-kanak, budak-budak, perkataan lain perangai lebih kurang kegemaran sama, bermain. Serius, aku cuak bila abi kata dia balik kerja macam biasa, bila dia kata dia on the way, ada apa-apa pesanan ke?, bila katanya nak balik rumahla ni...

Rumah? Ye balik rumah, rumah yang sangat tunggang langgangnya, rumah yang sudah tidak nampak lantainya, tiada ruang untuk dipijak, rumah yang bagaikan hampir hendak terbalik dikerjakan anak yang tiga ini. Tiga orang bagaikan ada sepuluh orang. Gila kentang.


Dengar sahaja bunyi pintu pagar, yang namanya anak-anak ini bagaikan histeria, terjerit, terpekik, teriak "abi-abi-abi" grill di pintu, di pintu longsor bergegar, nyaring bunyinya bagaikan hendak runtuh digegar, seorang harus lolos keluar, seorang panjat naik seorang tukang gegar. Aduhaiiii anak.

Aku? Berguling, berlari, berlari anak, macam buat warm-up sebelum berlari 100 meter, mengutip, membaling, menyimpan, menyapu, mengemas mainan dorang. Tidak sanggup melihat abi mengeluh letih sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah. Kebiasaannya, apabila abi masuk aku sedang mengacau air minuman di dapur, hehe.

Ruang yang tunggang langgang tadi kembali bersih dan kemas, walaupun hanya seketika. Jika abi balik lewat pagi, aku cuma mengemas alakad, biar hatinya lega meskipun dia tidak pandang persekitaran ruang tamu, terus sahaja mendaki anak tangga ke bilik dan tidur. Bagus juga, bila aku bangun pagi sedia untuk memulakan tugas, hati jadi lega sedikit kerana tidak banyak yang perlu dikemas. Hihiii. 

Trio ini, memang aku bagi kelonggaran bermain apabila aku sudah sibuk dengan art atau pun melayan drama di tv. Banyak drama yang aku layan bila mood tiada untuk membiskut or membuat kek (poyo) maksudnya, prepare untuk minum petangla. Drama Indo tv3, Love In Paris - owh, jatuh cinta sama itu Dimas Anggara. Tagalog tv3, Be Carefull With My Heart, drama Filipina yang banyak sangat pengajaran. Tagalog Astro Bella, Jade. Pun sama tentang kekeluargaan yang penting hero kacak, huahuahua. Drama melayu tv3, setiap jam 4-5pm, banyaklah. Aku memang suka menonton tv.

Yeah, Disney Channel Junior pun aku layan, Princess Sofea tu, Adli pun tau "Ya, umi Ya" - katanya. Arrizqi suka Hi-5. Dia akan setia dengar lagu dengan kaki tangan badan bergoyang, yeah! dia menari tau sambil gelak-gelak. Trio ni major suka Pocoyo dan Taiyo. Adli Auni nyanyi lagu Taiyo, Arrizqi goyang badan. Kadang-kadang aku sampai berhenti buat kerja gelakkan dorang bertiga. Kelakar. Bagi la satu kiss seorang sebab tidak bergaduh. 

Bila Auni pancing Adli naik atas, Arrizqi akan ikut sama, dari bawah aku dengar kekekan ketawa. Lunak dan lemak, hati pun digamit-gamit untuk melihat apa keadaannya. Alahaiii, main babacak balik langsir je pun, kemain gembira bunyinya. Happy sangat tapi jangan ditegur, baik atau jaga adik atau tengok adik sebab tidak lama lepas tu karang adalah yang menangis. Jadi biarkan je walaupun selepas itu aku yang menangis tengok keadaan selepas mereka bermain, hewhewhew!

Adli, dia memang adil, dengan adik dia ok dengan kakak pun dia ok. Auni, dia konker mainan. Leader, bila adik-adik tidak ikut apa dia kata, siaplah tangannya mencakar-singa betina. Betul-betul cakar, Adli dapat, Arrizqi pun dapat. Tidak dapat cakar, dia gigit. Betul-betul gigit. Buat masa ini Arrizqi, ikut sahaja apa abang kakak buat. Banyak bersendirian dan lebih suka dengan abang. Pegang atau jumpa mainan, dan orang ambil apa yang dia pegang, dia akan lari sorokkan. Paling kelakar, dia sakat ambil bantal busuk Adli sampai menangis abang tu dikerjakan. Tidak padan kecil.

Tidak tahula tahun hadapan bagaimana. Masing-masing sudah besar, in shaa Allah kakak Auni sudah pun ke sekolah pertamanya. Mesti dua orang ini akan rindu kakaknya. Ihiks! Kita tengok nanti. Moga-moga aku masih lagi berblogging waktu itu. In shaa Allah.

Phew! Pagi-tengah hari dan malam. 

Membalik fungsi basikal.

Berkhemah sebelah meja makan.

 Kakak Auni dan Arrizqi.

 Abang Adli dan Arrizqi.

Throw back, kakak Auni dan abang Adli.

Ok, ini sahaja. Tiada nada mengeluhkan? hahaa, aku dah biasa la. Saja je hendak cerita kisah anak-anak aku yang makin besar, makin potpetpotpet dan sebenarnya kuat bergaduh juga dorang ni. Adik beradikkan? air dicincang tidakkan putus. Kejap je pastu sudah berlari main buaya-buaya. 

Aku hendak layan dorang baca buku kejap, dengarnya tadi Auni sudah berbunyi katak, Adli sudah pun melompat seperti katak, Arrizqi gelak sahaja, hahaa. Daaa...