Friday, 7 February 2025

Balik Selangor - Baju Sama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Uols, hendak balik hari apa? Selasa atau Rabu?" di hari Ahad aku bertanya.
"Selasa" Auni dan Adli serentak menjawab, manakala Arrizqi
"ikut umie la, saya ikut je. Tapi umie, saya hendak tidur tau nanti" eh?

Jadi pada 4 Syaaban 1446 bersamaan 4.2.2025 hari Selasa, kami bertolak balik ke Selangor.

Setelah mengisi minyak fulltank petang semalamnya sebaik sahaja pulang membawa tokmama jalan-jalan. Kelengkapan sekolah juga siap dibeli pada hari sebelumnya dengan bershopping di GREEN POINT Bandar Anggerik setiap tahun, tahun ini terbang RM500 (sama je pun) untuk semua serba dua baju kemeja putih, seluar hijau SMK, seluar trek, spentot untuk Arrizqi termasuk sepasang kasut hitam untuk Auni dan Adli. Walaupun guna member card tidak banyak diskaunnya.

Seawal 8.30am kami sudah bergerak balik, pada tuan asben ku beritahu kami tidak singgah di Melaka. Tuan asben pun kerja, jadi kami terus menuju Selangor sahaja dengan harapan tidak sesat seperti kali lepas. Biarkan rindu menjadi 200% dan lebih lagi. Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan, eh? aku merajuk sebenarnya, hah tiber!

Perjalanan smooth sahaja, cuaca baik agak bercahaya ditambah sudah pandai tengok waze ditambah lagi celoteh DJ radio lagu-lagu diputarkan Best 104, menggamit memori terkenang zaman kanak-kanak dulu - ater Johorian kan. Daktiga sudah selamat sambung belayar, bantal satu seorang dengan hembusan penghawa dingin, maunya tidak lena. Aku lena, selamatlah semuanya tapiii aku lapar, my co-pilot is sleeping (Arrizqi).

Aku hanya berhenti untuk mengisi minyak dan meluruskan kaki setelah 3 jam memandu, krem. Adli temankan aku untuk ke tandas dan berjalan-jalan mencari air minuman. Tidak sampai sejam selepas itu, kami sampai di Sg Buloh, welcome home sempat tapau nasi ayam dan upside down caramel coffee mamu lepas itu aku migrain, muehehe! kopi is syedap.

Dua hari mengerjakan rumah, tidaklah kotor sangat sebab aku tinggalkan rumah dalam keadaan yang sudah bersih, cuma ada beberapa keperluan milik tuan asben bersepah. Mendobi sampai habis sabun cuci baju, hahaaa. Lekas-lekas aku buat pesanan pada Mashita meminta untuk bertemu pada hari semalam, Khamis.

Alang-alang hendak bertemu Mashita ambil sabun Toyyib 10kg RM35, kakAzy pula ajak berjumpa untuk memberi keropok lekor fresh from Kelantan yang telah ku kirim minggu lepas. Kami berjumpa di hadapan sekolah sahaja. Mudah. Aku menunggu Mashita manakala kakAzy menunggu kakHamidah bestieku. Sejak bersalaman kali terakhir cuti sekolah lepas memang kami tidak bertemu, rindu. Aku perhatikan sahaja kakHamidah yang eh pakai baju sama dengan aku! mundar mandir mencari kereta kakAzy dibelakangku, kami menunggu dalam kereta sahaja kerana kakAzy tidak sihat.

"kak tak selfie masa jumpa Linda beli buku SK dan bayar yuran SRA semalam." Ujarnya sebaik sahaja ketawanya habis dek aku menegurnya pakai baju sama. Biasanya aku je yang suka wefie pada hari beli buku dan bayar yuran begini, aku suka berteman. Namun, tahun ini aku tiada lagi anak yang bersekolah rendah jadi tiadalah kami berjumpa. Kita jumpa semula di SMK minggu depan.
"owh, takpela dah jumpa hari ni jomlah kak, biar Arrizqi ambilkan gambar" aku turun kereta mendapatkan kakHamidah. Kami menyambung berborak sambil aku menunggu Mashita. 

Sudahnya, Mashita tidak datang malah aku jumpa dengannya sewaktu dalam perjalanan hendak ke pasaraya membeli barang dapur.

Sejak aku balik, baru pagi semalam dapurku berasap itupun aku guna paket perencah kari mi segera sahaja buat nasi goreng untuk daktiga plus ketul ayam Baker Cottage baki semalamnya. Percayalah, nasi goreng ini akan habis licin berbanding nasi goreng biasa dengan perencah lengkap. Balik membeli barang dapur tugaskan sahaja daktiga mengemas. Aku sambung menonton The Tale of Lady Ok.

Baju selawatwalk tahun lepas.
kakHamidah baru kali pertama pakai selepas memotong pendek bajunya,
dia dapat idea daripada aku yang memotong terlebih dahulu, hahaa.
Panjang bebenor bajunya.

Peneman setia. Semoga kekal rajin ye Arrizqi.

Thursday, 6 February 2025

Pam Tayar- Balik Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin setiap hujung tahun, aku dan daktiga akan habiskan masa melepak rumah tokmamapapa. Bercuti serta prepare barang kelengkapan sekolah. Jika dahulu, tuan asben akan ikut balik bersama tinggal kereta di Johor dan dia pulang ke Selangor semula dengan bas. Sejak dia sudah melepaskan aku pulang memandu sendiri bersama dengan daktiga dua tahun yang lepas ditambah pula dia berpindah ke Melaka, makanya marilah kita berdikari sekali lagi.

Melaka, 21 Rejab 1446 | 22.1.2025-Rabu.

Kami bersiap, aku dan tuan asben bersiap dahulu sambil menunggu daktiga selesai. Hanya bersarapan ringkas sahaja kerana pada hari ini aku pulang ke Johor manakala tuan asben akan ke Kuala Lumpur, huruhara sungguhla situasinya kan- hahaa. 

"nanti pam tayar belakang ni sikit." arah tuan asben, sambil memerhati daktiga loading barang dalam kereta. Akulah, benda yang kali pertama ni, sangatlah menguji emosi.
"depan sana tu ada stesen minyak." sambungnya lagi sewaktu aku mengambil giliran bersalam dengannya. Aku tidak respon arahannya itu kerana jiwaku sudah sampai rumah mamapapa. Patutnya dia bantulah aku pamkan tayar petang semalam, ada je reason dia menyuruh aku belajar. Sampai ku paksa Arrizqi Google macam mana nak pam tayar kereta di stesen minyak. Sebelum ni weols guna pam beskal ja, manalah reti guna pam stesen minyak tu, hrmmm.

Kami berpisah, sebaik sahaja keluar pagar automatik rumahnya aku memandu ke kiri, tuan asben memandu ford ranger ke kanan, fuh seb baik dia tak follow. Tidak lama aku memandu, masih mengisahkan waze dan Auni-Adli yang berebut tempat duduk,
"umie, tu stesen minyak. Pam tayar." aku jeling sahaja stesen Petron yang terletak berseberang jalan sana ditunjuk Arrizqi, dia co-pilot yang boleh diharap. Hrmmm, sudah terlepas, bye!

Keluar tol Jasin-Merlimau menuju selatan, mari singgah stesen minyak pertama untuk pam tayar, Shell Tangkak. Degil lagi, patut terus sahajalah pam tayar, boleh pula pergi isi minyak kereta dahulu. Kereta dahla saiz bas mini, ada hati nak menyelit depan kereta yang menunggu tepi paip pap tayar tu, memang terkial-kial aku dibuatnya, ruang Shell tu pun, terhad sangat. Rasa susah maka aku batalkan hasrat pam tayar. Terus cari stesen lain.

Singgah lagi stesen minyak seterusnya, ada dua stesen, satu kiri-satu kanan, singgah yang kiri lebih mudah. Lengang dan parking pun cun-cun, tapi ada notis rosak. Aih! Maka, kami berlalu pergi lagi sekali.
"okey stesen seterusnya umie!" kata Arrizqi. Dia sahaja yang temankan aku, abang kakaknya sambung tidur di tempat duduk belakang. Masuk lagi, entah di RnR mana- aku memang gagal mengingat satu-satu tempat rehat ni. Pusing terus di stesen minyak, aku perhati kanan, Arrizqi perhati kiri.
"ada tak?" aku tanya Arrizqi.
"tak ada pun tiang pam." jawab Arrizqi separuh merungut.
"kan?" 
"cari lainlah umie, tahu-tahu sampai rumah tokmama je nanti" dekah gelak aku. Betul juga tu. Aku keluar daripada RnR dan cari di stesen seterusnya.

Jika tidak berjumpa juga, memang minta bantuan papa je la jawabnya, ada tiga stesen minyak berdekatan rumah tokmamapapa. Akhirnya, aku jumpa juga pam minyak yang mempunyai tiang pam helok lengkap dengan parkingnya. Cuma, kena berkongsi dengan laluan lori, ko sabar jap ye abam lori, bagi dak baru belajar pam tayar ni hadam dulu dengan situasi. Aku setkan sama je semua isipadu angin yang ditulis di tepi tempat duduk pintu hadapan pemandu. Pastu aku pam je la, empat-empat tayar. Dah alang-alang dapat pam, Arrizqi tukang tengok angin masuk di meter pam, aku pening nak bangun tunduk tengok. Alhamdulillah setel. 

Aku tidak tahulah cukup ke tidak angin tu, tak sempat pula nak matematik dengan saiz tayar dan kepadatan penumpang bagai. Sudah isi, letak pam elok-elok, cuci tangan, sambung perjalanan. Janji pam tayar, hahaaa!

Tidak lama keluar daripada RnR, sudah pun nampak tol Kulai, perjalanan yang sepertinya main maze, tahu-tahu sudah tiba di destinasi. Sebelum sampai rumah tokmamapapa, singgah kedai makan dahulu untuk makan tengah hari. Tokmama tak sihat hendak masak, baru lepas berurut, tidak sabar hendak menunggu anak cucu balik.

Cambiasa wefie dulu.

Welcome.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah tokmamapapa selepas dua jam memandu, tokmama makan nasi aku, aku makan soto tokmama yang dibelikan oleh tokpapa. Jangan cerita dengan tuan asben ya, hahaa! ini rahsia.

Wednesday, 5 February 2025

Rumah Ladang Berpagar Automatik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry setelah lama menghilang, ada yang perasan ke? hahaaa. 

"Nak balik Johor tu, nak singgah Melaka pun boleh juga. " wA tuan asben berbunyi sedemikian, Selangor-Melaka boleh juga mengurangkan jarak perjalanan Selangor-Johor. Dia menghantar location tempat tinggalnya sekali bermakna dia minta aku singgah juga, saja je kan? Baiklah, minyak kereta sudah ku isi penuh, begitu juga touch and go untuk laluan lebuhraya, kereta telah di servis bulan Disember lalu, InShaaAllah everything will be ok. Let's go kids! 

Habis segala macam doa aku baca, teringat kata adik iparku Allah SWT mudahkan urusan kakak untuk berbuat kebaikan, Amiiin YaRobbal Alamin. Wefie dengan dan tiga terlebih dahulu dan buka waze, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sewaktu tuan asben hantar wA menyuruh online location, kami sudah hampir keluar tol Jasin-Merlimau. Bila aku yang memandu, usah diharap untuk membaca wA atau mengangkat panggilan. Aku perlu fokus. Ini kali pertama aku ke rumah tuan asben sejak dia berpindah ke Melaka, tidak lama selepas itu dia mc selama dua bulan berehat di Selangor sahaja. Maka, kesempatan kali ini aku gunakan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah, selamat sampai berpandukan waze walaupun kali pertama menggunakannya dengan bantuan Arrizqi. Paparan waze yang comel, ceria dan mudah difahami membuatkan kepala otak aku semakin jauh berfikir, muehehe. Selepas tol Jasin-Merlimau, kami melewati ladang-ladang SD Guthrie, langit sungguh cantik ditambah cuaca yang redup menjadikan perjalanan kami lancar dan tuan asben meminta menunggunya di mcD sahaja, lebih mudah untuk bertemu. Tuan asben tiba dengan motosikal, dia membawa kami makan tengah hari ni Pantai Siring. Kami makan bersama, nasi bersama asam pedas ikan fresh, tuan asben dan Arrizqi pilih siput sedut, Adli dengan kerang, Auni masih lagi ayam goreng crispy nya, tiada gambar berikutan sudah kelaparan benar. Makan di sebuah kedai makan atas air, ai is gayat namun sebab lapar, kulupakan seketika kegayatan itu. 

Selepas makan, tuan asben kembali ambil motosikalnya dan bergerak balik rumah yang masih dalam ladang untuk berehat, perut dah kenyang kan? Ayuh. Eh? Jalan ni aku dah lalu tadi, apabila tuan asben masuk salah satu lorong tidak berpapan tanda. Jalan ladang, jangan beri harapan tinggi sangat ya, hahaa. Berbukit, berbatu, bertanah merah, sungguh mencabar sehingga tiba di rumahnya. Rumah lama, agak besar banding rumah Pahang yang lepas. Bersebelahan dengan jalan raya yang hanya di pisahkan dengan pagar automatik berkunci, masih dengar kereta lalu lalang tidak sesunyi rumah Pahang. Eh, banding lagi. Rumah Pahang 

Tuan asben mengagih bilik untuk daktiga, ruang rumahnya besar-besar hanya dipenuhi dengan perabot sedia ada, kabinet, sofa, katil dan lain-lain yang kesemuanya fesyen gaya lama. Tiada home touring kerana dindingnya berwarna aneh, maroon dan white yang bercapuk, sakit mata aku dibuatnya. 
"Kita keluar lepas maghrib. " kata tuan asben dan dia menghilang untuk menghadiri mesyuarat di tempat kerja, aku habiskan masa dengan menonton movie dan membaca komik sahaja. Daktiga macam biasa, dengan games masing-masing dan makan. 

Usai maghrib, tuan asben bawa kami keluar melalui jalan petang tadi, dan bertanya tentang pintu pagar aku lihat lebih dekat dengan jalan masuk ke rumahnya. 
"Pagar tu tak boleh buka ke?" belum habis soalan aku pintu pagar pembahagi jalan raya dan jalan masuk rumah terbuka. LAH!!! 
Tuan asben pegang control nya, berdekah aku gelak, rasa kena prank pun ada. 
"Depan tu rumah CEO" terang tuan asben sebelum masuk ke jalan besar, rumah besar dilimpahi sport light warna warni di kelilingnya. Apasal pegawai tak masuk satu kawasan sekali, kan ke meriah tinggal dalam tu reramai hanya dalam hati aku saja. 

Kami mencari makan di Pantai Klebang, cantiknya lahaiii deretan cahaya lampu sepanjang pantai berlawan dengan lampu funfair, lamanya tidak ke funfair namun kecantikan itu tidak mempengaruhi daktiga langsung. Apabila ditanya semuanya memberi jawapan entah, semua jawapan dalam poket umie sahaja, aigoo. 

Kami melewati satu persatu trak menjual pelbagai menu sepanjang pantai, menunya ulang-ulang, gegorengan bebola, corndog, air, ayam korea, burger, apam balik dan banyak lagi nanti diulanglagi menu tersebut sehingga hujung. Aku pula masih kenyang menjadikan aku pun sudah menjadi daktiga yang kelu lidah hendak makan apa. Bapanya bukan jenis mesra maka kami hanya berjalan mencuci mata sambil membaca menu tertera.

Daktiga minta aiskrim, Arrizqi minta cheesy nachos, tuan asben membeli Korean BBQ Chicken, Adli dengan apam balik crispy nestum yang disimpannya hingga balik rumah dan dua cawan air, air kelapa dan tembikai susu. Kami makan ditepian pantai dan melihat pertunjukan dua orang bermain dengan api. Sebenarnya, aku tidak dapat bayangkan keadaan Pantai Klebang ini dengan hanya cahaya lampu. Hendak menaip entry ini barulah aku research suasana pantai waktu siangnya kerana keesokkan harinya kami menyambung perjalanan ke Johor pula.

Tuan asben bertanya hendak sambung berjalan atau pun pulang sahaja, aku memilih pulang berikutan badan aku sudah letih benar, menua. Sekian setengah hari di Melaka. Nanti kita bercuti di Melaka satu keluarga pula, love Melaka.

Album: Learning Never Exhausts the Mind. - Leonardo Da Vinci.

Journey with the daktiga: Bismillahirrohmanirrohim.

Pantai Siring

hrmmm cenggitulah!

Kerja aku di rumah tuan asben.

Daktiga with eskrem.





Bye, see you next trip.