Monday, 8 July 2013

Ramadhan kali ini.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan menjelang lagi, tahun lepas aku baru sahaja dapat berita pregnantkan Arrizqi, menjelang Aidilfitri, dia sudah pun berusia 7 bulan, muehehe. Tahun ini tiada surprise mengandung lagi, in shaa Allah beraya dengan askar tiga sahaja. Persiapan pun alakadar sahaja, yang penting anak-anak gembira.

Tahun pertama Arrizqi beraya, cute sangat baju raya dia, hihiks. Semua orang teruja hendak buat dengan Arrizqi, belikan baju, belikan mainan terutama tokPapa dan tokMama. Best.

Suka sangat bila dapat berjalan.

Semalam shopping barang dapur, gila ketoi jejak RM600, takut aku tengok jumlah angka tu tapi hendak buat macam mana, semuanya keperluan. Bukan takat RM600 ada plus lagi beli periuk nasi dengan thermo pot. Ganti yang sudah rosak. Sayangnya periuk nasi warna biru, gara-gara abi dah peluk dahulu kotak periuk nasi Panasonic tu. Aku macam biasalah cuci mata port dulang pembakar. Geram je rasa. Banyak pula pilihan sampai aku malas hendak memilih. Thermo pot Elba aku warna hijau, yeay! Suka-suka.

Siap aku beli persiapan Ramadhan untuk anak-anak. Stock kalau-kalau emak malas hendak memasak nanti. Ye la, sah-sah sudah skip makan tengah harikan? Jadi, pada kesempatan ini aku hendak.menyusun sepuluh jari sekiranya setiap bait ayat dan perkataan ada menyentuh sensiviti individu-individu tertentu. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. In shaa Allah.


Selamat berpuasa kepada pembaca hijaucantik.

Thursday, 4 July 2013

Suka la korang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap timbul kejap tenggelam entry hijaucantik ni, muehehe. Kelihatannya seperti dua tiga hari baru update satu entry, alahai tiada yang menarik sangat untuk dikongsi, hanya melalui kehidupan harian yang biasa-biasa sahaja. Sama seperti isteri dan surirumah yang lain juga. So, entry kali ini kerenah anak-anak macam biasa.

Pantangkan? pantang diberi peluang depan mata, sakan mengambil kesempatan, alaa dorang bukan tahu pun apa itu peluang sebab sudah memang begitu kehidupannya. Menjelajah sambil belajar. Biarkan sahaja. 

Semalam, abi off dia pergi ambil kereta. Hrmm, bikin kereta Mini dia balik semula. Daripada Mini cute tu tukar balik kelisa tapi warna merah, aku memang takde hal sangat janji apa aku hendak beli jangan kata tiada bajet, nahas aku bebel berapi-api. Balik dia ambil kereta beli kek. Sudah hidup dengan aku makanya setiap hari istimewa mesti ada kek. Tidak ada makan malam istimewa pun tidak mengapa janji ada kek. 

Naik pening aku dengar Auni membebel, 
"umi, bila abi nak balik ni bawa kek Auni"
"umi, nyanyila lagu bebeday untuk Auni, hari ni beday Auni" - adoi!!!
"umi, abi balik beli kek party untuk Aunikan?"
"umi, bila abi nak balik ni?" orang dah pandai bercakapkan? memang bebel gaya emak betul.

Dengar je bunyi pagar terbuka dia berlari serbu abi, sekali dengan adik-adik ikut.
"abi, kenapa kereta ni?" dia nampak lain macam. Abi keluar bawa kek.
"abi beli kek, abi beli kek, umiii...abi beli kek" tak menyempat-nyempat. Bersorak-sorak macam dapat apa. Seronok tengok dia gembira sampai macam tu.

Untuk birthday girl Auni, kek coklat kegemaran. Puas hati dia bila dapat nyanyi lagu harijadi, tiup empat batang lilin dan potong kek sendiri. Ok, noted. Tahun ni Arrizqi setahun kita buat birthday bash. Suka? In shaa Allah masuk dalam wishlist. Buat sekaligus dengan Adli bulan September. 

Marilah layan dorang. Meriah sangat dapat kecahkan meja, sepahkan rumah. Tak apa-tak apa [emak sambil urut dada]

Gangster betul Adli.

 Menjadi Arrizqi.


Party started. 

Hero on that day.

Little princess, satu-satunya.

Semoga sentiasa sihat, cergas, bijak, rajin, sayang adik-adik, pokoknya menjadi anak yang solehah dan baik untuk umi dan abi serta adik-adik. Proud to you Auni. Love u always and forever.

Tuesday, 2 July 2013

Selamat ulangtahun kelahiran, kakak Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah masuk bulan Julai, sedikit hari lagi Ramadhan pula datang. Masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Ulangtahun Auni yang ke empat. Emak sudah 29tahun, abi masih 28tahun, Auni sudah pun 4 tahun mempunyai dua orang adik. Syukur.

Membesar dengan sangat baik, petah bercakap, suka membebel, suka art, suka buku, belajar-belajar dan terus belajar. Kadang-kadang dia lebih tahu daripada emak. Mendengar dia menyanyi saat mendodoikan adik, adoih...emak jadi serba salah, hendak marah atau hendak ketawa. Mendodoi dengan lagu 'Bintang di langit' tajuknya, bila dia nyanyi bunyi lagu twinkle-twinkle little star, tidak mengapa lagi cuma part menepuk adik tu, macam lepas geram saja lagaknya, terasa hendak tercabut jantung kawan tu. Sabar je la.

Ke tandas waktu siang sangat berjaya, waktu malam kadang-kadang sahaja terlepas. Kalau dia terlepas lekas sahaja dia masuk bilik air, mandi. Baju seluar yang basah direndam dalam besen gaya dialah. Kadang dibubuhnya shower cream, kadang tu berbuih besen dengan shampu siap dengan berus gigi masuk sekali. Janji wangi bilik air emak.

Lain-lain perkembangan seperti juga kanak-kanak sebayanya, bersifat lebih agresif dengan adik-adik, mainan dia hanya dia seorang, mainan adik-adik pun dia punya. Saat paling pening, berebut remote tv, bila tidak dapat mulalah adik-adik jadi mangsa cakaran singa dia. Sampaikan terkeluar gelaran singa betina. Dia tidak mengaku singa, katanya dia nakal macam lipas oggy saja. Walawei...menjawab tu menjawab, berasap je telinga emak ni mendengarnya.

Apapun dia tetap kakak terbaik, mintalah apa sahaja pertolongan Auni akan buat dengan rasa seronok syaratnya haruslah pandai gaya pujukan. Dengan puji-pujian, dasar perempuan suka dipuji, dengan lemah lembut. Hati budak-budakkan? Selembut tisu, setransparent kaca lutsinar.

Auni, kakak kepada Arrizqi dan Adli.

Sama je korang pose.

Aku bangga, Auni tulis nama sendiri.

Auni, walaupun kamu belum ke sekolah, kamu sudah menguasai banyak perkara, kamu hampir sahaja berdikari sendiri, kamu sangat suka belajar sendiri, kamu ialah sumber inspirasi Adli dan Arrizqi. Adli banyak belajar daripada kamu. Jadi, elok sikit perangai tu ye :)

Syukur pada Allah, aku terpilih untuk melahirkan mereka.

Selamat hari ulangtahun kelahiran Auni, semoga terus sihat, ceria, kelakar dan menjadi anak yang baik serta solehah. In shaa Allah.