Monday, 5 December 2011

Pertemuan kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu lepas, ala-ala reunion pula jadinya apabila tiga keluarga datang bertandang ke rumah aku. Huh! waktu malam juga mereka sampai. Macam dulu-dulu juga zaman belajar, hampir kesemua aktiviti berjimba-jimba aktif sewaktu hari malam. 

Jiwa muda katanya. Agak penuh rumah kecil aku memuatkan mereka-mereka ini. Datang hanya untuk melawat Aie. Oni paling gembira, ramai kawan, Aie tidur daripada orang datang sampaila mereka pulang. Bila semua dah  pulang, barula biji matanya celik, siap gelak-gelak bila diagah. Clever Aie.

Berkumpul kali ni, best juga masih ada sesi kena mengena, perli memerli, bersenda suami isteri, usik mengusik antara satu dengan yang lain, memang tak berubah. Terasa bagaikan satu ketika dahulu, berkumpul sambil pekena nasi lemak panas. 

Suami bertemu suami, yang memang sedia kenal tak jadi masalah, berbual daripada duduk bawah, duduk di meja makan, dan duduk di bawah semula. Makin malam, makin meriah, makin riuh rumah aku di lantai paling hujung. Rasa ceria sikit.

Bila jam hampir ke jam 12mlm, mata anak-anak pun sudah mulai memberat, perangainya pun sudah bertukar lemas minta tidur, barula mereka beransur pulang. Tiga keluarga sahabat bagaikan tidak mahu melepaskan detik pertemuan berharga ini. Ini sahajala sahabat yang aku ada ke sana ke mari duduk di KL ni.

Buat pn Izma dan en Kmie, selamat menyambut orang baru ye. Kami doakan anda dipermudahkan proses bersalin nanti, buat pn CT dan en Batu, jangan serik datang rumah pinjam kitorang ni. Begitu juga pn Zura dan en Shah, korang memang sentiasa segar dalam ingatan kitorang. Macam-macam hal, kita dah tempuh sama-sama. Jangan marah, kitorang mengikut jejak korang pula :)

Ye, mereka sahabat zaman aku belajar. 

Dulunyaaa...

Zaman berjimba-jimba: cikIzma, aku, cikZura dan cikCT.

Sekarang...

puan CT aka akak
puan Izma aka Eima

dan

puan Zura aka Zurek
Daripada facebook Zura. Ampun buk, gue cilok u punya family potrait ;)

Dan gambar family aku, hehehe tak ada lagi la. Belum sempat nak buat family potrait lagi. Masing-masing kebusyan, lagipun tunggu la Aie dah pandai senyum melebar nanti, baru cun.

Friday, 2 December 2011

Emosi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Legaaa. Setelah semalam bagaikan beg bergerak dengan sendiri apabila aku seorang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Rumah pengasuh baru terletak di blok sebelah di mana aku terpaksa mengambil lift di tempat letak kereta. 

Aku kena turun tingkat 11 dan mujurnya rumah pengasuh kali ini hanya di tingkat 4, tidak seperti pengasuh lama di tingkat 14.

Masalah bermula apabila, Oni tidak boleh buka mata langsung, kelopak matanya bagaikan melekat. Makanya, dia tidak mahu berjalan dan aku terpaksa menggunakan stroller. Bila Oni masuk stroller bagaimana pula nak bawa Aie? Huhuuu, cabaran sungguhla.

Aku mesej abi, dia cadangkan aku guna pendukung baby untuk dukung Aie. Huaaa, aku bukan tak mahu gunakan pendukung tu, tapiii Aie baru je 2 bulan, aku tak pasti dia boleh menampung kepala dia sendiri. Setelah berfikir-fikir, guna sahajala. Takkanla aku tak pergi kerja gara-gara tidak boleh hantar anakkan? tak relevan langsung alasan.

Dah siap-siap nak keluar rumah, Aie pula muntah sampai basah baju, pening gaknya duduk dalam pendukung tu, masuk rumah balik tukarkan baju. Aku memang agak cerewet bila part hantar anak ke pengasuh, semua nak serba bersih walaupun belum mandi. 

Oni dah tak sedar diri, tidur duduk atas sofa. Bayangkan je la, Aie dukung depan, beg baju Oni ngan Aie di belakang, beg kerja aku dan beg pam susu aku sandang kat tepi bahu. Then, tolak pula stroller ada Oni. Serius, rasa tak macam kaki aku bergerak tapiii beg je yang bergerak.

Mujurla tidak ramai orang menggunakan lift, dah agak lewat. Jadi, aku tidak berasa serba salah menggunakan stroller yang makan setengah ruang dalam lift tersebut. Ramai boleh naik kalau tak bawa stroller. Ada seorang yang memandang simpati kepada aku, hahaaa.

Sampai rumah pengasuh, aku tarik nafas panjang. Geleng kepala kak Ana tengok aku.
'kesiannya, mak dah la kecik. banyak betul kena bawa' aku gelak tapi hati menangis. Macam ni, kalau orang tak sayang, tak hargai, aku taktau la nak kata.
'nak buat cemana kak, abi dorang tak balik. kerja malam terus pergi exam' mulut berkata, dalam hati boleh je nak balik sekejap tolong isteri ni hantar anak. 

Adoiiila anak, korang buli mak korang eh? isk-isk-isk pilu tau. Dan akibat kekacauan emosi di pagi hari tersebut aku masuk opis lambat, hasil tenusu sebelah pagi pun tak memberangsangkan. Petangnya, aku mesej, aku call abi langsung, satu tak reply. Aku memang dah agak dia akan tidur lena dan mentulikan telinganya. 

Aku gakla yang pergi ambil dak berdua tu, macam biasa kakak tak mahu berjalan. Takkan aku nak dukung Oni, dah berapa kilogram tu? Kalau dia tak tidur, boleh duduk selit dalam stroller dengan Aie. Alhamdulillah, sampai je rumah, aku serah semua anak-anak pada abi pula. Tak larat aku.

Rasa macam dah betul-betul tinggal tulang je. Sejak masuk kerja, beranak dua ni aku belum lagi masak makan malam. Masa betul-betul fix. Apatah lagi, Aie kuat ngempeng bila belah malam. Oni makan apa aku makan, order mamak kat depan tu je, makan roti ke biskut ke cicah milo. Kenyang je dia tidurla.

Then hari ini, aku hanya perlu hantar Aie apabila abi offer diri hantar Oni pukul 9am nanti. Legaaa. Abi rajin je nak hantar anak ni, tapi ikut jadual dia la. Aku turun rumah guna tangga, then turun rumah pengasuh guna tangga juga. Exercise. So, aku sampai opis macam biasa. Wiii. Ambil budak berdua tu, aku tak kisah sangat sebab tak kejar masa.

Pembuli emak 1.

Pembuli emak 2. 'Terrrbaekkk'-katanya.

Ni la kan? cabaran bila isteri atau emak berkerja. Go go chayok!

Thursday, 1 December 2011

Rahsia diari peribadi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, masuk bulan Disember. 2012 bakal menjelma. Umur naik lagi satu tingkat. Alhamdulillah kehidupan semakin dipermudahkan. Semoga aku kekal gembira sentiasa.

Well, macam biasa. Bulan 12 adalah bulan aku sibuk mencari diari. Siapa suka tulis diari? Rasanya, rata-rata blogger amat kureng part menulis diari ni kan? Aku masih suka menulis diari walaupun aku ada blog. Kenapa aku suka menulis diari? Mari, aku kisahkan. Mungkin, blogger lain boleh tiru kegemaran aku yang satu ini.

Diari pilihan aku mestilah yang sangat mudah dibawa, tidak semestinya berbentuk journal formal biasa diguna di pejabat, buku latihan biasa pun boleh dijadikan diari. Tapi, aku lebih kepada buku biasa sebab boleh suka-suka men’deco’ tarikh sendiri, bukan tulis hari-hari pun. Kikiii.

Sebab kenapa aku menulis diari ialah aku boleh terus menulis dari hati, segala macam perasaan. Paling-paling lepas geram. Kadang-kadang, walaupun ada kawan rapat yang setia mendengar luahan hati, kita tak boleh juga nak cerita secara kompleks hal yang masuk ‘top secret’ jadi, diari la tempat meluahkan perasaan.

Aku share sedikit tentang diari kesayangan, namanya mrBlackie tahun 2011 punya cerita. Agak cantik dan besar banding dengan 2010 punya. Beli di kedai cenderahati, lebih kepada catatan untuk pelajar university sebenarnya. Aku memang tidak pernah berenggang dengan mrBlackie.

Muka paling hadapan terdapatnya carta organisasi keluarga kesayangan aku berserta tarikh lahir mereka untuk aku semat dalam kepala. Diikuti profil peribadi aku sendiri.


Macam diari formal juga, diari aku mesti ada tarikh dan ruang agenda aktiviti sepanjang tahun. Percutian, mc, annual leave, balik kampung, balik Langat, tarikh lahir kawan-kawan, temujanji-temujanji, ceritakan dengan hanya satu perkataan. Bila ruang penuh, aku akan gembira melihatnya, rasa macam orang yang sangat penting.


Seterusnya, helaian pertama untuk ruangan enrty diari mestilah ucapan untuk hari ulangtahun mrAbi, kekeke. Haaa la, ulangtahun dia kan jatuh 31hb Disember, makanya sebelum bermula tahun baru, hari baru adalah perlu untuk mengingati hari ulangtahunnya.



Bila malas melanda aku tulis ringkas-ringkas je, bila ada cerita panjang-panjang, aku akan tulis cantik-cantik. Tiba pada part emosi, bold-large kan font terbabit, nak lagi meriah deco kan cecantik bagi menarik perhatian untuk baca semula pada masa akan datang. Kekekeke.

Deco-deco.

Laguku di hatimu.

 
Some negative emotion yang tidak wajar jadi ikutan.

Amacam, dah berminat nak menulis diari macam aku? Hihiii. Muka surat paling belakang adalah tempat untuk menulis alamat kawan-kawan dan ruang conteng menconteng hutang piutang. Jadi, part tu agak terabur, serabut, kusut dan comot. Tidak harus dipamer :p

Pesanan aku, jika nak menulis diari, pastikan keselamatannya terjamin. Ye la, satu-satunya tempat untuk mengumpat, mengutuk, melepaskan marah, melepaskan dendam, mencurahkan segala macam emosi. Kalau dah kantoi, habis!!!

Biasanya aku akan lupuskan diari apabila cukup 3 tahun, ataupun aku dah menyampah nak baca tulisan sendiri yang banyak sangat negative daripada positifnya maka tak sampaila 3 tahun. Bila dah lupus, aku dah tak kenang-kenang lagi, biarlah terus berlalu jadikan ingatan sahaja.

Aku menulis suka-suka. Terima kasih sudi baca =)