Thursday, 3 September 2026

Going Back Johor with Daktiga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

So, kita tak perlulah tunggu orang ngajak la ek? kemas dan bersiap ayuh kita.

Yang cuti seminggu, Dia.

Yang cuti sekolah, Daktiga.

Yang mengira cuti, kita.

Jomlah siap dan berangkat, minyak kereta dan touch and go juga siap diisi oleh dia secara paksa rela. 

"bila nak gerak?" tanya tuan asben pagi Isnin, 31 Ogos.

"saya siap mandi, kita gerak" sambil lap table top dapur menunggu mesin cuci habis operasi. Daktiga sedang bersiap, tuan asben sudah pun bersiap. Gitulaaakan, emak bangun awal, emak paling lambat. Menyelesaikan rumah lebih dahulu dengan perasaan berbaur. Bukan tidak biasa. Lepak mamak dulu, mengisi perut dan bersalaman dengan tuan asben pabila selesai makan.

"abi nak isi minyak dulu, umie terus gerak jumpa di Kg. Bemban. Kamera had laju tu alert sikit" pesanannya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan, hatiii memberontak. Kita berpisah, tuan asben akan eskot sampai Kg. Bemban dengan motorbike dan kita memandu Alza dengan daktiga.

Kita yang tidak makan, kita breakfast lebih awal dari dorang berempat ni.

Perjalanan biasa ja, cuma mengantuknya terpaling luar biasa. Baru nak tekan 140km/j tuan asben kejar dok kat depan dengan isyarat suruh dok line kiri, hrmmm. Terasa lama nak sampai Kg. Bemban tapi kata Arrizqi, as co-pilot.

"umie da laju daripada sebelum ni." hang tunggu satgi, lepas Kg. Bemban kita tekan, eheh~

Tengah karok sambil kunyah kulit ayam crispy tetiba tergigit something hard in my mouth, huh~ my tampalan gigi tercabut after a year tampal gigi tu, halaaa dah berlubang balik semula, jadinya tak selesa. Plan B, ikut tuan asben balik Melaka buat gigi dulu, baru balik Johor. Ok cun.

Acaner nak tekan 140km/j Nyah??? kena eskot keliling 😆

Sampailah rnr Kg. Bemban, jumpa tuan asben lagi dan mengadu hal gigi. Tidak lepas ye, untuk bermalam di Melaka. Di suruh kita terus balik Bdr. Tenggara (BT). Ok fine. Sudah terang lagi bersuluh all is do itself. Baiklah, sambung perjalanan keluar tol Kulaijaya, eh menyinggah pula Lotus selepas tol tu ye, ini ambil kesempatan terus namanya, alang-alang. Jalan-jalan sambil melancarkan peredaran darah tapau rerotis barulah ke rumah tokmamapapa.

Alhamdulillah, selamat sampai BT jam lebih kurang 3pm. Lambat? okey je, jalan tidak jem melekat.

Menyambung misi mencari klinik pergigian. Misi diteruskan sampai ke malam dan esok paginya, bersambung............

Sekian kisah Hari Kemerdekaan, 31.08.2026. Selamat Hari Kemerdekaan 69 uols. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

18 comments:

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Uwaaaah lajunya kak cha bawaa😅😅. Pernah juga merasakan tambalan gigi tercabut, memang tak nyaman. Masalah gigi nih saya alert sikit, sebab bahaya kalau gigi sampai berlubang dibiarkan. Sejak ada teman yg meninggal , berawal dari gigi berlubang, sakit, tapi dibiarkan, hingga masuk kuman dan jadi komplikasi kemana2. Sejak itulah tak mau anggab sepele masalah gigi

adnil linda said...

alhamdulillah...selamat sampai..

Puan Hazel said...

Alhamdulillah sampai dgn selamat.
Bab gigi ni, seriau la :(

Roziah @ Cie said...

Ishhh seramnya kalau tampalan gigi tercabut ni.

Ako Retna said...

Alhamdulilah chaa dimudahkan perjalanan balik johor.. semoga perjalanan pulang ke KL jalan lancar juga

Mznimnwr said...

fuyooo drive jauh2! alhamdulillah selamat sampai

Mama Zharfan said...

syukur cha dh selamat sampai. solo driving tu yer. terbaekkk

ch@ said...

fanny: eh, kamu ni menakutkan aku pula. doakanku sembuh fann.
dentist pun pesan, soh jumpa dentist 6 bln sekali, eh malasnyaaa~

ch@ said...

linda: alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulangnya.

ch@ said...

ph: alhamdulillah, selamat pergi dan pulang, tak sesat dah. gigi pun selamat dicabut.

ch@ said...

cie: iya, kita pula tak suka tampal gigi sebenarnya.

ch@ said...

kak retna: alhamdulillah keduanya lancar kak. bertolak awal pagi.

ch@ said...

mazni: kitakan power rangers. alhamdulillah kali ni semua berdikari.

ch@ said...

mama zharfan: fenat dan mengantuknya, ALLAH jua maha mengetahui.

Pizzah said...

A'ah kan. Kita yang bersiap semuanya, tiba nak gerak kita jadi paling lambat. Bertabahlah.
Jauhlah nak sampai Bandar Tenggara tu. Saya kalau ke Selatan Johor tu terasa jauh sungguh. Kita ni dah biasa dok utara Johor sempadan Melaka Nismilan dekat.
Kita ni kalau dok tekan pedal minyak tu tak nampak meter dah. Hihihi...
Aduh, tampalan terbuka tu stress dibuatnya. Dengan sakit dan susah nak makan. Lansung tak berselera makan kan.

Suria Amanda said...

Lawaklah bab kena escort dengan tuan asben naik motor tu! Patutlah tak lepas nak tekan 140km/j, ada polis pengiring kat depan rupa-rupanya, haha! Tapi biasa sangat bab mak-mak bangun paling awal tapi siap paling lambat sebab nak kena settlekan hal rumah dulu. Supermom betul

ch@ said...

fiza: sebab tu boring bila drive sendiri, jln nya panjang seperti tiada penghujung, lagiii lebuh raya, nak kena race dgn lori dan bas dan berlawan dgn mengantuk serta gigi berlubang. hrmmmm...

Mulan said...

Alhamdulillah dah selamat sampainya. Stay strong Cha, hugs. Biasa lah kita bangun paling awal, juga paling lambat masuk kereta. Take care tau