Wednesday, 30 September 2026

Dasar Tidak Boleh Berpisah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Alhamdulillah, sepanjang hari melenyapkan diri, busy wei. Alih-alih Fajjida called jemput datang ke nurseri, suaminya mengadakan majlis selawat dan makan malam sempena Maulidurrasul. Ye, entri delay.

Disebabkan rumah kita terpaling dalam sekali, dan rasanya kita patut hadir dek memikirkan Fajjida banyak sangat membantu bila kita memerlukan. Makanya kita menawar diri jadi grab, untuk pick-up kakMidah, Linda dan Nurul. Nurul kata dia hendak rempit sahaja, jumpa di nurseri. Rumahnya terletak berlawanan arah, bagi kita yang drive boleh saja tawaf sekejap, namun Nurul tidak mahu susahkan kita, see my fren? dorang punya consideration sungguh tinggi.

Lepas Isyak, berdesup bersiap seadanya, kakMidah sudah menunggu, Linda juga sudah menanti. Bila semua berbaju tradisional, rasa macam pergi usrah pun ada. Pergi kelas mengaji, ihiii~ 

Kita sampai nurseri, jumpa Nurul sudah sampai, comella betul-betul rasa macam pergi kelas malam. Bawa mak-mak keluar dari rumah. Fajjida sedang busy ke hulu dan ke hilir. Selesai bacaan selawat dan doa, time for eat. Dasar, memasing simpan perut rupanya, kita kena behave sebab gusi belum betul-betul baik lagi. Makan pun sikit ja. Tiada mood sangat melayankan gusi masih makan jugak. 

nurseri Fajjida yang kita buatkan buku kompeni kali lepas.

melekat berlima, seorang lagi kakAnn kawan Fajjida masa kerja tol.

dengan pipi bengkak sebelah, adeih.

love sangat. team hakak-hakak comel.

sebenarnya, kita dengan kakmidah tu di add-on. ahahaha, kuasa ai kan. 
photo ni dorang bertiga ja lepas hadir majlis solat hajat PSRA keesokkan harinya. kakmidah edit masuk weols sekali.

Selesai majlis selawat, Fajjida mempelawa untuk makan malam, kakMidah, Linda dan Nurul sudah lagak bodyguard, berpesan itu dan ini. Membantu mengambil itu dan ini, aahahahaa kitonyo manjaaah. Walhal yang paling muda si Nurul. Malam itu menunya terlalu banyak, using your foods imagine, atas satu meja panjang tepinya ada termos nasi putih, di atasnya ada satu tray ayam masak merah, daging masak hitam, acar timun, buah tembikai dan oren, satu mangkuk anggur dan tray kecil ayam masak kari untuk dicicah dengan satu bekas roti jala. Serta satu balang air cincau sejuk. Sedap wei air tu. Kita berjalan dengan pinggan masing-masing ke satu bahagian nurseri yang masih kosong, atas buai.

Ahahahaa, macam-macam spekulasi seperti memasing berat 1tan, sabar je la. Kita makan dengan senyap dan terpaling perlahan, menunya pun semua serba satu dan lembut belaka. Linda, kakMidah dengan Nurul sudah 2nd round dengan menu terkenal Nurseri Fajjida, bakso dan laksa. Fajjida datang dengan kuih tradisi jawa ke ea? yang apam macam ufo tu dan bom inti kelapa. Nurul ambil kuih muih almost warna hijau, serba empat untuk kita semua. Kita menyisip sikit kuah bakso kakMidah, memang tidak berhajat untuk makan lagi. Kenyang, alhamdulillah. Kepala sudah ingat rumah, malam bukan?

Tiada gambar makanan satu pun, Syasya pemalu sikit hendak show off kamera. Tiber. Hampir 11pm, kasihankan Nurul yang akan rempit kita berangkat pulang, berpamitan jangan lupa untuk hugs. Kita hantar Linda dahulu diikuti kakMidah dan pulang ke rumah. Lauk pauk dari Fajjida tadi, kita masuk sahaja dalam freezer. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH hadirkan mereka untuk aku. Love.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition

KEJADIAN tak ingat dah. Ahahahaa~ 

8 comments:

Ammi said...

bestlah ada kawan setaman. Ammi takde kawan pun...kadang2 fikir gak kalau mati nanti ada ke orang nak datang ziarah

Mulan said...

Moga ukhwah kekal selamanya. Best ada kawan setaman ni. Pernah merasa di Kerteh dulu tapi bertukar-tukar sebab kami semua pindah randah, bukan rakyat setempat.

Take care & stay strong Cha ❤️. Hugs.

Suria Amanda said...

seronok sesekali berkumpul kan...semoga ukhwah kekal selamanya...kena selalu jumpa kawan2 macam ni Cha...jangan sedih2 ye...hugs

Sueann said...

Bila jumpa kawan2 mcm n boleh heal sekejap masalah dekat rumah...sebab no barriers boleh talk anything..

Carneyz said...

Next level ni mak2 keluar lepak malam2. Biasa kaum bapa je yg lepak mlm2 hihi. Seronok bila dpt jumpa makan2 dgn kawan2 kan. Semoga terus mesra persahabatan kalian.

Puan Hazel said...

Seronok ni berkumpul dgn kawan² .. makan sembang makan sembang best!

Roziah @ Cie said...

Best la ada kawan seangkatan ni.

Syaz Rahim said...

Seronok baca part jadi “Grab” untuk geng mak-mak berbaju tradisional, terus rasa macam rombongan pergi kelas malam.