Monday, 24 August 2026

Portfolio Nurseri Fajjida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Sabtu, setel dengan framecard, siap 5pcs. Fajjida wA minta kita membantunya memilih lebih 30 gambar untuk dimuatkan dalam portfolio, sedang dalam dilema hendak atau tidak tanpa sedar kita bertanya untuk apa, sempena apa, bagaikan formatnya. Tahu-tahu Fajjida sudah pun hanta lebih 50pcs gambar di bahagikan mengikut bahagian tersendiri dan hrmmmm... senang je ni.

Kita send dulu apa yang sudah di asingkan part by part namun dia minta kita edit semula dengan agihan gambar yang baru sudah siap dibahagiankan hanya edit masuk dalam microsoft office. Lagiii senang kerja den, sup sap sup sap, petang Ahad berjaya disiapkan dan hantar kepada Fajjida semula untuk dia print out jadikan naskhah buku. 

Sementara itu, Fajjida dan suaminya berada di luar kawasan melawat anak dorang di asrama mujurlah kita juga tidak ke mana-mana dek kerana tuan asben sibuk buat foodpanda.

Pagi ini, Fajjida sudah pun print out dan jilid selepas tuan suaminya berpuas hati, 
"kemas hang buat Sya, laki aku approved, dia leceh sikit". Syasya memang dicari saat last minit kerja, hahaaa alhamdulillah, seronok dapat membantu.

cucun cucun gambar ja.

feeling buat assignment gitu.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

14 comments:

Pizzah said...

Kalau benda yang kita minat, of course akan dibuat sehabis baik. Seronok bila orang suka dengan hasil kerja kita. Kembang semangkuk jap kena puji. hihihi...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kalau tangan kakak, menyangkut Seni memang menjadi lah 😄😍👍👍👍. Selalu bagus hasilnya. Sampai teman pun dah tahu hasilnya akan sesuai yg diharapkan 👍

Mulan said...

Cha memang berseni memang approve terus lah 🥰🥰

Mama Zharfan said...

org berseni so hasilnya pun gempak!

Suria Amanda said...

Akak sokongggg..meh hugs meh...

ch@ said...

fiza: kita rasa nak terbang, rasa kerusi nak patah pun ada. mmg hati jadi auto munga-munga bila kena puji, aaaa dasaaar!

ch@ said...

fanny: dedulu, cecita nak jadi Personal Assistant kekonon. Alih2 jadi secretary my papa and my asben, jadinyaaa adalah belajar sesikit buat benda-benda begini.

ch@ said...

kak mulan: kita cuma menjadi teman yg bermanfaat je kak, fajjida ni salah seorang teman yg selalu dan paling cepat sampai jika diminta pertolongannya. lepas tu, dia ni mmg jenis tak ambil hati, dia je yg berani kasar dgn kita and me okey with it.

ch@ said...

mama zharfan: serlahkan skill masa study dulu-dulu, itu ja. Alhamdulillah~

ch@ said...

kakak SA: hugs~ eee ingin benar nak jumpa kakak SA.

adnil linda said...

alhamdulillah...seronok bila ada orang nak minta tolong dengan kita...terasa kita diperlukan,, hihihi

Mznimnwr said...

dapat job last minit camni amik upah lebih sikit kak cha! nila masanya kita buat duit ngehehehe

ch@ said...

linda: kita sukaaa sangat, cuma dorang ni selalu malu-malu.

ch@ said...

mazni: mmg dia bayar mahal pun, terkejut kita. rasa mcm kita tak buat betul-betul.