Melepasi 40 siri, buka satu buku kesihatan.
Lepas ambil Arrizqi pulang sekolah, terus meredah jem sana-sini-situ untuk follow up masalah tulang kali lepas, jumpa pakar tulang Dr. Ramesh jam 7pm namun masih tersekat dalam kesesakkan lalulintas. Mujur ada Arrizqi temankan, meriah sikit suasana dalam kereta. Jam 7.15pm tepat sampai parking Putra Medical Centre (PMC) dan menunggu.
Kita giliran yang ke lima tapi di pangkah dengan giliran ke 6, eh? eh? tapi takpe, kita rileks-rileks saja, sebenarnya pelik mengapa mesti di follow up? bukankah sudah selesai pada pertemuan kali lepas? mari kita.
Macam biasa bla-bla-bla, ujian tangan, bangun duduk dan doktor suruh fisio. Yang paling tidak boleh lupa boleh pula dia tanya tahap pendidikan kita ni?
"sekolah?"
"u sekolah sampai mana? SPM?" tanya Dr. Ramesh.
"diploma computer engineering"
"ok good, nanti u Google, Cervical Spondylotic Myelopathy, I rasa u boleh faham sakit u ni dalam Bahasa Inggeris" terangnya seraya menghulur sekeping nota.
"owh, boleh chatgpt kan ada. pastu kena pergi fisio ke doktor? selain pergi fisio, boleh buat senaman sendiri tak?" Syasya cuba tawar menawar. Eh, tak rajinnya fisio-fisio bagai ni.
"boleh, nanti ada video sekali dalam Google tu, sakit u ni terlalu awal u dapat, patut dapat dalam umur 55 dan ke atas" terangnya lagi, kita hanya menyengih saja, hehe~
"sakit ni masih peringkat awal, jika u rasa amat sakit u datang jumpa sayalah. kurangkan buat kerja yang u suka buat, banyakkan rehat"
What? alaaaaaaaaa saya sayang meja kerja saya, ottoke??? - dalam hati saja.
![]() |
| "ayuh kita karoks Ersyad" |
![]() |
| jangan tak makan ubat tu umie - arrizqi. |
Cervical Spondylotic Myelopathy adalah keadaan di mana saraf tunjang (spinal cord) di bahagian leher terhimpit akibat proses penuaan, haus, dan lusuh. Ia adalah penyakit serius yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal jika tidak dirawat.
Punca terjadinya CSM apabila struktur tulang belakang di bahagian leher (serviks) merosot:
- Cakera menyusut: Kusyen di antara tulang belakang menjadi haus dan kering.
- Pertumbuhan tulang tidak normal: Tumbuhnya bonjolan tulang (dikenali sebagai bone spurs atau osteofit) yang menekan saraf tunjang. - that's me.
Gejala yang menyebabkan kita ke hospital sebelum ni:
- Pergerakan tangan terjejas: Sukar melakukan tugas yang memerlukan kemahiran motor halus (seperti butang baju atau menulis).
- Lemah dan kebas: Rasa kebas, kesemutan, atau lemah pada bahagian tangan dan kaki.
- Masalah keseimbangan: Kaki menjadi goyah, sering tersandung, dan berasa tidak stabil ketika berjalan.
- Kekakuan: Leher terasa tegang dan sakit
CSM biasanya tidak boleh pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Pilihan rawatan ditentukan oleh doktor pakar dan boleh merangkumi:
- Pemantauan perubatan: Bagi kes yang sangat ringan tanpa menjejaskan fungsi harian.
- Pembedahan: Prosedur pembedahan mungkin diperlukan untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang dan mengelakkan keadaan daripada terus memburuk.
- Fisioterapi: Selepas pembedahan atau untuk pengurusan gejala.
Doctor, my workstation is my comfort zone okey. I try my best for love my bone, hehe.
![]() |
| new project, lari dari paper quilling sekejap. |
![]() |
| last order. |
![]() |
| 2nd last order. |
![]() |
| peneman petang. nextyear, kita tak keluar waktu petang sudah. |
Mujur siap quilling frame yang terakhir ni, nanti kita sambunglah ye. Asben bebel. Doktor bebel. Kekawan blog bebel, thank you semuaaa, love.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.






26 comments:
Dah semakin berusia ni gini la kan. Ada jela penyakit yang mengintai2. Semoga semuanya baik2 saja.
Bila masuk 40 mmg mcm2 benda pelik2 jadi...x pelik pun sebenarnya...hanya yg sampai that age baru tau rasa tu mcm mana...
Ingat pesan arrizqi tu Ummi. Okay nak bebel sekali, kena rehat banyak. Jaga diri, sayangi diri. Kemain dak tu siap berkaca mata hitam ye.
Semoga cepat sembuh Cha. Faa doakan agar urusan Cha sekeluarga dipermudahkan Allah. Aaaa taccodd nak hampiri umur 40.
Ubat kuning tu bionerv ke? kalau betul, memang bagus ubat tu.. Sis pun makan.. kalau orang ada kencing manis, sangat di syorkan makan ubat tu, elak tulang reput
Saya jadi tahu ttg penyakit ini. Uwaaah ditambah hobi kakak yg memang membutuhkan ketelitian, tapi terpaksa membuat postur leher juga banyak tekanan jadinya yaa. Semoga dengan obat2 yg diberi, bisa menghilangkan sakitnya kak.
Utk fisio, kalau memang itu salah satu yg wajib dilakukan, tak apalah yaa. Demi kesehatan kakak juga ☺️🤗.
Ps. Melihat design yg Ka'bah itu, saya sukaaa yg itu. 😍😍😍. Tapi kakak masih boleh terima order atau sudah stop samasekali?
shafakillah...May Allah ease for u
cie: begitulah kehidupan. tq cie, u too take care.
sueann: kitaran kehidupan.
fiza: baik awak.
blk skolah silau, cari spek 😎
faa: no worries and tq so much faa.
sislin: neutrobion, eh ye ke? yg vitamin B saje kandungannya.
fanny: ooo buat ja, buat masa ni customer nak paper art lain style. taklah nak stop, i love quilling paper art.
mama zharfan: tq mz, inshaaAllah.
Cantikkkk quilling nya. Tapi tu lah Cha kena juga ikut cakap Doktor. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya tau. Tak bebel tapi nak hug 😍
Semoga cha cepat sembuh k... paham, meja dan kerusi ada lah tempat terbaik utk awak tapi maybe kena kurang² kan la lps ni k.... jom kita healing² 😉
Shafakillah Cha.. Kesihatan tulang leher tu lagi penting sekarang ni. Betul kata doktor dan Arrizqi tu, kena banyakkan rehat. Kedai quilling cuti sekejap tak apa, kesihatan diri nak guna lama. Jaga diri baik-baik tahu
kak mulan: hugs.... (sambil ketawa menyeringai). tq kak mulan.
kak retna: alaaa....alaaa... alaaaa when kak when? rojer naaah~
kakak SA: quilling mmg stop kejap, tapi buat je... cuma ada request yg lain tu, caner? hahahaa kena siapkan juga la. insyaaALLAH i care myself 1st sista, tq so much kakakSA.
take care cha... mmg kena rest byk tu.. buat yg ringan² je lah xyah bertukang sgt
sebab banyak buat kerja menunduk ke? semoga kak cha sentiasa diberikan kesihatan yg baik
kakmim: but i love art so much kak, how? ihiii~
mazni: betul. terima kasih sista. eee rasa nak jumpa awakla.
take care sis... ur comfort zone penting juga, tapi jangan sebba comfort zone, hilang nikmat sihat... chaiyookkk.. nanti nak kena jumpa lasttt...
linda: alaaa, advice sama dgn kak SA.
Post a Comment