Rasa dah macam narsisis pula bila part quilling paper art ni. Uols tolong ketuk sikit aku ni, ingat-ingatkan jangan terlalu memuji diri sendiri, adeih~ astaghfirullah!
Masa yang dinanti tiba juga, sambil menggulung sambil otak berfikir bagaimana hendak simpan sementara apabila semua kertas A3 yang telah diquilling dicantumkan. Aku perlu buat kemasan terakhir sebelum betul-betul boleh masukkan dalam frame.
Masa buat part by part, ianya masih boleh simpan dalam fail keras saiz A3 yang memang dibeli khas untuk simpan meskipun tiada warna hijau atau putih. Rasa aneh barang art bukan warna putih atau hijau, huh! Bila A3 tambah A3 ianya jadi lebih lebar bukan?
Aku jeling kotak beli meja lipat mudah alih yang belum dikitar semula, okey kita modified dulu, bolehla sementara. Selepas siap 2 A3 ni nanti, aku perlu sambungkan lagi menjadi A1, aku jeling lagi kotak peti ais atas sangkar kucing, ahahahaaa~ Syasya sebolehnya tidak mahu beli apa-apa lagi, kerana ianya akan digunakan sekali sahaja.
Okey cun, jadi aku sambung quilling untuk 2 saiz A3 lebih dahulu, rasa macam pelukis pelan pun ada, ahaaa~ berangan. The fact, pelukis pelan juga merupakan salah satu cecita aku dulu. Aku ingat lagi, nama cikgu tu Cikgu Ahmad Kassim dia tanya aku
"No'o'rul, apa cita-cita awak?" aku blur. Darjah satu pakai gaun, rambut ikat dua, ditanya cita-cita. Ada tiga, pelukis pelan aku ikut member baik tanpa tahu ertinya, peguam syariah sebab mama yang suruh, tengah tengok berita tentang kes mahkamah dan penulis, yang ni sebab suka baca komik. Jadi, mana yang sangkut?
Eh, terkenang zaman bebudak dulu. Jauh sudah meninggalkan darjah satu 1991. Jadi, marilah kita buat yang sehabis baik. Semoga Syasya diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakannya. Nanti kita singgah blogwalk okey.
![]() |
| Bahagian bawah, banyak hendak kena baiki semula. Tangga tu bakal ditukar dengan tali. Yang kosong, kena tambah quilling lagi bagi penuh. |
![]() |
| Tengah modified yang ni, dinding senget, kena buka semula. Uhuuu~ |
Jangan terlalu dimenung letihnya secebis usaha, tetapi renungilah manisnya akan secebis kejayaan.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.





18 comments:
Cantiknya. Rajin betul cha buat yang renyah gini.
fuhhh impressive sgt niiiii.kagumnyaaaa saya tgk ur artwork!
It's ok untuk puji diri sendiri...siapa lagi nak puji..tapi, memang lawa lah...saya sangat suka...lawaaaa sangat awak..
Frame dia, tempat khas ke?
Cantiknya quilling.. saya pon minat gak waktu mula² viral dulu.. sanggul beli jar quilling yg kecik tu walau 50 hengget harganya kat kedai arts di midvalley.. sekarang ke mana tah semua.. lebih 10 tahun dah..
Tak sangka ye, hasilnya boleh sampai secantik ni...
Sangat detail
Cie: Sebenarnya, ada seseorang yg meminta, uhuuu~
Mama Zharfan: Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. Syukran ukhti, selalu beri saya sokongan.
Linda: Iya, ada frame saiz A1. Terima kasih selalu support akak dek.
Sodep: Iya, saya pernah lepak kedai art di MidValley tu, nak beli tak mampu, mahal bebenor all the items. Maka saya belajar sendiri, dgn izin ALLAH sampai hari ni.
uncle gedek: Sampai kena buat spek mata la, rabun kekdahnya, adeih~
Fuhh..bukan mudah ni. Kagum ah! Kita ni kalau buat A6 pun dah rasa jenuh. Inikan A3 yang kena buat beberapa keping. Terbaiklah Sya. Ini bukan secebis kejayaan, ini selautan kejayaan. Tahniah Sya berjaya buat satu masterpiece.
Seni quiling paper ni memang sangat cantik ..nak buat pun kena sabar baru nampak cantik susun kemas
Aphizha: Wah, masterpiece? semua dgn izin-NYA. Ditambah dgn sokongan padu teman-teman seperti kamu. Terima kasih sangat, love!
CCL: Betul. Kadang bila dah siap, rasa sayang nak beri pada customer, ahahaha~ sejenis angau dgn artwork sendiri, walhal biasa-biasa saja. ALLAH izinkan jadi artwork tu cantik.
Ibu jari ada dua je nak tunjuk sangat awesome. Namun ianya mewakili beribu jari, pasti semua kagum dengan hasil Cha ni.
kakMulan: Segala pujian ALLAH juga yg selayaknya. Dengan izinNYA kak, mengurniakan idea utk semua ini. Sokongan padu teman-teman seperti akak pun dapat membantu kita jadi lebih semangat.
Nasib Cha jenis yang super sabar..kalau kak SA x tau la jadinya apa
kakSA: kakSA sabar tempat lain, seorang mother adalah insan sabar pada tempat masing-masing.
Post a Comment