Nampak macam sama hakikatnya memang ada yang berbeza.
Nampak macam kuat hakikatnya entah berapa kali rebah namun tetap tidak putus asa.
Nampak macam tidak apa-apa hakikatnya hati telah remuk berkecai.
Nampak macam biasa hakikatnya diabaikan berkali-kali.
Nampak macam ceria hakikatnya menangis menanggung emosi.
Nampak macam bahagia hakikatnya kepala merekod segala macam cerita duka.
Nampak macam baik-baik belaka hakikatnya melalui pelbagai perangai.
Kita nampak sama namun hakikatnya tetaplah tidak sama. Kita hendak buat apa? Raikan sahaja.
Ujian kita takkan sama kerana kita punya kekuatan yang berbeza. Kita kekal istiqomah, kita kekal kuat. ALLAH swt setiasa menunggu tangisan dan aduan hambanya.
#donejiwangs #don'tcryingsyasyaisstrong
Syeseyekali uols, alhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. Minggu peperiksaan sudah bermula. Aku menghilang!
11 comments:
Allahumma yassir
Apapun ujian mendatang, hadapi dengan tabah dan sabar...semua orang x sama dugaannya, x sama size kasutnya...adakala allah uji sebab allah syg kan
ujian semua orang tak sama...insya-Allah, semoga kita kuat menghadapi segala ujian..Aamin
Semoga urusan dipermudahkan.
Hidup jalan terus!
Mama Zharfan. Bola Katok:
Allahumma Amiiin.
kakak Suria Amanda, adnil linda:
setuju. betul tu. amiiin YRA.
uncle gedek:
Ayuh kita!!!
Deep dan real! Kadang yang nampak kuat tu sebenarnya paling banyak berjuang dalam diam. Semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan hadapi ujian. Stay strong, ya! 💪✨
Cerita setiap orang berbeza. Emosi juga kadang naik turun. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sentiasa doa yang baik-baik.
AhmadiKatu.com, Aphizha:
SETUJU!
Moga dipermudah urusannya ya.
thank you kak Ezna.
Post a Comment