Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
![]() |
sukanya. |
![]() |
cantik pula pintu tu, ahaaah tiber! |
Permulaan Mei, perjalanan muka baru, bermula. Setelah berhempas pulas daripada bulan sepuluh tahun lepas hingga bulan empat tahun ini, siap juga quilling untuk penuh dua lembaran bersaiz A3. Kita masuk lembaran ketiga, semoga tabah dan terus didatangkan idea kreatif yang mencurah-curah. Syukur alhamdulillah.
Celik mata pagi ini, dihidangkan dengan ruang tamu berselerakan, meja makan penuh dengan carikan tisu dan goreng pisang yang tidak bertutup semalaman, masuk ke dapur naaaaaah! dengan bakul dan tapawe makanan kucing bergolek, emak tidur awal malam tadi kesemua anak ambil kesempatan berpesta ria gamaknya.
Aku nak prepare bahan masak, teman-teman si Auni hendak datang melepak hari ini, dorang rindu aku la tu, hahahaaa! dua hari lepas mereka telah mengambil Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (UBBM dan UBBI) untuk Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (2025) nanti. Auni dan Intan sudah bercerita pengalaman masing-masing untuk kali pertama melaluinya, tajuknya mudah, ideanya banyak namun biasalah bila sudah one by one, face to face siapa aja yang tidak gigil. Kena banyak latihan, kena banyak membaca, kena banyak berinteraksi untuk bina keyakinan - memang bukan aku, ahah! Kejap lagi, jika tiada aral melintang bolehlah aku mendengar cerita Fara, Iman dan Icha (sekiranya mereka jadi datang).
![]() |
Auni, Intan, Fara & Icha 1 Mei 2024 |
Baik, anak kutip kembali membuat onar, marilah kita menjadi tarzan hari ini.
What's going on my holiday today?
Mak-mak mana ada holiday, kita kerja on as always. Ayuh la kita. Salam Hari Pekerja.
![]() |
22 comments:
Cantiknya quilling tu Ch@... Boleh ambil order ni.
Anak kecik, sampai anak yang besar ni, masih jadi Tarzan. Dengan ayahnya kena kalau tak kena masa hehe.
Wahhh cantik je kejadian nya....ada buat jualan ke.
Salam dari New Follower
kak Mulan, iya kak ni customer punya la ni. dia bagi cabaran membuat quilling bersaiz terpaling... hrmmm...
Hai salam perkenalan. Jualan ke ea? hobi je ni. Orang order kita buatkan. Banyak letak di instagram @sya2chwimi.
Semoga maju jaya
Sslamat Hari Pekerja dan selamat bercuti..
Orang tangan seni cantik je buat ni.... kalau bagi uncle... huru hara!
quilling tu awesome sgt!
Sampai komik pun berselerak. Sakan diorang party ye. 😂
fairus, Alhamdulillah, selamat semoga selalu dalam rahmat ALLAH.
uncle gedek, seni uncle di bidang lain.
MZ, terima kasih MZ, kena kerah idea lagi ni.
Bola Katok, dulu daktiga yang buat, sampai kosong kabinet tu, laaaniii dakkutip ni pula, aigooo.
Ya ampun kak, cantiiiik sangat quilling nya 😍😍😍😍. Memang berbakat seni sangat tangan kakak 👍👍👍👍. Kalo saja dekat, nak pesan juga quilling begitu 😄
cantik la quilling tu cha... boleh frame tu
cantik quiling tu... so creative
fanny, terima kasih fanny. dgn izin ALLAH bagi idea mencurah-curah.
kak mim, iya kak mmg utk di framekan, taksiap lagi makanya blm boleh diframekan.
mummy ayu, terima kasih MA. bila da siap mmg rasa sayang nak lepaskan. adeih!
Cantiknya hasil quilling art tu. Sabar je lah kalau anak kutip buat onar. Nak dimarah bukan faham. Huhu...
betulla tu, kita marah kita pula tambah emosi.
Post a Comment