Friday, 16 May 2025

Selamat Hari Guru 2025.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebulan awal aku telah menyediakan sedikit cenderahati untuk guru kelas daktiga. Aku usahakan membayar yuran PIBG sebelum hari guru menjelma, kita permudahkan urusan orang, ALLAH swt permudahkan urusan kita.

Disebabkan guru kelas daktiga kesemuanya wanita, maka... ku hadiahkan sehelai apron bersulam "Best Teacher Ever", dua batang pen dan sekeping fridge magnet berlabel hari guru. Aku siapkan juga sekeping tag kad untuk kenang-kenangan yang dihasilkan daripada tag baju zumba dahulu, kes sayang hendak dibuang lepas bertahun mulalah terasa semaknya menyimpan.

Balut dengan mudah kerana ketiganya sejenis semua kasi sumbat dalam beg, aku balut dengan sugar paper dan ikat reben diluar. Tidak rajin hendak mencipta kotak daripada kertas kotak yang sudah dilipat susun untuk di letgo ke lori recycle. Apa ada sahajalah. 

Hari ini juga, hari ulangtahun kawan aku Intan, jangan tanya nama penuh dia, aku taktahu. Dia punya sambal bilis hijau sangat sedap dan nasib baiklah dia masih belum lupakan aku, ahahahaa. Mana tidaknya, jumpa pun sebelum PKP, lepas itu memasing entah ke mana-mana, pernah sekali terjumpa di depan sekolah, berborak, siap peluk-peluk, kita suka orang peramah, selebihnya kitorang bersembang di IG sahaja. Setiap tahun aku akan wA dia untuk memberi ucapan hari ulangtahun kelahiran, aku susah hendak lupa ulangtahun dia sebab satu tarikh yang sama dengan crush drama Korea aku, si Joo Ji Hoon oppa! hehee...

"kenapa suka dia? eee tak ensem!" kata kawan aku bila dia nampak drama Joo Ji Hoon di story IG aku. Eh, crush aku suka hati akulah kan, hahahaa. Biar tak ensem janji berlakon tak kayu. Saeng-il Chukhahae Oppa! 

Di hari guru ni juga, entah datang angin sepoi-sepoi, aku pergi basuh dua helai karpet di ruang tamu. Aku sumbat dalam mesen cuci pakaian tu, tukar setting duvet- duvet tu pebenda wei? jap tranlate sat. Ooo cam cadar/selimut yang tebal tu ea, takpe la dah selamat dicuci karpet TTShop tu. Sikit jam lagi kering la tu, boleh terus bentang semula. Sudah rupa padang bola rumahku jadinya. Bila tuan asben tiada, memang kepala aku memacamlah hendak dibuat. Bila dia ada, eheh! tiba-tiba rasa tiada tenaga, semuanya jadi tidak rajin.





teacher at home, driver on the road.

So aku hendak pergi ambil si Auni pulang sekolah, ada kelas matematik tambahan sebelah petang dan dia tidak mahu balik dengan adik-adiknya. Special treatment betui pempuan ni, kesayangan tuan asben, muehehe! Selamat Hari Guru. Semoga semuanya dibawah rahmah Allah swt, daaa...
GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN 

9 comments:

anamizu said...

cantiknyaaaa wish card! suka sangat pilihan font tu!

adnil linda said...

Sama juga... Hari nie hari guru dan birthday besties.. Dalam group yang sama.. Senang wish sekali.. Tak perlu nak personal sorang2.. Hihihi

Mama Zharfan said...

cutenya hadiah tu

Mulan said...

Kreatif betul Cha, cantik gifts, bertuah cikgu2 yang dapat.

fairus said...

Untuk hari guru tahun ni, saya sediakan hadiah buku untuk anak-anak saya hadiahkan kepada guru-gurunya.

Aphizha said...

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik. Mesti seronok cikgu² perempuan dapat hadiah yang disediakan tu. Bersemangatlah cikgu nak memasak guna apron baru. Kannn...

Joo Ji Hoon tu betul, berlakon tak kayu. Latest Drama tengok Trauma Code tu. Tak puas pula tengok K-Drama yang pendek episodnya.

Begitulah, kalau tengah rajin tu banyak benda yang nak dibuat. Extra rajin tiba-tiba.

Cikgu kat rumah pun cantik manis. Memang lumrah seorang perempuan begitu kan. Nak layanan istimewa. hihi...

ch@ said...

anamizu, mama zharfan, Mulan:
ahaaa terima kasih, kita main acu gitu ja. janji kemas dan sedap mata sendiri memandang.

adnil linda:
lagi mudah.

fairus:
buku, kami dah pernah beri untuk cikgu sekolah rendah sebelum ni. sekali dgn wishcard macam biasa.

Aphizha:
terima kasih sudi singgah.
terasa diriku dihargai, aaagitu!

Ezna Khalili said...

Suka font Intan kat kad tu.

ch@ said...

kakEzna, that's my handwriting. hiii...