Thursday, 8 May 2025

Smartwatch Tanpa Pengecas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bingung aku memikirkan bagaimana hendak cas smartwatch ini, sudah dibeli pengecasnya namun tidak serasi, tidak ngam. Hendak cari semula butiran lanjut, aku malas. Pula tu, smartwatch aku dan Arrizqi adalah tidak sama jenis. Maka, aku kena cari akal. Hendak beli pengecas lagi, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Boleh beli, kena cari kedai yang memang supplier brand yang sama - ini tidak rajin.

Setelah membuat penyelidikan di youtube maka terjumpalah satu video "How to charge smartwatch without charger." Aku ni, setengah part memang menggigih. Smartwatch Adli tu, lawa pula memang sayanglah jika tidak berfungsi.


Klik je la link tu ada caranya, guna kabel USB yang biasa-biasa tu ja, aku ikut betul langkah demi langkah dalam video. Jenuh gakla, tapi bila tengok bateri smartwatch tu penuh, happy beb! Adli kata terbaikla umie, you are genius! hahahaa. Sedangkan Adli sudah beli jam tangan baru kerana sekolah tidak benarkan pelajar memakai smartwatch kerana pelajar jadi leka main game di smartwatch.

Bila Adli tidak mahu pakai, Arrizqi juga ikut tidak mahu pakai. Keduanya diberi kepada aku sampai aku kehilangan smartwatch aku sendiri, entah di mana letaknya, sampai ke hari ini aku tidak berjumpa. Bolehlah aku pakai ikut turn cuma aku pula jadi tak rajin nak workout, hrmmmm.

rasa mcgyver sangat.

sedang operasi.

done.

Sekian cerita random, semoga semuanya baik-baik sahaja. Nanti, aku marathon blog ke blog. Daaa...

13 comments:

Suria Amanda said...

Tertinggal kat Pluto kotttt...hahahah...akak baca entry ni baru ingat husband ada belikan smartwatch..mana ntah akak letak..akak punya yg kena cas tu..maleh plak nak cas...

Ammi said...

Kalau disekolah pakai smartwatch tp tak bawa fon boleh main game juga ek?

adnil linda said...

memang Mc Gyver sangat...smartwatch anak ada game..cikgu tak bg pakai juga...smartwatch linda takde pula game... hahaha

Mama Zharfan said...

wahhh terbaekk laaa!! memang kena rajin godek2 en google if nak try diy apa2

ch@ said...

kakak Suria Amanda:
ahahahahahhahahaaa... iyala, nnt balik pluto sambung cari semula. cari tau, kita suka cek tekanan darah guna smartwatch.

Ammi:
sebab boleh tu la tidak dibenar pakai smartwatch. kita pun baru tau Ammi.

adnil linda:
samala. mak punya mahal tapi takde game, anak punya bawah sikit lagi canggih.

Mama Zharfan:
betul tu, cuma medsos ni jangan disalahguna tu je la.

Aphizha said...

Memang geniuslah umie! Rupanya ada cari lain untuk cas ye. Nampak gaya lepas ni umie kena rajin workoutlah dah dua dua takmo pakai.

Bola Katok said...

Lama pulak tak tengok citer MacGyver. Dulu RTM pernah tayang. Terngiang-ngiang pulak lagunya tu.

Ada sekolah tak benarkan jam macam ni. Betul lah tu. Boleh leka main game.

Wak Lat said...

hebat tu leh diy sendiri,, hehe

ch@ said...

Aphizha: dorang perli secara tidak langsung. isk!

Bola Katok: hahaaa, kan. Melekat citer tu. Kitanya baru tau smartwartch tu ada game, selama yg sendiri pakai memang tak ada.

Wak Lat: usaha tangga kejayaan katanya, bolehla!
u can do it too!

Mulan said...

Hubby tanya nak smart watch ke. Saya kata hp pun kadang malas nak charge apalagi smart watch.

uncle gedek said...

Lah... tak sangka boleh buat camtu eh?
Tapi jam uncle takde pulak punat dua macam tu?

ch@ said...

Mulan: kan? byk sgt nak dipakai, kita pun tak beli, adik ipar bagi gift beday, yg anak2 ni mmg dorang request, skali takleh pakai ke sekolah.

uncle gedek: uncle kena paham, mungkin ur jam tu hardwatch bukan smartwatch. kan ada pepatah, don't workhard but worksmart. aaagitu! kena tak?

Ezna Khalili said...

Ada juga smart watch tapi lama tak pakai. Batt dia pun rasanya dah habis. Hehe