Wednesday, 21 May 2025

Misteri "x".

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk minggu ke dua daktiga menghadapi Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) 2025, bahasa pasarnya periksa tengah tahun. Sebagai emak, aku hanya mengerah dorang membaca buku dan melayari nota subjek di tiktok, hahaaa. Lawa-lawa kot nota yang dikongsikan, aku pun jadi hendak ikut belajar sama. 

Aku tiada masalah sangat dengan Auni dan Arrizqi yang nampaklah juga "belajar"nya cuma si Adli, yang nombor dua, penghidupannya itu sama je, peperiksaan atau tidak "saya kan dah masuk tidur awal." gitu je? gitu je? at least berlakonlah sikit. Buat rasa-rasa vibe peperiksaan. Petang semalam, Arrizqi turun dahulu mendapatkan aku. Senyum.
"Sains tu, senang je umie. Yang saya baca semuanya keluar." ujarnya sambil diperhatikan kakMidah dan Linda.
"Matematik?" aku bertanya.
"okey je, awal-awal tajuk senang." jawabnya sambil berlalu ke kereta. Itu Arrizqi. 

Tidak lama kemudian Adli pula sampai bertanya sama ada emak ada beli kudap-kudap atau pun tidak.  Semalamnya, dia sudah kongsi ayam gunting dengan Arrizqi. Emak jawab tak ada, jom balik makan di rumah saja.
"so macam mana misi mencari x?, okey ke soalan?" emak bertanya.
"saya tak hafal satu rumus, tak sempat hafal Syafik ambil kertas umie print tu." lah! Matematik, kena banyak buat latihan.
"jadi tidak jumpalah dengan x?" tanya emak sambil tergelak membayang perbualan Isnin lalu.

"Matematik senang tak Ersyad?" emak bertanya sewaktu dalam perjalanan balik sekolah.
"senang je" jawab Arrizqi, dia dengan Auni memang suka matematik. 
"mana ada senang, adik tunggulah tingkatan 2 nanti, asyik kena cari x je!" tiba-tiba Adli menempelak. Emak diam, mencerna. Dalam fikiran, iya tak ya juga. 
"x ada sebelah y" jawapan Arrizqi buat aku tergelak, laju kepalanya berfikir. 
"nama je matematik tapi semuanya huruf abc, xyz punca kuasa, tiba-tiba cari x? lah! apa masalah dengan x tu pun taktahulah! misteri betul!" Adli meluahkan rasa berbukunya, membuatkan emak pun jadi berfikir sama. Aku dulu pun kena cari x juga? kaaan?
"kat jawapan takde ke bang? x sebelah y" Arrizqi meng'api'kan perasaan si Adli. Walhal dia pun mengadap sama je, cuma Arrizqi ni nampak suka belajarnya.
"adik tengoklah nanti, daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5, asyik cari x ja villain betul." part ni emak dah berdekah. Berdendam betul Adli dengan Matematik. Lama lagi hendak habis sekolah Adli.
"abang berdendam betul dengan x ni!" emak menambah, macam rasa boleh meredakan emosi Adli.
"entah apa gunanya si x tu bila lepas sekolah, cukupla saya tahu kira tambah, tolak, darab, bahagi, nilai duit, untung, rugi" bebelnya lagi. Ya ALLAH anakku! emak hilang kata-kata. Hendak menyokong, perkataan terbaik hanya tersekat dalam kepala sahaja. 
"takpela bang, abang score mana yang boleh, saya taknak markah tu merah. Itu ja!" emak percaya, Adli sejenis nampak tak belajar, bila keputusan dia boleh cemerlang. Selalunya memang cikgu sahaja yang akan nampak potensi dia.

Hari ini kertas Pendidikan Islam dan Sejarah, kata Arrizqi boleh cair otak hendak kena baca semuanya. Emak hanya gelak, emak tolong mana yang boleh sahaja. Selebihnya diri sendiri kena berusaha. Minggu peperiksaan jadual waktu balik Auni pun tidak menentu, ada hari balik awal ada hari balik lambat kerana ada kelas tambahan. Apa-apa yang berkaitan belajarnya ni, semuanya kena bermula awal. Sekian bebelan emak-emak.

Borak dengan anak-anak SMK ni, kena jadi macam member, baru seronok. Semoga diterangkan dan ditenangkan hati untuk menjawab soalan peperiksaan. Sikit je lagi, minggu depan cuti sekolah pun bermula. Let's go!

abang-adik.

my chaotic duo

with daktiga

18 comments:

adnil linda said...

ya Allah, linda ak tahu lah...dekat rumah nie lansung tak nampak belajar...uwaaa, mak yang stresss...

adnil linda said...

* tak tahu

Mama Zharfan said...

my ariff ari ni exam subject bahasa arab dan pendidikan syariah islam. memang minggu exam la sekrg ni

Ezna Khalili said...

Baguslah kalau belajar tanpa disuruh. Kalau disuruh tu kadang jenuh juga kita.

fairus said...

Anak saya yang sulung SPM tahun ni.. Rileks je dia, saya je yang tak rileks dengan dia.

ch@ said...

adnil linda:
ilmu dorang tinggi betulkan? nmpk tenang sungguh.

Mama Zharfan:
benar, rasanya hampir semua sekolah minggu peperiksaan sebelum cuti sekolah.

kak Ezna:
sungguh, mujur seorang saja yg luar biasa. buat semua sekali perangai Adli, mau fening emak.

fairus:
kita yg nerves melihat mereka rileks. adeih!

AhmadiKatu.com said...

Wah, drama cari 'x' ni memang tak pernah habis sampai habis sekolah! Emak pun kena standby popcorn tengok aksi si Adli ni. Semoga minggu peperiksaan ni lancar, jangan sampai 'x' hilang terus macam mood belajar dia ya!"

ch@ said...

AhmadiKatu.com:
emak kena lagi bijak dari dia. tapi otak mak da beku.

Mulan said...

Anak2 ni kadang kena pujuk untuk study, aduii kita yang nervous. Diorang relax je.

ch@ said...

Mulan: itu la tu, kita nak ikut join belajar pun, kita yg over, dorang tetap steady!

umifuzy said...

tiber teringat kenangan waktu anak2 nak periksa, mak2 yg akan nervous

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Maaf kak saya tergelak bacanya 🤣🤣🤣. Adli ini mengingatkan saya ke diri saya sendiri saat masih sekolah 😂. Memang benciiii matematika. Sin cos tan, integral, cari X Y Z , ntah apalah... Sampai saya marah juga, coret di kertas ujian, apa guna cari ini saat dah besar 🤣🤣🤣.

Nasib baik anak saya tak sebening itu dengan matematika 🤭

Lagi ujian tengah tahun ya di sana? Di sini pula final exam. Krn July nanti tahun ajaran baru

anamizu said...

terus teringat X tolak Y = Y jauh , Y mintak tolong dialog si Jozan masa Lawak Kede hahahaha

anamizu said...

*Y jatuh

uncle gedek said...

Jawapan 'senang je' tu yg uncle respek tu!

ch@ said...

umifuzy:
emak nebes, bapa cool and calm ja.

fanny Nila:
iya fanny, kakak pun gelak dengar cerita dia. di sana bulan Julai baru mula semester baru kan?

anamizu:
ahahahaaa ada-ada. tengok tu berkali-kali pun tetap gelak.

uncle gedek:
lelaki, just like that.

Aphizha said...

Tenang betul si Adli ye.
Hahaha..lawak lah jawapan arrizqi tu. Ada betulnya jugak kan. Asyik mencari x je kerjanya. Paling tak suka nak selesaikan masalah matematik macam tu. huhu...

ch@ said...

Aphizha:
Ye, kadang dia punya soklan tu pun memeningkan.
bila dah usaha cari jawapan sampai habis, rupanya jawapan tu sekerat je, lah!