Sunday, 25 May 2025

Kasut. Kesilapan Mata Memandang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila celik mata, aku suka betul ukur tapak kaki aku dengan Adli atau Arrizqi, hahaaa! Jika ada tuan asben, aku buat benda sama. Entah, jadi tabiat lak. 

Dengan Adli aku sudah kalah tiga saiz, saiz 40. Dengan Arrizqi, eh? 
"umie kena belikan saya kasut baru." pabila aku membanding tapak kakiku dengan Arrizqi. 
"kasut saya dah bocor kat ibu jari." betullah tu kena beli kasut baru. Saiz seluar pun sudah menghampiri saiz abang. Abang naik lagi satu saiz apabila seluar tuan asben pun dikebaspakai. Adeih!

Bermulalah ukur mengukur tapak kaki. Disebabkan aku malas hendak bawa ke kedai, kita beli online saja. Try test coba. Bila ukur kaki Arrizqi size 39, hang biar betik Arrizqi? 
"confirm ke Syad?" aku bertanya, macam risau, macam kenapa besar sangat? tak percaya.
"confirmla, beli je la umie. Kalo besar sangat umie pakai, kalo kecik kita sedekahkan, kawan-kawan umiekan ramai." balasnya selamba. Gitu pula! aku pun check-out dengan selamba. COD rumah oren, sebab kakak SPXpress tu memang da cong baik dengan aku. Dulu, sama menggebang tunggu anak-anak balik sekolah. Alih-alih dia jadi kurier pula.

Bila sudah dua tiga hari senyap sepi tanpa khabar, aku jadi curious. Selalu tu, cepat je sampainya. Dan, barulah terbuka mata luas nak semak semula pembelian. Lah!!! not from Selangor, it's from China, aaahaaaah! bersabarlah ya. Jangka sampainya 26hb namun 24hb kak CT SPX sudahpun hantar notis untuk penghantaran. Yeay!

"Syasyaaa...!" kak Siti memanggil namaku sebaik melihat aku membuka pintu.
"risau akak, ingat Syasya pergi bersukan di sekolah." katanya.
"taklah, kita mana ada anak sekolah rendah lagi." jawab aku mengenakan tudung, tudung pun terbalik, lantak situ.
"eh, dah takde sekolah rendah? ooo ye la anak kau sebaya anak akak." dia tanya dia jawab. Lepas tu panjang lagi berborak di pagar sahaja, kisah kasut juga. Kasut barunya habis dikebaspakai oleh anak-anaknya, ahahaa. Masing-masing tengah membesar.

Aku menyuruh Arrizqi cuba kasut yang baru. Aku sarung, longgar nyah!!! size 39, lah sudah panjang betul kakinya.
"elok umie, ngam-ngam!" sebaik sahaja sepasang kasut baru disarung. Anakku membesar lagi, huuu....
"terima kasih umie. Sempat saya pakai Isnin nanti." katanya sebelum tenggelam bermain game dengan Adli. Ada kisah baca buku? tiada.
 
Sekian cerita kasut yang disangka pesan dari Selangor, rupanya China, hrmmm.
Brooch tudung pun sama, ku fikir ku order dalam Malaysia, lah China juga. Apa sudah jadi dengan otak aku masa hari membuat pesanan tempohari? entahla.


14 comments:

Ujie Othman said...

Salam kenal Cha.
Terhibur pulak saya baca gaya penulisan Cha ni 😁

Pernah terkena jugak, sejak tu memang berhati-hati check seller dari mana. Kot barang nak guna segera, jenuhlah menunggu.

Mama Zharfan said...

same here..i selalu overlook tak tgk bila order/beli brg rupa2nya dari china daaaa

adnil linda said...

Besar lagi kaki Mu'az mcm tu.. Hihihi... Seluar ayah pun dah dikebas, tapi kena pendekkan.. Yang jadi tukang jahit.. Ibu dia lah... Hahaha

Hami Asraff said...

Anak-anak ni cepat kan membesar.

Mulan said...

Betul, kadang katanya lokal tapi rupanya dari China jugak.

mummy_ayu said...

Iris pun nak kena beli kasut sekolah baru..cuti ni la kot

ch@ said...

Ujie Othman:
Hai, salam perkenalan, selalu nampak komen awak di blog blogger lain, terima kasih sudi hadir ke bloghijo ni. kita suka.
haaa, yg tu betul. biasanya jika beli buku kita check sungguh, siap notis URGENT!

Mama Zharfan:
pengaruh harga atau promosi melebihi yg lain.

adnil linda:
ibu pandai menjahit, bestnya. senang. tak lama lagi, dah tak payah alter.

Hami Asraff:
betul.

kakMulan:
pantang tengok harga murah, cepat je check-out tanpa menoleh lagi.

mummu_ayu:
ha a, lebih baik cuti sekolah je nanti, boleh pilih di kedai depan mata terus.

anamizu said...

mmg begitulah bila nampak harga murah teruss zzaassss klik order tak check dah dlm Malaysia ke atau from obersea ehehehe

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Besar kaki anak2 skr yaaa πŸ˜„.. pertumbuhan mereka cepat sangat. Akan jauh lebih besar dari size ibu ayahnya nanti 🀭

Memang skr banyak barang dikirim dari China kan . Kdg hrs cek lagiπŸ˜…. Tp saya jarang memang pakai toko orange. Biasa selalu pakai Tokopedia kalo di sini

ch@ said...

anamizu:
setuju!

fanny Nila:
kita guna dua, satu ttshop satu copiii, copiii selalu COD.
kadang tidak rajin betul hendak ke kedai.

MOHAMAD TAUFIK said...

Tapi sekarang Taufik tengok tempoh pesanan sampai dari china tak pamvat macam dulu.... Kalau dulu 2 minggu... Sekarang 1 minggu sahaja sudah sampai.

ch@ said...

Taufik, sekarang seminggu dah sampai.

Aphizha said...

Habit yang pastinya akan meninggalkan kenangan. Mesti tersenyum sendiri bila ingat semula. Cepat membesar budak-budak ni, kaki pun cepat bertukar saiz kasut. Kalah dah saiz kaki umienya.
Stress juga kadang tak tengok parcel dari mana. Dari mainland jenuh juga menunggu walaupun tak makan bulan, seminggu tu lama lah jugak. Kalau nak guna urgent. Lagi rasa lama menunggu.

ch@ said...

Aphizha:
betul tu, kadang urgent, eh ia boleh pula delay round the all daerah, baru nak sampai. walhal order dlm daerah sama. geram juga.