Kejadian Jumaat yang lepas.
Sambil aku mengemas rumah, sambil memikir kegiatan untuk hari ini, rileks sahaja. Ditambah tuan asben tidak pulang jadi boleh santai-santailah sayangku, pergi mana laju-laju. Kak Hamidah menghantar jemputan ke rumahnya petang nanti. Selesai solat Zohor, aku terus bersiap untuk ke rumah puan Hamidah.
Dia mengajak teman menunggu anak pulang sekolah untuk ke rumahnya, pembuka bulan Mei. Hujan mula turun sewaktu aku mula memandu, mahu sahaja aku pergi bersama dengan Linda namun entah mengapa, aku hidupkan juga enjin kereta, bukan apa kawasan rumah kak Midah tu amatlah terhad. Aku ni memandu bas mini, dua kali aku pusing kawasan untuk meletakkan kereta.
"'sya, parking depan rumah Sarip, dia takdak kereta" tergelak aku dengar arahan kak Midah. Betul juga, selalunya Sarip ke sekolah dengan kak Midah. Ha'a ye, di manakah Sarip bersekolah sekarang? tiber...
Hujan turun, aku berlari masuk rumah kak Midah, bersalaman dengannya dan Linda sudah sampai bersama kak Isna, aku nampak keretanya di luar tadi. Terus sahaja di ajak ke meja hidangan yang Alhamdulillah penuh semeja, kak Midah memang super power!
Kak Azi menelefonku, kalut dengan suasana dengan riuhnya suara berbual, ditambah bunyi hujan di luar, bingit sungguh. Kak Midah menunggunya di luar pintu rumah, kak Azi masuk dengan Suzana tiba bersama, rumah kak Midah mula penuh, suasana meriuh. Tidak lama kemudian Fajjida datang bersama dengan Nurul, okey nampaknya korum sudah cukup. Ayuh kita!
Aku ulang alik meja makan sebanyak tiga kali, sesekali sahaja menyampuk bercerita, itupun jika di tanya. Kan kami sudah berkumpul sewaktu konvo Arrizqi kali lepas. Usik mengusik, ketawa sehingga melewati waktu Asar. Kami kena pulang, kerana perlu keluar ke sekolah mengambil anak-anak yang akan pulang sekolah. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah, semoga persahabatan kita hingga syurga nanti, jangan lupa tarik saya sekali okey.
![]() |
aku sangat suka dengan agar-agar sirap tu. addicted! |
![]() |
Nurul, Linda dan Suzana. Hilang mata dak tudung merah tu bila dapat makan. |
![]() |
Sambung lagi, Fajjida, kak Isna, kak Azi dan kak Midah the host. F.R.I.E.N.D.S make the world beautiful |
10 comments:
terliur plak tgk agar2/puding tu. have a nice day cha!
Bisa kumpul dengan teman2 begini, makanan pun banyak, memang best kan 😍😍😍👍. Semoga silaturrahmi tetap terjaga kak
Ayunya semua duduk bersimpuh malu, berbaju kurung bertudung rapi tersenyum malu
alhamdulillah..seronok dpt berkumpul..makan2 mcm ni....mcm2 yg disembangkan tu yer
Kirim salam semua ye....
MZ: terliur kan? kita suka sangat, sampai kak midah bekalkan. nak buat sendiri, lambert lagiii. hehe.
fanny: seronok sangat. ini je yg selalu temankan sambil nunggu anak balik tu. bila blk rumah, dah buat kerja masing2.
kakMim: kan, manis2 dorang ni. even anak tiga, empat, lima dan enam.
mummy ayu: kebiasannya aktiviti anak2 di sekolah. anak2 ada yg satu kelas. perangai anak2 dan jadual harian.
uncle gedek: wa'alaikumussalam. terima kasih uncle, sudi singgah. ahaaa!
wah meriahnya juadah..
Bestnya kumpul reramai dapat bergossip2ping
Seronoknya dapat berkumpul bersama teman-teman sambil makan-makan.
umifuzy:
murah rezeki puan hamidah dan kita semua.
Warisan Petani. Aphizha:
sudah tentu, ihihiii!
Post a Comment