Monday, 12 May 2025

Ada Yang Manis Tapi Bukan Gula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaan Ahad hari gantung kuali kerana tuan asben akan tapau sarapan dan makan tengah hari sebelum balik Melaka. Ahad kali ini, aku ke dapur juga apabila melihat daktiga asyiklah ulang alik dapur dan ruang tempat dorang main game. Megi goreng dan samosa otak-otak sahaja. Itupun merangkap makan tengah hari terus. 

Tuan asben balik mengayuh basikal, itulah aktivitinya setiap pagi bila pulang. Dia datang memberi back-hugs dengan aku yang sedang mengadap tumisan dalam kuali. 
"masak apa?" tanyanya menjengah kuali.
"megi goreng" jawapan pendek kuberi, kita ni emo bila jadual Ahad tu tak macam biasa.
"petang nanti kita keluarlah, pergi tengok wayang" dia bergayut di bahu aku. Eh, macam mana dia tahu aku hendak tengok wayang?
"petang? bawa daktiga?" tanya aku membalik bahan tumisan.
"ikutlah" jawapannya.
"kita kuar malamlah, dating. Berdua ja. Midnight!" aku cuba berkompromi sambil angkat-angkat kening.
"ikutlah, nak petang ke, nak malam." dia berlalu pergi. Aku menghabiskan perang dengan dapur. Sebelum di temuramah Arrizqi bertanya itu dan ini, Arrizqi menunggu aku siap masak.

Petang berlalu, sambil baca komik Slam Dunk otak aku berfikir menu makan malam untuk daktiga. Si Arrizqi minta nasi dan telur goreng, tidak pasal-pasal aku kena masak nasi juga, dak ni tidak beri peluang langsung. 
"kita pergi berdua je ea?" tanya tuan asben di balas dengan anggukan pantas aku dan gegas ke dapur siapkan menu teringkas untuk daktiga. Disuruh buat sendiri, macam-macam alasannya, menyampah aku.

Tuan asben telah tempah tiket jam 8.45pm bermakna kita keluar lepas maghrib tepat jam 8.00pm. Macam lipas aku bersiap, hahaa! Ini bukan midnight tapi night je tapi okey je la, selagi berdua. 

Lama betul tidak menikmati angin malam, lawa gila lampu-lampu di jalanan, kena pula hujan rintik masih turun ditambah lagi tuan asben memandu kelisa membangkitkan lagi nostalgia zaman berchenta dolu-dolu. Dolu, dari Cheras ke Damansara. Sekarang dokek yo sebelah menyebelah, 20 minit terbang, sampai Damansara tu- nampak nipunya. 

Tidak berlengah lagi, kita terus ke TGV Cinema. Akulah, 40kali pergi One Utama (OU) ni, 40kali tu la aku sesat sememang tak kuasa nak menghafal segala ceruk tingkat OU tu, lagi tempat letak keretanya, heh! capek. Aku pernah sesat dalam OU ni sampai lambat masuk opis, hehe! Dulukan kita ulangalik tempat kerja dengan OU untuk keluar makan tengah hari.

Tuan asben belanja pop-corn dan latte, self service. Pastu kita layan wefie jap, layan iklan dan okey time to Beto Kusyairi. Kita tengok filem Gayung bukan untuk ceduk air tetapi Silat Gayung. Untuk aku, ok je leh Google la ye, aku memang tidak reti jadi pengulas filem ni, bagi aku momen menonton filem di panggung wayang tu yang penting, muahahaa!

Bila tayangan sudah habis, kita pun terus berlalu pulang. Aku ajak tuan asben ke pasaraya SC untuk beli sedikit barang dapur, sedikit? tiada maknanya jika yang bershopping itu adalah aku, dua plastik besar juga, aku ambil kesempatan je, tidak mahu balik rumah awal-awal.
"nak burger tak?" tanya tuan asben apabila ternampak gerai Otai Burger.
"belilah, boleh buat breakfast esok pagi" yeye'or je la si Syasya ni. Balik karang dia bedal gak.
"budak-budak?" 
"dua taknak sos, yang lain macam biasa, burger daging." jawab aku dan membelek hp. Menjawab pertanyaan Auni bertanyakan bila mahu pulang, dorang nak stanby lettew. Aku memang percaya ketiganya tidak akan tidur selagi tidak dengar bunyi pintu pagar dibuka, esokkan cuti.





Dan memang tepat, buka sahaja pintu Adli dan Arrizqi sedang acah-acah tidur, ahahahaaa. Mereka membantu mengemas barang yang aku bawa dan Arrizqi bercerita segala abang dan kakaknya masak megi walhal aku sudah masak nasi. Masing-masing sudah kenyang rupanya namun Adli dan aku makan juga burger yang tuan asben beli, kan? Breakfast konon! Dua jam lepas tu baru aku masuk tidur, eheks!

Sekian cerita. Akhirnya dapat juga berdating berdua sahaja dengan tuan asben. Dulu, lagi syiok siap midnight esok pagi masuk kelas dengan mata rabak. Sepanjang midnight buat apa? nonton wayang, pi jamming, lepak mamak sampai ke Subuh, adeih!

15 comments:

Suria Amanda said...

Untungnya dapat dating berdua ngan encik suami..akak hari2 dating salam kereta dh x reti nakndating camne dh..muahahaha

ch@ said...

kakak Suria Amanda:
alaaa, ni 1st time in 2025 kak, berilah kita peluang. weols PJJ, huuuu! now, dia sudah balik tempat kerja. maka menunglah kita kembali-rasa macam hatiku terusik sikit ni, kakak tak gelak hujung tu kan? adeih! kita emosi sikit benda-benda gini sebab tak selalu terjadi.
alhamdulillah datinglah macam mana pun kakak dgn ur hubby, make it sweet- setiap hari, alhamdulillah. he is yours! happy utk kakak.
#don'tcrysyasyaisstrong #maafkansaya

adnil linda said...

Semoga yang baik2 saja utk ciksha... Linda setakat nie PJJ dah habis kontrak. Lepas nie, tak tahu lah sambung ke tak.. Kalau dapat transfer dalam tahun nie, takde lah PJJ nye.. Kalau tahun nie tak dpt transfer lagi, maka berPJJ kembali lah kita.

uncle gedek said...

Amboi... tengah masak dapat hugs gitu...
Kalau uncle buat kat aunty mau makan senduk...! huhuhu

Ezna Khalili said...

Selalu keluar bertiga, bila keluar berdua rasa kekurangan je. Tuan asben tak suka tengok wayang jadi keluar dengan Dania je tengok wayang.

Bola Katok said...

Best tak cerita tu? Nak tengok tapi jauh pulak wayangnya.

Cuya said...

Wahh seronoknya dating!
Cuya pon nak dating dgn suami la macam ni. Ehhhh lupa belum kahwin!
Kursus kahwin dah haritu, nak kahwin je belum ni. Doakan saya ya! 😂

AhmadiKatu said...

Wah...ada kawan ni sama2 minat komik slum dunk

Kakmim said...

Dulu masa pjj time paling best dating di kl-putrajaya, hihihi... bila dia balik kuching, x sampai hati nak dating, kena ajak 1 rombongan sekali br meriah, complete 6/6, 1 keluarga

ch@ said...

adnil linda:
terima kasih doanya Linda, semoga yg baik-baik utk kita semua.

uncle gedek:
itu cara aunty sweet dgn uncle, kan-kan-kan.

kakak Ezna Khalili:
kita pun tak gemar sgt ke panggung, sesekali nak mengimbau momen dolu2. daktiga pun lebih suka duduk rumah.

Bola Katok:
untuk yg gemar pertahankan diri tradisi melayu, ok. boleh layan.
silat gayung lawan dgn senapang. macam mana nak serang hendap balik semula. asben kata plot huruhara, utk kita ni i just enjoy lakonan si beto tu, ahaks!

Cuya:
jodoh rahsia Allah Cuya, lambat cepat je bergantung atas rezeki masing2. steady k!

AhmadiKatu:
hehehe Sakuragi si rambut merah. Sakuragi dalam Slam Dunk, Kazuhiko Aikawa dalam Juara Bola Keranjang.

kakMim:
sweet je kan, dating lepas nikah tu rasa awwwww... rasa muda ja, ahaaah! sometime daktiga ni bila ajak memang taknak ikut, ataupun bila ikut dorang ajak balik cepat, ergh!

Mama Zharfan said...

best dpt dating berdua!! kira ala2 baru kawin gitu

ch@ said...

Mama Zharfan:
I feel it, bila dia tahu kita suka kopi. pastu, suka bergambar. hahaaa. lama tak feeling gitu.

anamizu said...

puas hati dpt dating berduaaa! hehehe

Aphizha said...

Anak-anak dah besar sikit ni boleh lah nak berdating sesekali kan. Spend masa bersama, tambah manis-manis gitu.

ch@ said...

anamizu:
dah lama peram. akhirnya, hajat tercapai.

Aphizha:
menambah momen dalam perhubungan, aaagitu!