Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Kisah semalam.
Arrizqi sudah lama lena, Adli masih lagi turun naik tangga mengganggu si Auni di bilik atas, jam sudah pun berganjak ke angka 12pagi. Selalunya jam 11mlm Adli dengan Arrizqi layan Uncanny Counter- takpayah la pelik, memang drama Korea pun, haha! Tapi malam ni, aku konker layan Search: WWW ye, Kdrama jugek.
Tengah layan Jang Ki Young, seorang kawan sekolah aku hantar whatsapp menyatakan kawannya akan datang hantar nasi ayam, mihun sup dan soto malam tadi. Daripada baring aku tukar posisi duduk, biar betik kawan aku ni? Aku jeling jam 12.15pagi. Dua tiga kali aku tanya dia ok ke tak? hendak bagi rezeki tu takla rare, cuma yang rare jam 12.15pagi tu... haha! Actually Oja- nama kawan aku tu, ialah pelanggan setia Chocodap's yang aku jual. Aku suka dia melanggan dengan aku, Alhamdulillah. Berkongsi rezeki katanya. Saja hendak belanja. Syukur!
Siangnya, sementara aku menunggu nasi ayam, sambil layan PdPR, tuan asben whatsapp pula menyatakan si Jebat dah boleh ambil. Hrmmm, aku pun separuh-separuh je nak keluar dengan mood yang memang tah ke mana. Hendak dan tidak aku harus keluar juga, bekalan daktiga sudah habis. Alang-alang boleh ambil stock Chocodap's dengan kakMaria. Jomlah kita buat semua sekali jalan.
Sedap sangat. Suka semua yang di atas ni. My favourite the most tapi tak pandai masak sendiri, hehe! |
Elok aku hendak bersiap, nasi ayam-mihun sup-soto sampai. Allahuuuakbar jika sudah namanya rezeki, sampai juga depan pagar. Kenyang Arrizqi yang asyik mudar-mandi menyatakan lapar, aku hendak masak, nanti banyak pula makanan terbazir. Daktiga ni bukanlah kaki pemakan sangat, lagi bila sudah dapat main games, memang lupa untuk makan. Aku keluar ambil stock Chocodap's dahulu, menambah stock yang menyusut. Dapatlah juga berborak dengan kakMaria, di luar rumahnya sahaja. Lama sangat PKP- lama sangat tengok KDrama, habis hilang skill berborak rasa berbelit lidah aku.
My Chocodap's Stock, sebelum ni makan je, now siapa mau boleh rojer kami naaa... |
Terus ke klinik kucing, sudah jam 4ptg. Mengantuk dan sangat lapar, aku tak makan lagi. Pagi tadi sarapan kueytiow goreng. Mood aku hari ni tidak berapa hendak ok, sebab perut dah meragam. Aku main game, line kejap ok kejap tidak ok. Lama pula berurusan hendak ambil si Jebat ni, jam sudah ke angka 5petang, klinik sudah sepatutnya ditutup. Moga sihat terus la Jebat aih! Selesai urusan Jebat. Aku menuju Elewsmart pula. Tempat yang memang aku suka berbelanja sebab tenang dan aman.
Pusing-pusing kudapan yang sama juga, tak ngapelah since daktiga pun tidak cerewet sangat hal makan, apa yang ada saja sudah! Aku tidak berhasrat untuk menyinggah lagi kerana teringatkan Khaida hendak datang. Sampai di rumah, keluarkan Jebat, campak semua barang-barang, terus mandi dan solat Asar. Makan rezeki daripada Oja tadi, alhamdulillah sedap. Habis licin! Sedap Oja, nanti boleh order lagi, dekat je dengan rumah kitorang.
Goodies for daktiga. Suka sangat dengan shopping bag ni, easy to carry. |
Sambung lagi layan PdPR dan Khaida menjengah depan pagar. Hendak pinjam jarum lubang besar gajah dan ambil sabun. Masuk je dia dalam rumah, potpetpotpet macam biasa. Bukan boleh tengok tuan asben takde kat rumah. Rumah aku ni memang sudah macam rumahnya sendiri, haha! Aku suka dia, humble, gamble, sporting, crazying dan sangat kuat menyakat.
Inilah rupa jarum lubang besar gajah. Jarum ni dibeli oleh Khaida sendiri beberapa tahun yang lalu. Aku guna untuk jilid notebook. |
Alhamdulillah, dapat gegelak-jejerit-pepekik dia pun balik dengan pesanan maknenek dia macam biasa. Haha! Malam ni rutin semak baca AlQuran daktiga dan hafazan, selesan ketiganya mata aku pun mintak tidur. Ok see ya next story. Daaa!
4 comments:
K ret salah baca ke 1215 pagi?? Haha x seriau ke kluar pagi2 buta tu hehe
kakRet: bkn kakRet je salah baca, kita yg tgk teks tu pun seriau, tu yg tanya sungguh2. kwn kita baru balik kerja, so b4 dia tido takot tak sedar esok paginya, tu yg dia text. haha... kita pun blm tido sebab tgk kdrama.
Alhamdulillah..kalau dah rezeki sampai juga. Alamak, awal pagi dah whatsapp..hihi bagitau awal awal ye.
Azhafizah MN: betul tu, dia bagitahu awal-awal, dia takut terlajak tidur.
Post a Comment