Tuesday, 20 July 2021

Misi mama di AidilAdha.

Salam Aidiladha 1442h/2021, alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

" Sacrifice is a part of life. It's sopposed  to be. 
It's not something to regret, it's something to aspire to."- Mitch Albom.

Kali pertama menyambut Hari Raya Aidiladha dengan keluarga sendiri, kebiasaannya dapat juga terbang balik kampung tuan asben, ini  sudah memasing PKP dan D lagi maka kita stay at home sajalah. Daripada pagi tadi dengar lagu raya tanpa henti, hahahaaa... sebak gila dowh! sayu toksah kata. Memang semangat sudah hilang entah ke mana. Thanks to my mom, disebabkan satu baris whatapps nya aku terasa jomlah kita beraya kecil-kecilan, haha! Mama buat mission "Sambal Goreng Jawa", hahaaa!

Adik beradik aku hanya dua orang wei, aku dengan isteri adik- Ina berusaha gigih menyempurnakan misi memasing, seronok juga. Disebabkan misi mamalah maka gigih aku ajak Khaida ke kedai cari barang dapur, kikiii. Ha a, aku memang tidak kirim dengan  tuan asben hari tu, sebab dia sudah belikan banyak gila sayuran warna hijau, mentanglah aku suka warna hijau. Jadi bahagian untuk buat sambal goreng memang tidak ada. Khaida sampai, memikul dua batang lemang siap dengan dua tapawe rendang daging, Allahuakbar Khaida. 

Aku keluar dengan Khaida, rindunya hendak berborak. Masuk kereta sudah ketawa, Khaida... ada sahaja yang kelakar. Kami ke farmasi terlebih dahulu, aku hanya turun seorang dan ikut jalan jauh untuk ke kedai Acheh. Mudah-mudahan tidak ramai seramai pelanggan yang masuk ke pasaraya SC neighbourhood. Dekat sebulan aku tidak ke situ. Di kedai pun masih dengan kelakarnya, pantang aku membeli dia akan ikut beli, sama dan serupa. Kalo boleh semua hendak sama. Walhal yang hendak ke kedai tadi ialah aku. Khaida never left me alone. 

Balik daripada kedai, aku berlengas dengan dapur sekali lagi. Khaida kata, mana ada orang masak pepagi raya jadi aku masaklah juga petang raya. Sambal goreng jawa, google resipi jap, update planner kejap, bersilat. Sebelum maghrib siap sambal goreng jawa aku. Jawa la sangat, ini if mama QC ni confirm kena komplen, pasal tak serupa macam dia punya, miahaha! ada rasa-jadilaaah! 

Pagi tadi, bangun awal siap pakai baju raya, aku sambung berlengas lagi. Kali ini berperang dengan ayam, untuk ayam masak merah kegemaran daktiga dan nasi hujan panas, hrmmm kali ni nasi  mendung je, takde hujan dan takde panas, mata aku sangat mengantuk. Macam biasa, memasak dengan Nu'est song playlist.  Kena ada lagu sebab aku penat hendak dengar bunyi nadi sendiri, lagi-lagi tempat aku masak itu ialah tempat aku mendapat panic attack dua tahun lepas. 

Selesai masak, menghidang, aku termenung depan meja makan- ahahaaa. Owh, rayaku! rindu kampung takyah katalah. Rindu orang tua usah dipertikai. Sekarang, baca doa untuk ibubapa selepas solat pun aku melalak. Sensitif betul, hendak mengadu pun semua orang sedang lalui fasa dan situasi yang sama. Jadi, kita pasrah and just follow the flow. Mudah-mudahan boleh berulang balik semula bagai dahulu, cuma kena jaga diri dan keluarga dan alert dengan persekitaran. 






Ahaaaa, keputusan sambal goreng aku? hahaaa, mama kata tempe tauhu kentang potong nipis goreng garing, jangan lama sangat nanti keras. Letak cili kisar dan hiris cili kering biar warna cantik. Fucuk sikit je jadi tak hancur. Ok mom! aku buat semua yang dia kata tu, cuma aku memang suka dadukan, bulat-bulat aku ikut resipi yang di google. Aku buh kicap extra, pasal penduduk dalam rumah ini memang hantu kicap tu warnanya mendung sedikit. Aku letak fucuk lebih pasal Adli Arrizqi memang suka makan tu, buat sup sedap. Lain orang, lainlah caranya. Alhamdulillah-syukur.

Sekian cerita AidilAdha tahun ini. Jadi, sambil update blog sambil dengar lagu raya. Marilah kita cari aktiviti untuk menghabiskan masa hari ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaaALLAH!

3 comments:

Azhafizah MN said...

Sayu bila tak balik beraya. harap tahun depan dapat beraya dengan family. Sedap juadah raya tu.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ako Retna said...


Lama tak jumpa kan..
Budak-budak pun dah besar panjang...

macam-macam cha masak tu oii..!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha cha...

ch@ said...

Azhafizah MN:
InSyaaALLAH, mudah2an bolehlah balik kampung, itu je yg feel "raya". bila tak balik, mmg rasa xraya.

kakRetna:
hahaaa, memacamkan? saja try test. Salam AidilAdha kakRetna.