Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
"Are you ready kids? A...yey captain"
Anak-anak, kanak-kanak, budak-budak, perkataan lain perangai lebih kurang kegemaran sama, bermain. Serius, aku cuak bila abi kata dia balik kerja macam biasa, bila dia kata dia on the way, ada apa-apa pesanan ke?, bila katanya nak balik rumahla ni...
Rumah? Ye balik rumah, rumah yang sangat tunggang langgangnya, rumah yang sudah tidak nampak lantainya, tiada ruang untuk dipijak, rumah yang bagaikan hampir hendak terbalik dikerjakan anak yang tiga ini. Tiga orang bagaikan ada sepuluh orang. Gila kentang.
Dengar sahaja bunyi pintu pagar, yang namanya anak-anak ini bagaikan histeria, terjerit, terpekik, teriak "abi-abi-abi" grill di pintu, di pintu longsor bergegar, nyaring bunyinya bagaikan hendak runtuh digegar, seorang harus lolos keluar, seorang panjat naik seorang tukang gegar. Aduhaiiii anak.
Aku? Berguling, berlari, berlari anak, macam buat warm-up sebelum berlari 100 meter, mengutip, membaling, menyimpan, menyapu, mengemas mainan dorang. Tidak sanggup melihat abi mengeluh letih sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah. Kebiasaannya, apabila abi masuk aku sedang mengacau air minuman di dapur, hehe.
Ruang yang tunggang langgang tadi kembali bersih dan kemas, walaupun hanya seketika. Jika abi balik lewat pagi, aku cuma mengemas alakad, biar hatinya lega meskipun dia tidak pandang persekitaran ruang tamu, terus sahaja mendaki anak tangga ke bilik dan tidur. Bagus juga, bila aku bangun pagi sedia untuk memulakan tugas, hati jadi lega sedikit kerana tidak banyak yang perlu dikemas. Hihiii.
Trio ini, memang aku bagi kelonggaran bermain apabila aku sudah sibuk dengan art atau pun melayan drama di tv. Banyak drama yang aku layan bila mood tiada untuk membiskut or membuat kek (poyo) maksudnya, prepare untuk minum petangla. Drama Indo tv3, Love In Paris - owh, jatuh cinta sama itu Dimas Anggara. Tagalog tv3, Be Carefull With My Heart, drama Filipina yang banyak sangat pengajaran. Tagalog Astro Bella, Jade. Pun sama tentang kekeluargaan yang penting hero kacak, huahuahua. Drama melayu tv3, setiap jam 4-5pm, banyaklah. Aku memang suka menonton tv.
Yeah, Disney Channel Junior pun aku layan, Princess Sofea tu, Adli pun tau "Ya, umi Ya" - katanya. Arrizqi suka Hi-5. Dia akan setia dengar lagu dengan kaki tangan badan bergoyang, yeah! dia menari tau sambil gelak-gelak. Trio ni major suka Pocoyo dan Taiyo. Adli Auni nyanyi lagu Taiyo, Arrizqi goyang badan. Kadang-kadang aku sampai berhenti buat kerja gelakkan dorang bertiga. Kelakar. Bagi la satu kiss seorang sebab tidak bergaduh.
Bila Auni pancing Adli naik atas, Arrizqi akan ikut sama, dari bawah aku dengar kekekan ketawa. Lunak dan lemak, hati pun digamit-gamit untuk melihat apa keadaannya. Alahaiii, main babacak balik langsir je pun, kemain gembira bunyinya. Happy sangat tapi jangan ditegur, baik atau jaga adik atau tengok adik sebab tidak lama lepas tu karang adalah yang menangis. Jadi biarkan je walaupun selepas itu aku yang menangis tengok keadaan selepas mereka bermain, hewhewhew!
Adli, dia memang adil, dengan adik dia ok dengan kakak pun dia ok. Auni, dia konker mainan. Leader, bila adik-adik tidak ikut apa dia kata, siaplah tangannya mencakar-singa betina. Betul-betul cakar, Adli dapat, Arrizqi pun dapat. Tidak dapat cakar, dia gigit. Betul-betul gigit. Buat masa ini Arrizqi, ikut sahaja apa abang kakak buat. Banyak bersendirian dan lebih suka dengan abang. Pegang atau jumpa mainan, dan orang ambil apa yang dia pegang, dia akan lari sorokkan. Paling kelakar, dia sakat ambil bantal busuk Adli sampai menangis abang tu dikerjakan. Tidak padan kecil.
Tidak tahula tahun hadapan bagaimana. Masing-masing sudah besar, in shaa Allah kakak Auni sudah pun ke sekolah pertamanya. Mesti dua orang ini akan rindu kakaknya. Ihiks! Kita tengok nanti. Moga-moga aku masih lagi berblogging waktu itu. In shaa Allah.
Phew! Pagi-tengah hari dan malam.
Membalik fungsi basikal.
Berkhemah sebelah meja makan.
Kakak Auni dan Arrizqi.
Abang Adli dan Arrizqi.
Throw back, kakak Auni dan abang Adli.
Ok, ini sahaja. Tiada nada mengeluhkan? hahaa, aku dah biasa la. Saja je hendak cerita kisah anak-anak aku yang makin besar, makin potpetpotpet dan sebenarnya kuat bergaduh juga dorang ni. Adik beradikkan? air dicincang tidakkan putus. Kejap je pastu sudah berlari main buaya-buaya.
Aku hendak layan dorang baca buku kejap, dengarnya tadi Auni sudah berbunyi katak, Adli sudah pun melompat seperti katak, Arrizqi gelak sahaja, hahaa. Daaa...
13 comments:
Kalau x da anak cha ni cfm sunyi umah..dorang penyeri suasana tau although menan n umah bersepah sana sini..:-)
yang pastinya next year lain pulak kerenahnya .. hero-hero tu dah semakin berakal . Akak ni sampai skrg rumah selalu bersepah .
Sambil baca sambil2 membayangkan keadaannya.. heee.. meriahkan anak3.... :-)..
Tahun depan sunyi sikitlah time kakak ke sekolah...
Moga sihat2 saja anak3... amin...
meriah..meriah..
akak pun boleh join skali tu..hehe
next year mesti hero2 rindu akan kakak tu..tak pe..aku tetap gelarkan ko supermak..ko mmg terbaik mek uruskan anak2 dan rumahtangga
terasa kemeriahan kat umah cha,hahaha..akak ni sejak peknen jd malasss sgt nak mengemas. kalau tepek gmbr bilik mainan zarazareef kompem juling bijik mata org tgk..sepah tahap gaban..hukhukhuk
nampak bahagia sangat....
kakak dah nak sekolah..mesti budak berdua nie rindu kakaknya
dasat bunyinye tu ... bertabah la kawan ... ko supermom ...aku kompom tak mampu ... sekali ngan aku berlonggok dlm kesepahan rasa nye
beshnye ade anak2...meriah jek rumah kan..hehe
sungguh gumbira your kids sis...
untung kan jadi SAHM...
leh tengok anak2 membesar depan mata :)
Tak terkata :)
Yg pasti dorg untung dpt umi yg penyabar :)
meriah betul bebudak ni...:)
Zuraidah Butang, KakGie:
Yups, kesunyian terasa tanpa mereka. Seorg ikut abi pun dah sunyi.
Eima, KakYanti:
Emak pula jenis yg x reti duduk dlm keadaan bersepah. Payah gak asyik nak kena ngemas ja.
KakJue, KakIeyna:
Tinggal hero berdua shj. Taktau la apa jadi. Harap behave je, dptla emak bw gi jenjalan.
SueJemah:
Supermak pula.
Main berdua sahajala thn dpn.
KakLily:
Hahaa...takkan la juling kak, kita ok je rmh sepah, hati je la rs x sbr nk ngemas.
Ain:
Akak join dorg, mmg tak buat kerja rmh langsunglah jwb nya.
RASP:
Alhamdulillah kak, rezeki berpihak pada kita.
KakNad:
Penyabar? Hahaaa, kadang jd tarzan desa jugak.
Fizah:
Moh la kalau nak bergabung. Hiks...
Post a Comment