Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entahlah, kawan-kawan kata aku ni supermak, supermak la sangat. Bukan ke semua emak pun buat kerja yang sama dengan aku? Mengurus rumah, mengurus anak-anak, mengurus suami sehinggakan emak sendiri yang mengurus. Apa yang tidak biasanya? Sebab anak-anak aku yang berderet itukah? atau sebab kebolehan aku menguruskan kesemuanya tanpa rasa letih?
Jujurnya, aku capek deh, capek bangat! - ah sudah pengaruh Kaka Dimas Anggara (Love in Paris), hehe. Tapi tu la, mengeluh bebanyak pun bukan ada orang peduli pun. Mengeluh pun, tiada apa yang berubah baik bertindak melakukan sesuatu yang membuatkan sendiri tidak jadi mengeluh. Bila tidak mengeluh maka tidaklah jadi datang yang namanya tekanan. Manusiakan? mana ada yang tidak ada tekanan cumanya cara hendak mengawal tekanan tu, sama ada makan banyak, tidur, buat aktiviti yang disukai atau paling senang IGNORE semua benda.
Masa bujang dahulu bolehla ignore je bila tekanan, sekarang tidak. Aku ada tiga askar yang hendak diuruskan. Ragam memang tidak sama, perhatian semua kena bagi sama, layanan semua kena bagi sama, kalau boleh badan aku ini hendak dibahagi tiga. Jadi, boboboi. Tekanan memang tekanan, aku bagi je apa yang dorang mahu, layankan je selagi tiada yang menangis mengada hendak perhatian lebih, aku sudah bersyukur sangat. Tambah-tambah dalam mengejar due untuk handmade art.
Bila tengok dorang bersama-sama, rasa sangat lega. Bila tengok dorang munggah rumah, rasa sangat air mata hendak keluar. Bila dengar dorang buat bising, fuiyoo rasa sangat hingar bingar. Bila nampak dorang tengah memprojek sesuatu, rasa sangat bangga. Bila mereka kantoi emak tengah skodeng, rasa bahagiaaa bangat, ketawa sama-sama, nangis sama-sama, minta susu sama-sama, makan sama-sama yak sama-sama, mandi sama-sama, main sama-sama dan tidur sama-sama. Ianya sangat bermakna.
Paling best, kitorang suka main kiss-kiss, emak kiss adik, abang kiss emak, abang kiss adik, kakak kiss emak, kakak kiss abang, emak kiss kakak, emak kiss abang, emak kiss kakak lepas tu ketawa, lepas tu main kejar-kejar atau lompat-lompat atas katil atau main khemah-khemah atau guling-guling. Hihiks. Abi work, bila abi ada aktiviti terhad sikit, hehe.
Dah macam baju tadika pun ada, hihiii. Pondok-pondok dalam rumah.
Sedang membina istana, kononla. Arrizqi yang dah tidur.
Spotted, berkhemah di bawah meja kerja emak.
Time to sleep. Pink for princess Auni, green for baby Qiqi and blue for big brother Adli.
Is me, mummy of three superkids ;)
Jujurnya lagi, aku mengeluh juga bila sudah penat melampau, aku hanya manusia biasa je wei, jadi robot pun ada masa berhenti kena servis, inikan manusia. Walau macam manapun, aku tetap cuba menjadi yang terbaik meskipun meng'google' resipi untuk membuat sesuatu yang baru. Meskipun, kerjaan itu aku lakukan hari-hari. Meskipun, aku hanya di rumah sahaja.
Jangan pernah memandang rendah kepada isteri, walaupun kerja mereka di rumah nampak remeh tapi tanggungjawab mereka besar hampir 24jam.
Ermmm...ada betul juga quote ni :) Peace!
11 comments:
Akak rasa keputusan Cha utk jadi full time housewife mmg keputusan yg tepat... mengeluh kadang kala tu takpe.. adat la kan..yg penting dpt melihat anak membesar di depan mata. Tak perlu nak fikir pasal masalah baby sitter, kenaikan harga taska, itu ini.. mmg bes, tp kalau akak.. mungkin tak boleh sbb dah sign berkhidmat utk negara till 60thn. (T___T).
Betul tu cha..setuju..kalau dilayan lg stress kan..
Happy2 selalu k, anak2 penglibur lara.. :-)
jujurnya...akak kagum dengan cha....
ya betoi aku sokong....snagat bangga la ada yang sanggup berenti keje N jadi supermak kat umah kan..aku jadi supermak kat umah untuk weekend pon rasa dah letih kan
aku pun penat klu weekend...rileks klu hari bekerja cuma bila mlm nk tido awal je...anak2 [pun jrg meragam sbb diorg dah letih kat taska ... jd fulltime housewife mmg meletihkan .. ko dikirakan supermak ...
Sabar cha. Pekerjaan paling bagus adalah menjadi surirumah sepenuh masa. DAku yg jadi weekend surirumah pon adakalanya mengeluh. Memang penat kan. Lagi2 bila anak dah ramai ni. Memang pejam mata bila tgk umah bersepah.
Jgn stress2 ok.
ya betui tu dear..
mgeluh pon mmg tk de yg berubah..
redha je ngan ketentuan Ilahi..
pekerjaan kamu adalah murni dear..
stiasa berada di samping anak2 dan msk mkn minum utk suami..
akak pon penah gk kdg2 keluar dr mulut..mengeluh..ini br nk handle sorang anak ...
Suka entry ni :)
mengeluh adalah lumrah bagi seorang ibu , rumah bersepah tu masih sebuah syurga bagi anak-anak kita. Tunggang terbalik kerusi tu pun no hal punya kan ? Kami dulu tak pernah ada set kerusi meja makan yang lengkap . Habis semua dikarate anak-anak . Selamat menempuh fasa anak-anak sedang melasak . Enjoy it .
kak zura, fiza rahmankekDa:
rezki masing2, Allah dh susun yg terbaik, terpulang pd kita nak rs bersyukur atau tidak.
kakYanti, sue jemah, kakIeyna:
setuju.
kakNad, eima, kakJue:
ehehe...tqtq.
SEMANGAT CHA ITU MENJADI AURA POSITIF BUAT DIRI.. MENGELUH KESAH DAH ADA ANAK² NI LAIN MCM KAN.. PENATNYA, TAK BOLEH DIGAMBARKAN APATAH LG CHA MENGADAPNYA PG, PTG, SIANG MALAM ... APATAH LG NAK MERAJUK DGN ANAK².. SSEKALI MMG NAK KAN PERHAIAN JGK BUAT DIRI...
Post a Comment