Monday, 28 October 2013

Berdikari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Konon, hendak update blog setiap hari, haih! lap peluh. Barula sedar tangan cuma ada sepasang sahaja. Kiri dan kanan, hihii. Banyak sangat aktiviti yang hendak dibuat, lelebih lagi kalau sudah mula 'menurun' memang lupa segala. Syok sangat bila sudah dalam dunia buat 'projek' memang kerja lain akan tolak tepi lelebih lagi bila trio masih mood senyap. Tidur.

Ramai juga yang pelik melihat aku masih mampu buat art disamping menjaga trio tu. Kerja rumah, sememangnya tidak pernah habis, apatah lagi bila keseorangan tanpa abi meladeni kerenah anak-anak. Letih memang letih tetapi bila melihatkan pending order yang tidak surut-surut kena ada inisiatif dan kena curi-curi masa untuk membuatnya.

Sudah namanya pun hobi, makanya kita buat jika punya masa terluang sahajalah. Bila sibuk dengan anak-anak memang aku tidak akan sentuh langsung art, kadang-kadang masak, cuci pakaian pun aku tolak tepi, anak come 1st. Anak-anak ni pun ada mood, kena bagi apa yang dorang hendak, kena layankan, macam Adli Arrizqi bila paksa dorang tidur, dorang akan cari pangku emak. Berebut. Tetapi jika tune dorang memang hendak tidur, bagi sahaja susu terus sahaja tidur syaratnya Adli mesti sebelah Arrizqi atau sebaliknya. 

Lima hari tanpa abi, tidak pula abi hantar ke kampung makanya aku berdikari sendiri. Huaaa, struggle. Jika hari biasa struggle, hari tanpa abi menjadi berganda strugglenya. Sabar je la, emak tidak biasa ditinggal sendirian begini. Hendak menangis pun ada. Akan tetapi, alah bisa tegal biasa. Jika tidak bermula sekarang, esok lusa kena lalui juga, makanya kena kuat mental dan fizikal lebih daripada hari biasa.

Tambahan lagi abi bukanla seorang yang suka melaporkan aktivitinya bila pergian. Jika dua minggu dia kerja di luar, dia hanya akan beritahu aku sebelum dia pergi dan ketika dia pulang. Itu sahaja. Sedih juga, tapi hendak macam mana, aku mengadu pun bukan dia boleh datang dengan bersegera, sama ada hendak atau pun tidak, kena lalui jugalah. Hihiii.

Cemburu juga bila melihat orang lain ke sana ke mari pergi bercuti, ikut suami pergi bertugas, suami rajin membantu menguruskan rumah, anggap sahajalah rezeki masing-masing, lain orang lain rezekinya, lain pasangan, lain caranya. Mungkinlah. Aku? hanya menunggu pelangi indah selepas hujan, pelangi yang kadang ada, kadang tiada, kadang nampak jelas, kadang hanya samar, tapi tetap cantik dipandang mata. Pelangi ada tujuh warna. Positif.

Pelangi emak.

Yeah, aku ok je. Cuma anak-anakla yang biasanya buat aku touching lebih, bertanyakan abi. Lelebih lagi Auni, dia rasa macam lama sangat dia tidak berjumpa abi. Anak yang tidak biasa ditinggal abi lama-lama, jemu agaknya asyik tengok emak sahaja. Abi tidak muncul-muncul. Hari kedua, baru berani hendak bertanya mana abinya. Aku jujur sahajalah menjawab. Setiap petang bagi peluang main di luar, biarkan mereka sibuk hingga lupa untuk rindukan abi.





Akhirnya, abi balik juga. Hrmmmm...lupala kepada emak, sibuk bercerita dan mengadu hal masing-masing. Yang bergaduh, yang bercakar, yang dahi bocor, yang potong rambut sendiri, yang lebam dahi, cerita, cerita semuanya. Aku hanya mampu menarik nafas kelegaan. Kali pertama belajar berdikari sendiri tanpa abi. Alhamdulillah aku berjaya lalui dengan penuh rasa sukarnya, haih! 

Once again, tolong...jangan samakan aku dengan orang yang sudah biasa suaminya kerja luar lama-lama, serius aku baru belajar. Aku baru hendak tahu bagaimana perasaannya, baru hendak tahu bagaimana aku hendak aturkan hidup aku yang juga baru setahun dengan jawatan pengurus rumah tangga. Dahulu, jika abi pergian aku masih ada kakAna, kakTi, (pengasuh anak-anak) dan aku kerja untuk hilangkan stres yang melanda. Now, lone ranger. Buat sendiri. Dan, ok ianya masih boleh aku lalui dengan sisa gagah yang ada. Syukur.

16 comments:

syawalsimpsons said...

mek mung supermak..mengeluh la tahap mana pun...mung tetap gagah..aku tau..aku kat temat ko pon belom tentu dapat handle mcm ko..walaupun ko hampir2 tumbang kan..tahniah..

Jue said...

memang superlah....
akak nie sejak farisyah selalu kluar masuk wad...tak pernah kena tinggal...akak tinggal cik poji ada lah..hahahahhaha

ps: sumpah cantik gila kad besday tue...rasa nak nangis tengok ...chop panjang umur nak booking utk cik poji kesayangan utk tahun hadapan bln 4...

Fizah said...

pahala berterusan insyaaAllah :))

eija_sweetmama said...

betul tu selalu yg buat touching anak² la, mcm anak² k.eija pun suka bertanya kalau papa dia x blk/blk lewat, kita ni yg jenuh nak bgtau..

Fiza Rahman said...

Kita memang supermom. Suma bley handle sendiri.

Suka tgk trio ni. Sedondon jer ☺☺

Masya said...

lain org mmg lain ujiannya, lain org lain cabarannya.. diuji ikut kemampuan... cha mengeluh.. cha mengadu .. cha mampu .. cha mampu.. sentiasa ada aura positif .. walaupun sy baca entry ni.. sy tahu jauh disudut hati cha ... hanya cha merasai dan melaluinya shj yg paham. terutama bila abi pg jarang mengadu hanya memberi tahu waktu pg dan kemudian plg.. (^___^)v

Unknown said...

Kalau pahala tu boleh kita nampak, mesti tak sempat nak sambut. Banyaknya pahala ch@.. tengok anak yang bergolek tu sangat lah terjaga.. Bertuahnya anak2 ch@.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

suka tengok adik beradik ni semuanyer sedondon cute sangat...bila tengok anak2 kita ni ceria happpy sangat kan...kagum betul memang betul2 tabah ni...

LYAfrina said...

sentiasa bersama trio ni..
xpela cha.. lain org lain caranya kan..ape2 pon abi dia org mncari rezeki buat trio & isteri y sgt dicintainya..

mamaarifakeemaisy said...

Rezeki masing2 kan cha..mcm2 cara Allah bagi.. :-).. syukur, diberi peluang... walau... hanya Tuhan yg tahu bgaimana cha lalui semua tu kan... akak pun jarang tpksa bersendirian dgn anak2x... stkd sehari 2 je, lama2 tu mesti nak kena org temankan.. awal2 nak lalui sukar pastinyalah... pepun..sabar.. :-)

Moga dr hari ke hari, Allah permudahkan urusan.. amin... :-)

*cha,mana beli pyjamas bajunya lengan pendek..blh kasi link.. tq in advance.. :-)

ch@ said...

Lizz, sisYana, Sue:
kita hanya perlukan sokongan walaupun hanya sebaris ayat. itu sudah memadai.

kakJue:
syukur kak, ada penemannya. jika kita di tempat akak, kita tidak tahula mcm mana hendak uruskan.

tqtq, suka bila akak pun suka.

Lya, Lynd, Fiza Rahman, Fizah:
in shaa Allah.

kakEija:
kan...? dorg punya soklan tu, uiks! mcm ada pisau cucuk kat dahi (imagine citer komik) hahaa.

kakIeyna:
in shaa Allah. terima kasih sbb doakan kita. smg smuanya kekal di atas landasan yg biasa.

*kita dah PM link di FB.

nad said...

Tabik spring kt cha :)

:: Mrs.SyahNia :: said...

dah mcm kembar 3 suma nya kak..baju sntiasa sama..cute je taww..hihi

ch@ said...

kakNad:
kita ambil semangat drpd komen kakNad pd entry2 kita. kakNad tau, kakNad pun seorang yg sgt positif. tq tau, sudi jadi kawan kita.

Ain:
hahaa, tak kembar pun. Emak je suka pakaikan sedondon. Berangan nak kembar. hiks.

~SHiLA~ said...

ya Allah comelnyeee.esp pic yg no 2 tu.dah la baju tiga² same,botol pulak mcm² kaler,minum susu pulak gaye same sambil tgk tv

xdpt bygkn bile sy ank 3,ank 2 pn dah mcm tarzan tejerit² kt anak².huhu

ch@ said...

Shila:
Sama je mcm anak dua malah jerit lebih sikit je lg, ngehehe. Sng beli skaligus, botol susu beli yg murah je satu pack tiga, baju beli sama corak lain saiz, mls nk mikir byk2.